ISK Mukadimah 3 : FAHAM

Di hari yang mulia ini..
kita masih lagi menghirup udara yang segar..
kita masih lagi tinggal di tempat yang aman damai..
kita masih lagi makan makanan yang sedap-sedap..
namun, sudahkah anda mengucapkan Alhamdulillah? :)
ucaplah Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita secara percuma ini..


Allah S.W.T telah memberikan pelbagai nikmat yang memang tak terhitung banyaknya kepada kita.. namun bagaimanakahdengan cara apakah, kita, sebagai hambanya menggunakan nikmat yang telah diberikan itu?

mari kita telusuri ayat-ayat di bawah ini..


"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (Surah Al-Nahl :71) 


"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Al-An'am : 165)


Kelebihan yang Allah telah berikan itu dianggap sebagai suatu kurniaan dan juga merupakan suatu ujian terhadap hamba-hambanya.


Kadang-kadang kita tidak menyedari dan lupa akan nikmat yang telah diberikan Allah..
jom bace komik ni jap :)

taken from unknown fesbuk

rupanya.. diri kita lah.. nikmat yang paling berharga dan perlu digunakan untuk ke arah kebaikan.. :)


Ayuh, tanyalah kepada diri kita..
Di jalan manakah kita memanfaatkan kurniaan Allah itu?
Jalan menuju ke NERAKA? Ataupun, jalan menuju ke SYURGA ABADI??

kredit


tepuk dada, tanya iman.










**********************************************************************************


Seterusnya.. mari kita telusuri pula hadis Rasulullah S.A.W ini :)








عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه(حديث رواه البخاري ومسلم)

HADIS LOGAMDari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).


Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq) ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)






faham tak?? ehehe.. mesti ade cam blur2 skit kan..


okey.. sebenarnya.. hadis logam itu mengibaratkan kelebihan yang kita ada ni ibarat logam.. :)


kredit






hah???????? kenapa logam pulak nii?? Ada kene mengena ke??




ye.. logam ada kena mengena dengan kita.. :)


cuba anda bagi karakter2 logam..




hurm.. kuat..bersinar..kukuh.. mengembang bila panas, kecut bila sejuk.. konduktor haba, konduktor elektrik.. boleh dicairkan apabila didedahkan dengan suhu yang tinggi..cukup tak??


karakter logam yang boleh dilentur/dibentuk boleh disamakan dengan karakter kita.. percaya tak? :)
bak kata pepatah melayu yang macam lebih kurang dengan maksud ni.. belakang parang kalau diasah akan tajam juga. ehehe.. (ade kene mngena ke? )  :P
logam kan keras... kalau kita hempuk kepala orang dengan batang logam mesti retak tempurung kepala dia punyaa..
macam tula kita.. karakter kita tu kuat, sungguh kuat..tu yang disebut dalam hadis..


erk.. apela yang saye repekkan ni.. okey.. secara mudah, manusia ni ibarat logam. Dan logam dalam manusia ni akan kekal keaslian dan kualitinya bila mereka kembali kepada Islam sekiranya mereka faham.. (kita la tu)

pastu pada bahagian 2 hadis logam ni.. Rasulullah S.A.W sebenarnya mahu menerangkan kepada para sahabat yang merujuk pada bahagian awal tadi.. Orang yang berkualiti tinggi tu sebenarnya kalau kita lihat, mereka adalah terdiri daripada orang yang paling asyadd (sangat dasyat) dan benci kepada Islam. Para ulama' ada yang tafsirkan contoh macam Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Ikramah Abu Jahal.. Mereka ini mungkin tidak menerima dakwah Rasulullah S.A.W dengan mudah namun apabila mereka memeluk agama Islam.. MashaAllah.. merekalah manusia yang berkualiti, paling kuat mempertahankan Islam.. memang gred A++ la gitu.. :)

Bahagian 3 pula.. Rasulullah S.A.W menerangkan bahawa ada antara logam mereka yang berkualiti rendahhhh... Mereka dikatakan ibarat mempunyai 2 wajah.. Para ulama' kaitkan benda ni dengan bahagian pertama.. mereka ni senang menerima dakwah, terutama apabila ada sebab-sebab yang boleh menguntungkan mereka.. Mereka menerima dakwah tanpa berfikir panjang.. bila jumpa geng Islam.. jadi baik... mengamalkan tatasusila sbg seorg muslim.. tapi.. bila aberjumpa dengan geng jahiliyah, diorg jd jahiliyah pulak.. Golongan ni dikatakan buruk kualiti kerna mereka berperangai seperti seorang munafiq. semoga kita dijauhkan drpd sifat dlm bhgn ketiga ni ya.. amin..




semoga anda semua telah faham dengan penerangan ini..

tetapi sekarang, saya mahu fokus kepada kelebihan kita.. Dalam diri anda, mesti ada kelebihan/talent tertentu kan.. contohnye macam pandai melukis.. pandai menulis dan mengarang puisi indah.. dan sebagainya.. jadi, sebagai seorang muslim yang beriman, kita haruslah menggunakan kelebihan yakni kurniaan Allah ini untuk agama kita.. :)

contohnya.. sekiranya anda mempunyai kamera super osem & high quality & high power.. dan juga petah berkata-kata.. anda mungkin boleh jadi seperti ikhwah ini.. ;) menyebarkan dakwah dan peringatan dengan menjadi seorang VLOGGER.. kalau mcam saya.. saya seorang BLOGGER..ehehe.. nak jugak.. :P







ohh ya.. tiba2 teringat pula tentang kisah kuda perang yang telah diceritakan masa ISK haritu..

KUDA???
ehehe.. anda tahu tak sifat kuda yang liar kat afrika, kat mane2 pelusuk yang jarang diterokai manusia tu macam mane?
Kuda ni sebenarnya haiwan yang jinak taw.. tak tahan panas.. pastu.. pengecut jugak.. haaa... mesti terkejut kan? ehehe..

namun.. kuda ni.. kalau dilatih.. kuda itu akan menjadi seekor kuda perang yang sangat-sangat hebat.. seolah2 sifat2 kuda sebelum dilatih tu xpernah wujud.. haa.. sebabnya.. bila kuda dilatih untuk berperang.. ia mampu bertahan dengan minum hanya sedikit air.. mampu bertahan dengan hanya sedikit makanan.. dan mampu berlawan walaupun medan perang itu dipenuhi dengan busur anak panah yang tajam.. pedang2 yang berlaga.. ia terus berlari meluru dan terus patuh akan tuan nya.. haa..

Iktibar daripada cerita pendek ni.. kita kalau nak jadi kuda perang yang hebat.. kita kenalah asah dan terus menerus menggunakan kelebihan kita untuk Islam agar orang lain dapat memperoleh kebaikan daripada sumbangan kita itu.. InsyaAllah :)








KEBAIKAN BAGI MEREKA YANG FAHAM


Hurm.... apa yang anda faham setelah melihat gambar rajah ini? (^__^)






jeng..jeng...jeng..


ya.. Ad-Din (agama)  terbahagi kepada 3 bahagian.. yakni Aqidah, Feqah dan Akhlak.
anda perlu faham tentang Ad-Din... kerana Ad-Din merupakan CORE diri kita yer.. base of the cream.. cream of the cream.. erk? ape-ape lah.. hehe..


jadi di sini diselitkan hadis dan potongan ayat Al-Quran.








Hadis Kebaikan
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”







"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-An'am :125)

Hurm...
kita kena faham Ad-Din.. tetapi bagaimana nak faham yer??
hurm.. sebab.. kalau tak faham.. nanti.. bahaya taw!!


Jadi.. secara ringkasnya.. untuk faham Ad-Din ni, kita kenalah memahami Al-Quran... tapi kita kena faham dengan hati kita ye kawan-kawan..

kerana, Allah S.W.T telah berfirman


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata  (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."        (Surah Al-A'raf : 179) 



Na'uzubillahi min zalik..


erm...jap.. hati??? Liver ke?? sama dengan Heart tak?? ke maksud hati tu Jantung?? arrrrrrrrr!! konfius laa.. (-,-")

okey.. okey.. relax ye kawan-kawan.. :)
tarik nafas japppp...............
hembus..
tarik nafas.........................
hembus...


Actually, jantung dan hati merupakan DUA ORGAN YANG BERBEZA... rupa dan fungsi memang tak same langsung..
Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb atau qulub yang merujuk kepada jantung, bukannya hati. Lisan al-Arab yang dikarang oleh Ibnu Manzur memberi pengertian qalb sebagai segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar di tempat ia tergantung iaitu jantung. Hati dalam bahasa arab disebut kibdah.

Tetapi untuk kesesuaian bahasa, qalb atau qulub diterjemahkan sebagai hati dalam Bahasa Melayu, namun maksud dari sudut istilah masih merujuk kepada jantung. Terjemahan qalb dalam Bahasa Inggeris lebih tepat iaitu HEART. perenggan seterusnya saya akan pakai perkataan hati jgak ye sbb sedap sikit bunyi nye.. ;)
hehe..


Sebenarnya...
kita kena faham Al-Quran ini dengan hati kita.. bukan dengan otak..


Kenapa pulak dengan  hati???????????? bukan otak ke yang boleh berfikir? kalau kita pakai otak.. kita boleh berfikir lah kan apa maksud sebenar ayat Al-Quran tu.. bukan macam tu ke??
erm.. kejap eh.. nak selitkan beberapa maklumat :)
nak tahu fakta sains tak??
Sejak 30 tahun dahulu, saintis mendapati 60-65% komposisi jantung ialah sel-sel saraf seperti otak.. bukannya otot... haaa... terkejut tak?
Kajian lain pula membuktikan jantung dapat berfungsi seperti  otak malahan melebihi peranan otak dalam hal-hal tertentu.. Jantung berperanan dalam mengawal emosi seperti marah, dengki, takut... sebab itula.. sebagai contoh, kalau kita berasa takut.. jantung kita mesti berdegup kencang.. otak kita ni just tempat berfikir je..
boleh terima tak? :)

Other than that, Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi dalam badan kita... otak hanya berfungsi sekitar 13-14 minggu selepas tu.. haaa... hebat tak jantung? ;) boleh berfungsi tanpa kewujudan otak..


Dari perspektif agama pula.. Al-Quran telah menyebut mengenai hati (jantung) sebanyak 110 kali.. bahkan menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firmanNya yang bermaksud :

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj :46)
Rasulullah S.A.W juga telah mendahului para saintis dengan mengkhabarkan mengenai fungsi hati(jantung) 14 abad yang lalu dan kepentingannya kepada seluruh anggota badan manusia. Jika hati dalam keadaan baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitu jugalah sebaliknya.


"Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati (jantung)"


setelah panjang lebar penjelasan mengenai hati(jantung) ni..
so nak sambung balik ke topik utama.. ehehe.. :)

Pendek kata.. kita kena faham Al-Quran dengan hati kita..
Beza antara faham (otak) dan rasa (hati) ialah.. kalau faham dengan hati, x sempat nak masuk otak pun.. xperlu nak di ajar..

ermm.. faham x?



x faham lagi larr.... :(  nak penjelasan lagi.......

okey okey.. ini hanya sebagai contoh.. cuba tengok gambar kat bawah ni.. kalau kita baca buku novel cinta.. amboi... punya lah dengan penuh perasaan.. sampai mengalir air mata.. ini bererti bahawa kita betul-betul merasai dan faham ayat-ayat dalam novel cinta tersebut..
kredit

tapi... kalau kita baca pkai otak... kita takkan dapat menjiwai ayat-ayat dalam Al-Quran.. ibarat baca buku Fizik.. hanya baca sahaja.. xde perasaan langsung.. ehehe.. boleh tak? ;)








Jadi.. kalau nak faham Al-Quran.. kita kenalah baca Al-Quran dengan hati :) supaya dapat menjiwai dan memahami setiap kata-kata cinta dari Allah S.W.T <3





Ilalliqa' salam alaikum