Manifestasi Syukur


Seorang ukht mengajukan pertanyaan waktu Daily Tazkirah di RI Firdausi hari ini.

"Apa yang antunna fikirkan apabila nak solat?"

Terdiam. Terpempan. Berfikir sebenarnya.

"Erk..atau lebih senang, apa yang antunna fikirkan sebelum atau dalam solat." Diulang pertanyaannya bila dilihat dahi kami berkerut-kerut sudah.

Diam lagi. Sengih. Berfikir sebenarnya.

"Hurm..hish..ana rasa kan..ana fikir apa yg nak dibuat after solat, sebelum ana solat." Suara aku merendah. Tanda kesal. Lebih kepada muhasabah diri sendiri. T_T

Ukht kat sebelah bersuara setelah sejenak otak ligat pusar putar berfikir (agak hiperbola di situ).

"Ntahla..dalam seminggu ni kan, ana cuba. Ana ada terbaca status Aiman Azlan. 'Kalau kita nak ingat Allah dalam solat, sentiasalah ingat Allah di luar solat'. Alhamdulillah..bila ana buat, memang hasilnya sangat best!" Girang sekali dia menuturkan.

"Tapi..." Tiba-tiba suaranya kedengaran kendur.

"Ana x dapat istiqamah." Sedih saja bunyinya.

Semua yang ada di situ tunduk. Koreksi diri.

Ukht yang bertanya tadi mula berkongsi pandangan.

"Wallahua'lam, sama ada ana terbaca, terdengar atau sekadar lintasan hati. Tapi ana sentiasa ingat kata-kata ni. Jangan pernah merasakan solat itu beban. Tapi jadikan solat itu sebagai rasa syukur kita kepada Allah." Semua mata tertumpu kepadanya.

Sambungnya lagi..

"Sebagai contoh, kita laksanakan solat Subuh right after kita bangun tidur. Rasakanlah bahawa dapat bangun daripada tidur itu adalah nikmat Allah, lalu kita memanifestasikan rasa syukur itu melalui solat Subuh. Begitu juga dengan Zuhur. Sama ada kita sedar atau pun tudak, terlalu banyak nikmat yg Dia berikan pada senggang waktu antara Subuh dan Zuhur." Senyum.

"Nikmat kita bersarapan pagi. Nikmat diberi kekuatan untuk memilih sama ada hari ni nak breakfast roti atau nasi goreng. Sekecil-kecil nikmat yang Dia bagi itulah yang kadang-kadang kita tak nampak." Semua menadah telinga. Mendengar setiap bait kata ukhti. Biar masuk dalam kepala terus boleh digest.

"Andai kita merasakan solat itu beban, maka kita akan jadi sambil lewa. Solat pun nak cepat je. Baca al-fatihah pun nak laju je. Kalau boleh tasbih dalam rukuk dan sujud tu nak baca sekali je. Na'uzdhubillah min zhalik." Kepalanya tergeleng-geleng.

Kami yang mendengar mengangguk tanda mengiakan kata-kata ukhti ini. Cukup untuk merasakan yang selama ini ruh solat itu entah ke mana. Padanlah "sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran.." tak pernah terkesan kat diri. Astaghfirullahal azdhim..

Sesungguhnya Solat itu manifestasi Syukur. 

Mukhayyam GenQ di Kedah :)



*keletang keletang keletang* "BANGUN~!! BANGUN~!!" *siren berbunyi*



                           terpisat-pisat aku membuka mata tatkala baru nak lena. semalam tak boleh tidur, nyamuk pelbagai generasi dengan riang-riangnya menjadikan aku hidangan sepanjang malam. Aghh. tarbiyah betul. nak sangat datang mukhayyam kan, amekkaw~ aku golek kanan, si dia tidur lagi. aku golek kiri, Kak Iman pun tidur lagi. aku decide untuk bangun, whats the point tidur balik beralaskan sleeping bag tu, kalau tak boleh tidur pun.

                     lepas cover badan aurat secukupnya, aku keluar dari khemah kami, cuba memfokuskan mata dalam keheningan malam. brrr. SEJHUUUKKKK. cergas aku masuk dalam pakai sweater amek torchlight n tafsir.
kami kumpul di tengah kawasan lapang hutan tu, kakak tu bacakan ayat "infiru khifafaw wasikola.."
hmm. hmm ayat hafazan masa jaulah dulu....


                    dipendekkan cerita, tiba-tiba kami diarahkan membentuk dua pasukan. yes, dalam keadaan sejuk2 tu, 4.30 pagi +.+ , setiap pasukan disuruh pilih ketua, pastu suruh buat kubu menggunakan bahan2 yg diberi.. berupa kotak, tali, plastik sampah, kain sepanduk. kerajaan kami yang kami namakan Badar berkubu di antara 2 batang pokok, manakala tentera AlMulk berkubu di sudut bertentangan. YES, KAMI DISURUH BINA KUBU DI TENGAH-TENGAH HUTAN pagi-pagi buta dan dikehendaki solat sunat dalam kubu. ferghh. minit berganti minit, masa yang diperuntukkan habis!

                     kemudian kami solat subuh berjemaah di atas tanah. aku ada je telekung, sebab tinggal kat dewan kat situ. tapi bila tengok semua orang tegar solat tak lapik apa-apa. aku pun - gamble je la. bila lagi nak rasa :) teringat dulu mukhayyam 2010, qiyam jemaah kat tepi pantai pulau pangkor, disulami bunyi ombak menghempas pantai berbumbungkan bintang-bintang. Allah :') kali ni aku berbumbungkan langit sedikit berkabus dalam hutan, berlantaikan tanah yang sedikit lembap dek embun pagi. terasa sejuk dahi tatkala sujud menyembah Allah. Alhamdulillah  for the blessing. Alhamdulillah for the nikmat. sungguh, perasaan aman, indah dan syahdu itu nikmat. mungkin ada je orang melalui apa yang aku lalui, tapi tak rasa ape-ape kan. moga perasaan ni tak kan pernah hilang. ameen.






lepas solat, beberapa siri pertempuran berlaku antara 2 kerajaan. ohoiiiii. antaranya
1. setiap kerajaan disuruh keluarkan orang paling KUAT. untuk lawan pedang one-on-one,
2. setiap kerajaan disuruh keluarkan 2 orang paling LAJU .untuk sprint pecut! two-on-two,
3. setiap kerajaan disuruh keluarkan 3 orang paling DEKAT DENGAN QURAN . untuk memikat hati Raja Fasola dengan ayat-ayat Allah

yang PALING syioknyee, kakak2 tu keluarkan arahan dulu "sila keluarkan orang paling KUAT dalam kerajaan masing-masing".  dah keluar baru bagi task. -,- wahai. peluh banjir. and tak boleh tukar orang dah. nampak tak dia punya nilai "infiruu" kat situ?

akhirnya setelah mesyuarat dijalankan, raja Fasola memilih kerajaan AlMulk utk dihadiahkan tentera-tenteranya yang gagah perkasa. dan dihadiahkan juga peluru berupa belon-belon air. sobss. nampaknya kerajaan Badar betul2 diuji dengan angka.

eyt, dah dapat grab ke belum ape benda sebenarnya neh? yes . belon air. YES, WAR GAME. dalam hutan. lepas subuh. terbaik dari ladang.

******************************************************************************

*bunyi nafas mencungap*
jantung aku laju tatkala aku mara ke depan berbekalkan belon air di tangan, cuba mengelak dari terkena 'bom' dari frontline AlMulk. ke depan,ke belakang, mara semula. dua tiga kali 'naik' dan 'turun'.

masih teringat kata-kataku kepada rakan askar : "ingat , kita main bukan sekadar main. tapi kita main utk berukhuwah, dan kita betul2 nak Islam menang"

YA , AKU NAK ISLAM MENANG. aku lihat rakan-rakan lain sedang berbalas 'tembakan' dengan pihak lawan. sorang, sorang syahid. Allah. Panglima masih tegar melindungi panji kerajaan kami. akhirnya aku decide untuk naik dan serang. aku nampak Alia! aku aim beliau dan bom! sasaran ku mengenai tanah dan Alia terkena percikannya . bagaikan dirasuk , adrenalin merembes2, tachycardia, aku melaungkan "Alia syahid! Alia syahid!" sebagai arahan menyuruh beliau keluar dari game. ceh padahal kat Ipoh dok meeting sekali betahun2. tiba-tiba boleh garang ceni.

kali kedua aku naik, dengan penuh glory aku berlari mara, aku syahid tatkala 'bom' disasarkan dikepala ku. oh, sadis sungguh kau wahai askar. tsk.

******************************************************************************

sungguh, memory war game masih segar, aku bersyukur kerana dikurniakan masa dan tenaga untuk menyertai mukhayyam yang dikendalikan oleh kakak2 PMC dan USM,

aku bersyukur kerana mukhayyam tu semuanya akhawat. no-boys zone, dimana kita bebas untuk unleash our true potential to the max. takde nak segan-segan kalau air mata TERmengalir tatkala nak sharing, takde nak segan untuk meninggikan suara tatkala mendendangkan sajak mengenai riwayat hidup para sahabat. bebas untuk berlari apa gaya sekalipun masa war game, bebas.

mukhayyam ini ibarat 'kerehatan' buat kita setelah bergelumang dalam medik. 'kerehatan' dalam qowwiyul jism, 'kerehatan' dalam solat dhuha di atas batu besar air terjun di tengah-tengah hutan kaki Gunung Jerai. 'kerehatan' dalam RIVER TREKKING meredah  meyusuri sungai. dek kerana sayangkan kasut nike ku, aku hanya memakai stokin memijak batu-batu dalam air. merasai, mensemadikan diri dalam alam buana. acap kali aku hampir tergelincir , mujur air hanya separas pinggang, mujur ada akhawat yang menghulurkan tangan :)

Apa yang membuatkan aku tiba-tiba nak share pasal mukhayyam ni?
Memang lama dah ada plan nak share, tapi kenapa hari ni?

sebab GAZA. aku melihat video anak-anak Gaza mara kehadapan , mengingatkan aku momen war game. yes, kita mungkin boleh pung pang pung pang cakap nak jihad, nak gi Gaza nak syahid...
tapi.. main war game tu pun serius tachy. jantung rasa macam nak pecah. ohoooiii.

bila disuruh wakili kerajaan untuk memikat Raja Fasola pun teragak-agak, macam mana nak bawa Islam ni? bukan ke orang Islam kena jadi org 1st buat kebaikan? bila disuruh jadi ketua, teragak-agak. macamana ni Gadis Kokot??? ! bukan ke orang islam kena izzah dengan islam supaya boleh jual islam dekat not-yet-muslim ? (macam nak jual diri dekat Raja Fasola tadi)

nak tau tak sape menang? kerajaan aku kalah. Alhamdulillah atas tarbiyah ini, aku bersyukur kerana itulah niat aku menyertai mukhayyam ni, nak ditarbiyah. dan tentulah org yang pulang dengan kekalahan lebih di'tampar' kan? dan aku meletakkan kekalahan ini atas bahu sendiri tatkala aku tidak volunteer. tatkala aku 'alaa, ni program adik2 PMC, biar adik-adik ni la jadi ketua' . padan muka, kan dah kalah. masa sharing, ketua kerajaan AlMulk share kenapa dia volunteer jadi ketua, sebab dia ingat kakak naqibah dia ckp sahabat2 sentiasa nak jadi org 1st buat benda2 baik.......

tetapi aku tersenyum tatkala teringat sharing oleh 'askar2' yang syahid. betapa mereka gembira, dan bangga utk syahid :)sekian saja sharing untuk kali ini. ana akan share lagi InsyaAllah, especially on study + dakwah. beserta dengan gambar mukhayyam, nantikan! buat masa ni ada video je~




ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ   
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa BERAT, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (atTaubah, 41)          

 


nampak tak batu besar kat air terjun ni? kat sini la kitorang solat dhuha. :) tapi bukan the exact place, bawah lagi kut. tapi batu besar camtu la~


moga bermanfaat!
wassalamualaikum..
- penchenta mukhayyam  :)

p/s : mukhayyam ini disertai oleh 9 orang sisters HadiqatulJannah . 6 orang konvoi 2 kereta dari Ipoh ke kedah hari jumaat, dan 3 orang lagi hanya berkesempatan datang lepas MUET, hari sabtu,meredah hujan dalam highway naik kancil manual. Allah. tapi nilai tarbiyahnya sepanjang perjalanan + mukhayyam memang priceless kan walaupun 3 org lagi hanya sempat merasa war game :) 

INSYAALLAH, ni salah satu wasilah untuk kita bina ummat sebagaimana yang diminta oleh pemimpin Hamas bila ditanya , apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestin......


.everything begins with tarbiyyah.
#saveGaza