interaksi bersama Al-Quran


alhamdullilah,dengan izin ALLAH telah berlangsung daurah mini interaksi dengan Al-Quran..walaupun mini daurahnya,namun kalau dikira tapisan2 ALLAH yang hadir mega jumlahnya bersama jiwa2 yang mega mahu keep close dengan Al-Quran..

so,
jadikan Al-Quran dekat di hati dan meniti di bibir 
bukan sekadar hiasan di rak2 buku..


caranya:
1)set dalam minda perasaan2 yang pure sblm membaca AL-Quran.Al-Quran itu mukjizat,jika kita berniat untuk tujuan perubatan,maka ALLAH makbulkan..maka niatkan tujuan 2 lebih kepada sbg contoh spt penyucian hati ataupun petunjuk
2)faham bahasa arab itu sendiri..itulah tujuan usrah,sama2 mentadabbur ayat
3) kenal latar belakang2 Al-Quran itu sendiri
4)kena rasa Al-Quran diturunkan untuk kita

dan kak nana ada share sesuatu yang sangat menyentuh perasaan..mengenai bagaimana ALLAH menjawab setiap bacaan kita dalam surah Al-Fatihah..dan sememangnya setiap bacaan di dalam Al-Quran adalah ayat-ayat cinta pada ALLAH tanpa kita menyedarinya..sbb itu para sahabah mudah tersentuh hati dan menangis apabila mendengar bacaan Al-Quran dibacakan..baca kisah ni..

Cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah di dalam solatnya, Baginda akan memberhentikan bacaan pada setiap akhir ayat.

Begitulah yang dilakukan oleh Baginda sehingga sempurna membaca al-Fatihah. Ini adalah kerana setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah ini ALLAH menjawab balik. Disini di sertakan maksud ayat al-Fatihah dan jawapan dari ALLAH kepada setiap ayat yang dibaca.

Alhamdullilahhirabbilalamin…..
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Arrahmanirahim…..
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Malikiyaumiddin…..
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyyakanakbuduwaiyakanastain…..
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinossiratolmustakin…..
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Siratollazinaanamtaalaihim,
rairilmardubialaihimwalloddollilin….

Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.

sister yang dicintai kerana ALLAH sekalian..

walaupun kita tidak hidup zaman Rasullulah ketika Al-Quran diturunkan,kita kena rasa bahawa AL-Quran diturunkan untuk kita..


 "katakanlah (wahai muhammad): "inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. dan aku menegaskan: maha suci allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan allah dengan sesuatu yang lain." (yusuf 12:108)" 
bayangkan bahwa sebenarnya allah sedang berbicara dengan kita nie..katakanlah(wahai________) bayangkan ayat2 itu allah turunkan untuk kita juga seru sekalian manusia..kerana sememangnya segala perintah yang ditulis dalam al-quran memang untuk  kita!!




insya allah,jika saya ada masa,saya akan terus berkongsi apa yang disampaikan oleh kak nana tempoh hari..

keep sharing sister!