Kecewa seorang Dai'e



Nahnu Ansorullah!! [Kamilah Penolong Agama Allah!!]

Gema laungan itulah yang kadang-kadang menguatkan, malah sempat pula merasakan diri ini sudah banyak buat ‘kerja’. sehingga mampu pula mengeluh kepenatan?!

Semalam, kami ‘ijlis bina, nu’min saah’ di satu taman syurga. Disentak hebat oleh ayat2 “cinta” daripadaNya, alHadid 57:12-16. Kali ini ayat-ayat ini berbaur kecaman dalam kiasan. Waaahh, betapa cintanya Allah kepada hambaNya sehinggakan Allah mendedahkan segala yang mungkin berlaku di padang Mahsyar nanti.. agar kita boleh buat persediaan untuk menjadi golongan yang mana.. sungguh, diri ini rasa bertuah sekali apabila diingatkan dengan pesanan sebegini pada masa ini,pada sebulan, setahun, dua tahun akan datang dan selamanya!
“(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar” [12]
“(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit daripada cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ngejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakan di antara mereka (yang beriman dan yang munafiq itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), di sebelah luarnya dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.” [13]
“(Pada saat itu) mereka (yang munafiq) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu membinasakan dirimu dan kamu telah menunggu-nunggu, dan kamu pula ragu-ragu (terhadap agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksudmu). Sehingga datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah. Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya)” [14]
“Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri daripada kamu, dan tidak juga daripada orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, neraka sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!” [15]
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (alQuran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik – derhaka” [16]

“ketika engkau melihat orang-orang beriman…”

Ya Allah.. apakah waktu itu aku hanya melihat orang-orang beriman dipenuhi cahaya dari kanan dan hadapan mereka, dan mereka diberi pula pengumuman yang baik semasa di akhirat kelak?? Apakah aku hanya golongan yang melihat itu?

Jika begitu, akulah orang yang memanggil-manggil mereka. Minta ditunggu, dan akulah yang dengan tidak malunya meminta diberikan juga sedikit daripada cahaya mereka itu? Tatkala mereka bergerak menuju ke syurga, aku pula terkejar-kejar sambil mengungkit kembali bahawa aku dahulu pernah besama-sama mereka dalam perjuangan.

“aku kan bersama-sama kamu dalam jamaah? Kita duduk-duduk di dalam halaqah bersama-sama? Kita bertilawah bersama-sama?”

“Benar, tapi kamu membinasakan dirimu sendiri, kamu hanya menunggu-nunggu..” jawab wajah-wajah bercahaya itu. Mereka seolah-olah berkata:

Di mana kamu saat da’wah memerlukan mu?? Kamu begitu berkobar-kobar semasa awal usia tarbiyyah dahulu. Kamu bersemangat nak mengubah ummah selepas melalui “Ini Sungguh Kool”. Segala tenaga, idea dan wang ringgit telah kamu curahkan tanpa rasa kesal dan jemu, namun sekarang saatnya takungan mad’u melompat-lompat bagai ikan segar mahukan tarbiyyah, kamu pula sibuk dengan urusan duniamu, dengan assignments, SSM, kelabm, persatuan, & peperiksaan yang silih berganti..
menyebabkan kamu meminta hak masamu untuk diri sendiri daripada murobbimu. Kamu meminta untuk mereka faham keadaanmu. Kamu mahu mereka mengerti bahwa kamu kini sudah dewasa, kamu ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Kamu mengeluh di sana, kamu merungut di sini. Keluhan-keluhan kamu salurkan pada manusia. Meminta mereka mengerti akan keperluanmu.

Kamu hanya menunggu tarbiyyah itu datang membelaimu. Datang sendiri mengetuk pintu rumahmu di kampung atau menjemput dengan karpet merah ditaburi bunga mawar. Kerana kamu orang yang sibuk… maka kamu menunggu layanan terbaik daripada da’wah buat dirimu..

Hati mu tak puas, dirasakan seolahnya da’wah tidak melayanimu yang telah ‘banyak’ berjasa pada medan kerja ini. Seolahnya da’wah tidak menghargaimu yang banyak tanggungan ini. Kamu kini seorang daie yang kecewa dengan da’wah dan akhirnya pergi membawa diri. Kamu mengharapkan ia datang memujuk. tapi tidak. “Ahh, sekurang-kurangnya tolonglah faham wahai da’wah!!”

Dirimu jadi semakin terluka.. seolahnya setiap kata-kata akhawat adalah teguran KHAS ditujukan untukmu. Argh,luka itu semakin sakit! dah, jangan cakap lagi boleh taakkk?! Kamu mengeluh lagi di sana sini.. “kak, saya ada banyak kerja arr” “kak, saya baru balik oncall, penat ahh” “kak, saya kene jaga mak, jaga kucing, jaga adik, masak, belajar, assignments banyak sekarang ni, exam dah nak dekat, susah nak cari masa ni..” “kak, saya errrr.. err.. sy nak gi walimah sepupu mak tiri kepada kakak ipar, sorry ehh”

Akhirnya, hatimu tetap juga tidak puas. Da’wah yang mengecewakan dirimu, dah lama kamu tinggalkan. Bahkan, kamu semakin ragu dengan jalan da’wah ini. Lalu mula meragui janji-janji Allah. Kamu berasa syak kepada manhaj islam. Berprasangka terhadap Tuhanmu.

Lalu kemudian, jadilah kamu orang yang ditipu syaitan dengan angan-angan kosong..

Haiiih??! Itukan ciri-ciri orang yang menjerit-jerit meminta untuk ditunggu dan diberikan cahaya tadi?? Maka, sayakah itu??

Menunggu dan menunggu dalam jangka waktu yang panjang dengan membawa lara di dalam hati. Menyebabkan hati menjadi keras seperti yang disebutkan pada ayat ke [57:16]. Maka pada ketika itu, kamu menjadi tawar hati kepada Tuhanmu, hilanglah kekhusyukan dalam ibadahmu. Begitulah episod hidup daie yang kecewa dan teluka di dunia..

Betapa mencabarnya ujian di alam kolej, belum lagi alam pekerjaan [doctor], apatah lagi dugaan yang bakal menjengah di alam perkahwinan.. tuntutan da’wah menjadi semakin besar, namun masa yang diperuntukkan olehmu sangatlah sedikit..

Allah.. golongkanlah aku dan ikhawah akhawatku bersama-sama menjadi dari kalangan mereka yang berjalan dengan cahaya pada hari tersebut..
Wallahualam..


  1. gravatar

    # by musafir asing - 13 September 2012 at 18:49

    allahuakbar. terpukul rasanya dgn ibrah ini. pernah tadabbur ayat ini, tapi asthagfirullahazim.. tak relate kan betul2 dgn diri sendiri. padahal dah tahu yg ayat2 allah ni bukan utk orang terdahulu masa al quran ini diturunkan, tapi untuk diri sendiri. astaghfirullah azim..

    untuk murabbi yang tegar mendidik, teruskan ketegaran mu. ketika engkau merasa susah ketika mendidik, itulah tarbiyyah utk dirimu. intimewanya, tarbiyyah itu bukan daripada murobbi atasmu. tapi,tarbiyyah terus drpd allah.
    jgn engkau merasa sedih dan lemah jika engkau benar2 beriman.

  2. gravatar

    # by Wardah Hazirah - 14 September 2012 at 00:32

    Amin.. Moga kita terus tsabat atas jalan dakwah dan tak rasa jemu mengutip cintaNya yang mencurah2, walau jasad penuh peluh dan bermandi darah.. (T_T)

    Jazakillahu khoiron kathiro kak Da'ie Rabbani~
    Murobbi tegar, terus bimbing kami! :)

  3. gravatar

    # by Adwa' - 14 September 2012 at 06:01

    Allahu Rabbi! Sangat menyentuh hati yang sedang mencari cahaya. =') Jazakillahu khairan kathira ...