Manifestasi Syukur


Seorang ukht mengajukan pertanyaan waktu Daily Tazkirah di RI Firdausi hari ini.

"Apa yang antunna fikirkan apabila nak solat?"

Terdiam. Terpempan. Berfikir sebenarnya.

"Erk..atau lebih senang, apa yang antunna fikirkan sebelum atau dalam solat." Diulang pertanyaannya bila dilihat dahi kami berkerut-kerut sudah.

Diam lagi. Sengih. Berfikir sebenarnya.

"Hurm..hish..ana rasa kan..ana fikir apa yg nak dibuat after solat, sebelum ana solat." Suara aku merendah. Tanda kesal. Lebih kepada muhasabah diri sendiri. T_T

Ukht kat sebelah bersuara setelah sejenak otak ligat pusar putar berfikir (agak hiperbola di situ).

"Ntahla..dalam seminggu ni kan, ana cuba. Ana ada terbaca status Aiman Azlan. 'Kalau kita nak ingat Allah dalam solat, sentiasalah ingat Allah di luar solat'. Alhamdulillah..bila ana buat, memang hasilnya sangat best!" Girang sekali dia menuturkan.

"Tapi..." Tiba-tiba suaranya kedengaran kendur.

"Ana x dapat istiqamah." Sedih saja bunyinya.

Semua yang ada di situ tunduk. Koreksi diri.

Ukht yang bertanya tadi mula berkongsi pandangan.

"Wallahua'lam, sama ada ana terbaca, terdengar atau sekadar lintasan hati. Tapi ana sentiasa ingat kata-kata ni. Jangan pernah merasakan solat itu beban. Tapi jadikan solat itu sebagai rasa syukur kita kepada Allah." Semua mata tertumpu kepadanya.

Sambungnya lagi..

"Sebagai contoh, kita laksanakan solat Subuh right after kita bangun tidur. Rasakanlah bahawa dapat bangun daripada tidur itu adalah nikmat Allah, lalu kita memanifestasikan rasa syukur itu melalui solat Subuh. Begitu juga dengan Zuhur. Sama ada kita sedar atau pun tudak, terlalu banyak nikmat yg Dia berikan pada senggang waktu antara Subuh dan Zuhur." Senyum.

"Nikmat kita bersarapan pagi. Nikmat diberi kekuatan untuk memilih sama ada hari ni nak breakfast roti atau nasi goreng. Sekecil-kecil nikmat yang Dia bagi itulah yang kadang-kadang kita tak nampak." Semua menadah telinga. Mendengar setiap bait kata ukhti. Biar masuk dalam kepala terus boleh digest.

"Andai kita merasakan solat itu beban, maka kita akan jadi sambil lewa. Solat pun nak cepat je. Baca al-fatihah pun nak laju je. Kalau boleh tasbih dalam rukuk dan sujud tu nak baca sekali je. Na'uzdhubillah min zhalik." Kepalanya tergeleng-geleng.

Kami yang mendengar mengangguk tanda mengiakan kata-kata ukhti ini. Cukup untuk merasakan yang selama ini ruh solat itu entah ke mana. Padanlah "sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran.." tak pernah terkesan kat diri. Astaghfirullahal azdhim..

Sesungguhnya Solat itu manifestasi Syukur.