ISK-->Muqaddimah 5: Sunnatullah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sebelum saya terus kepada point yang sebenar-benarnya, izinkan saya untuk mengajak anda, yakni sahabat sekalian yang sama ada tengah makan roti ban cicah teh tarik atau yang tengah duk bertongkat dagu sambil baca tulisan ni, atau yang sedang menggaru-garu kepala yang bajet gatal tu, untuk sama-sama beristighfar...Istighfar memohon agar Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan yang telah kita perbuat, yang sengaja atau tidak sengaja, yang terang mahupun yang tersembunyi, agar jiwa dan roh kita sentiasa dalam ketenangan..Inshaa Allah:)
-
-
-
-
-
-
-
-
Okayh! 
Dah istighfar?
Alhamdulillah......*senyum

Orait! First question......

Tahukah sahabat bahawa Allah telah ciptakan dunia ini dengan PERATURAN atau UNDANG-UNDANG yang saaaaaaangat hebat?

Tahukah sahabat bahawa PERATURAN Dia itu adalah untuk makhluk-makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan) yang dikasihinya?

Dan tahukah sahabat bahawa PERATURAN atau UNDANG-UNDANG yang diciptakan itu dinamakan sebagai SUNNATULLAH?

Sunnatullah???

Yer sahabat..itulah yang dipanggil Sunnatullah. Perkataan yang sering meniti di bibir-bibir muslim hatta disebut dalam Kitab Allah (Quran) lebih daripada 3 kali.

Maka bagaimana Sunnatullah ini?

Maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi ketetapan Allah itu. [35:43]

(Yang demikian itu) merupakan ketetapan bagi para rasul Kami yang Kami utus sebelum engkau, dan tidak akan engkau dapati perubahan atas ketetapan Kami. [77:17]

Haaa...nampak tak perkataan yang diboldkan tu? 
Tak nampak???
Tipulah...
Saya tahu anda tidak rabun*kalau rabun cepat2 ambil kacamata! apatah lagi buta..kan3??;)

K.E.T.E.T.A.P.A.N
Tetap adalah perkataan dasarnya.
Menurut kamus dewan edisi 0, tetap bermaksud tidak berubah, kekal, kukuh, terus, pasti etc.
Mengikut tesaurus bahasa jawa pulak, tetap means fix or permanent.

Dia tahu yang terbaik, maka ketetapanNya juga adalah yang terbaik [Kredit]

Dan sekali lagi, tahukah sahabat yang Allah dah tetapkan bahawa lahirnya kita ini adalah untuk beribadah kepadanya?
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. [51:56]
*kita ni manusia, jgn perasan jin pulak:p

tahu, tahu..*kata anda sambil angguk kepala dengan yakinnya

Tapi, maksud ibadah di sini bukan terhad kepada mengurungkan diri di dalam bilik, ambil wuduk, hampar sejadah, terus sujud 24/7.

Habis tu?

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Ooo..khalifah..tu pun kita orang tahu.......

Baguslah kalau dah tahu. So, apa tugas khalifah eh??*tanya saya sambil angkat kening double-jerk


erk...*tiba-tiba kepala anda gatal

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [3:110] 

Khalifah itu asalnya daripada خلف yang bermaksud belakang. Maka sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya, khalifah itu adalah orang yang di belakang. Apabila Allah mengatakan kita ini adalah khalifah, fahamlah bahawa kita ini merupakan manusia-manusia yang berada di belakang para rasul, tabi', tabi' tabi'in dan ulama. Maka risalah yang dibawa oleh rasul-rasul terdahulu secara tidak langsung, menjadi amanah yang perlu kita pikul hingga Yaumul Qiamah!


Kenapa macam tu?

Sebab, sedarkah kita bahawa amar ma'ruf nahi munkar itu adalah juga tugas rasul? Menyuruh yang Haq dan mencegah yang Batil? Kita yang diangkat darjat sebagai khalifah inilah yang perlu membimbing diri dan juga saudara-saudara yang lain dengan menyambung tugas para rasul tanpa ada rasa keterpaksaan sedikit pun.

Justeru, tidakkah mengajak housmates korang solat jemaah itu sama dengan amar ma'ruf? Tidakkah mengukir senyuman itu akan membuatkan orang yang melihat kita turut tersenyum? Tidakkah mengalihkan batu di tengah jalan itu adalah nahi munkar?

Dan bukankah semua tu IBADAH namanya?
Betul, bukan?

Ibadah pulak...................

Adehh..panjangnya budak ni nak tulis...

Hapehakukesah?

Ibadah pulak bukanlah ibadah yang ciput-ciput. Bukan hanya bila nak solat baru tutup aurat. Bukan hanya bila bulan Ramadhan baru nak qiam. Allah ada waktu kita nak solat je ke? Allah ada  masa bulan Ramadhan je ke?heh~

Kitakah ini??

Yang dinamakan ibadah itu perlulah syumul yakni menyeluruh.

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan." [Bukhari no.8 & Muslim no.16]


Andai salah satu daripada tiang binaan Islam ini tidak dilaksanakan dan ditegakkan, maka bangunan Islam akan hancur luluh menyembah bumi angkara kealpaan dan kelalaian manusia yang mengaku khalifah tapi tak pernah bertindak sebagai khalifah! Akhirnya, bangunan Islam tidak akan pernah sempat pun nak berdiri, apatah lagi nak dikukuhkan!

Lalu, timbul persoalan di sini. Bagaimana pula mahu istiqamah dalam ibadah ini supaya tak ada satu tiang pun yang mudah berkarat atau goyah atau longgar skrunya?*tiang bangunan guna skru ke?

Haa..sebab itulah perlu dilaksanakan tugas khalifah itu=D
Ajaklah housmates atau adik atau kakak ipar atau moyang sebelah opah untuk buat ibadah ini sama-sama.
Tak kiralah solat jemaah ke...tilawah ke...puasa sunat sama-sama ke...asalkan perbuatannya adalah mengajak kepada yang baik:)

Nah, bila dah ramai orang kat sekeliling kita buat benda yang sama, maka kita sudah berada dalam jemaah. Sekiranya kita terlupa, maka akan ada yang mengingatkan. Sweet, bukan?;)

Erk..macam mana nak mengajak tu? Bukan susah ke?

Ada caranya...boleh jenguk link ukhti kesayangan saya;)




p/s: Andai ada yang terkurang, sila tambah-tambahkan..andai ada yg tersilap, sila betul-betulkan..eh,dah mcm pantun plak..hihi

  1. gravatar

    # by Wardah Hazirah - 18 February 2012 at 03:15

    Mantoooppp!! Alia! bila baca macam rasa alia tengah cerita depan-depan.. fuh! wallaweh.. ;]