Kerana itu, biarkan aku pergi.
United Kingdom.
Musim luruh ,2009.
Musim luruh ,2009.
“Kak.. ” Saya menyeka air mata. Kerongkong dirasakan terlalu perit.
“Kalau boleh, kita tak nak akak pergi. Kita tak bersedia. Kita tak kuat lagi kak,” sedu sedan semakin kuat. Pelukan semakin kejap. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi.
“Kalau boleh, kita tak nak akak pergi. Kita tak bersedia. Kita tak kuat lagi kak,” sedu sedan semakin kuat. Pelukan semakin kejap. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi.
Petang itu, di luarnya sungguh nyaman. Angin musim luruh sesekali bergeser dengan tingkap kaca di bumbung kamar saya. Sayang, angin nyaman itu langsung tidak mampu menenangkan jiwa saya. Sungguh, ketika itu, dada dirasakan berombak kencang. Menghancurkan jiwa saya tanpa belas.
Perlahan lahan, dia meleraikan dakapan kami. Wajah lembut itu tersenyum tenang. Tangannya mengusap-usap tubuh saya, aman. Seperti biasa, dia akan membuai saya dengan barisan kata hikmah yang terlalu membelai jiwa. Jiwa saya basah dengan azimat ungkapannya.
“Janganlah macam ni. Allah ciptakan pertemuan, maka sudah pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan kita, bukan perpisahan biasa-biasa. Perpisahan ini adalah perpisahan luar biasa. Perpisahan yang bakal menyaksikan kebangkitan seorang daie kecil menjadi singa agama Allah. Perpisahan ini yang akan mengajar erti kemandirian dan survival. Awak kena ingat, kita tak selamanya akan bersama dengan orang yang kita harapkan. Satu hari nanti, kita akan ditinggalkan. Ditinggalkan bukan kerana benci. Bukan kerana jemu. Bukan kerana bosan. Tapi ditinggalkan kerana sayang. Kerana percaya. Kerana yakin. Bahawa anak didiknya ini akan membesar dan mendewasa dengan hebat. Murobbinya akan aman meninggalkannya. Kerana dia tahu, Allah pasti akan menjaganya,”.
Allah…empangan air mata saya pecah lagi. Kali ini, bukan sedikit. Saya terlalu sebak. Tempoh masa untuk dia kembali pulang ke tanah air tinggal beberapa hari lagi berbaki.
Itulah dia. Murobbiah pertama saya. Dengan izin Allah, dia yang membawa saya mengenali cinta pada tarbiyyah.
Dia tidak pernah gagal menanamkan benih keyakinan dalam diri saya. Walau sebanyak mana kegagalan yang saya tempuhi, dia tidak pernah meninggalkan saya.
Ya dialah murobbiah saya.
Yang terlalu banyak bersabar dengan saya.

Namanya tidak pernah lenyap daripada bibir saya, walau di mana pun saya tercampak.
Ya, ke mana pun bumi Allah ini, saya jejaki, saya pasti membawa semangatnya bersama.
Ya, ke mana pun bumi Allah ini, saya jejaki, saya pasti membawa semangatnya bersama.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ahh..Saya terlalu kerap bermain dengan kenangan. Saya sedar, setiap kali saya menulis, saya seolah-olah terperangkap dengan babak-babak hidup yang lalu.
Ya, saya tidak mampu untuk melupakan saat cinta pertama saya dalam lapangan tarbiyyah ini. Terkadang saya merasakan, saya masih hidup dalam masa lampau. Saya terlalu rindukan suasana itu. Tetapi, sampai bila harus saya menangisi kerinduan itu? Sedangkan terlalu banyak lagi tanggugjawab yang masih belum terlaksana.

Syukur alhamdulillah, hari ini saya punyai keluarga tarbiyyah yang amat saya cintai. Bermula dengan usaha yang kecil dan jerih payah yang tidak sedikit pada sekitar awal 2010 , saya mula menuai bibit-bibit kebahagiaanya. Namun, mahligai cinta tarbiyyah ini bukan usaha seorang dua, ia adalah usaha kolektif yang pada mata kasarnya kerdil, tetapi besar pada jiwa dan rohnya.
Ketika ini, sejujurnya saya tidak punya apa. Karung bekalan saya sejujurnya semakin menipis. Saya tidak lagi diisi dengan taujih-taujih hebat lagi menggegarkan jiwa sepertimana yang pernah saya dapat di bumi Inggeris dahulu. Bagaimanakah mampu saya menakhodai bahtera dakwah dan tarbiyyah dengan persiapan yang dhaif sebegini?
Semakin hari, saya menjadi semakin kerdil dan rendah diri pada sahabat akhawat saya yang masih basah dengan taujih makanan jiwa Daie di bumi seberang sana. Sedangkan saya, dengan jiwa yang kering ini perlu memasakkan binaan tarbiyyah dan mencetak kader dakwah.
Ketika inilah, saya mencipta dunia sendiri. Saya melakar imaginasi seolah-olah saya masih hidup dalam kerancakan dakwah dan tarbiyah yang lalu. Saya mencoret potret muwajjih dan murobbi yang pernah mendidik diri ini dalam kotak minda. Saya mencipta alunan gegak gempita suara murobbi yang melaungkan seruan jihad di gegendang telinga ini. Saya membayangkan keseriusan wajah akhawat penggerak bersyura, baik secara on line mahu pun perjumpaan bertemu lutut. Saat kental saya dan akhawat membelah awan ke bumi Ireland semata-mata untuk syuro Kem Perhimpunan Musim Sejuk yang berdurasi lebih pendek daripada tempoh perjalanan dari UK benar-benar membakar jiwa.
Sanggup berkorban apa sahaja.
Sanggup berkorban apa sahaja.
Ya, sesungguhnya saya hidup dalam kenangan silam. Sedih bukan? Bekalan saya “membesarkan” anak-anak tarbiyyah saya kebanyakkannya bersandar pada kepekatan tarbiyyah silam. Dengan pengetahuan dakwah yang sedikit dan kesegaran tarbiyyah yang dicedok daripada memori lepas, itulah sahaja yang mampu saya berikan.
Maafkan ku wahai anak-anak tarbiyyahku!
Sungguh! Diriku tak punya apa.
Kering kontang, tak bermaya.
Sedangkan kalian perlukan sentuhan murobbi yang lebih segar!
Yang lebih basah.
Mungkin juga, kalian perlukan pengganti.
Ya pengganti yang lebih layak!

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Mereka bukan bangsa “pemaksa”.
Jujurnya dahulu, pada awal penglibatan saya dalam gerakan dakwah, saya bukanlah daripada golongan “thiqoh” dan patuh. Terkadang, ada juga degil dan derhakanya saya. Astaghfirullahalzim, bagaikan membuka aib sendiri rasanya. Tetapi inilah babak-babak kehidupan yang perlu saya kongsikan. Agar ia menjadi pelajaran kepada kader di luar sana.
Tetapi ketahuilah akhawatku, ada ubi ada batas, ada hari, pasti akan dibalas.
Pernahkah kalian terdengar kata-kata, “jika dahulu kita degil dan tidak thiqoh pada murobbi, percayalah satu hari nanti, kita akan diperlakukan perkara yang sama oleh mutarobbi kita”.
Namun, sifir ini tidak semestinya berlaku. Ada juga murobbi yang pada rekod tarbiyyahnya bersih, diuji dengan anak mutarobbi yang “adventurous”.
Namun, itulah roda kehidupan.
Menguji dan diuji.
Namun, sifir ini tidak semestinya berlaku. Ada juga murobbi yang pada rekod tarbiyyahnya bersih, diuji dengan anak mutarobbi yang “adventurous”.
Namun, itulah roda kehidupan.
Menguji dan diuji.
Ketahuilah jika kalian merasakan sukarnya diri sendiri untuk ditarbiyyah, sebenarnya sejuta kali lebih susah untuk mentarbiyyah manusia.
Terkadang, murobbi “terpaksa” untuk “memaksa” kalian untuk konsisten usrah.
Mereka “terpaksa” untuk “memaksa” kalian hadiri daurah.
Mereka “terpaksa” untuk “memaksa” kalian penuhi syuro, liqo, iftar, qiyam dan jaulah.

Kalian kira, adakah murobbi adalah spesies yang suka memaksa?
Kalian kira, adakah jiwa murobbi tenang untuk memaksa jiwa manusia?
Kalian kira, adakah murobbi tiada kerja dan tanggungjawab lain untuk ditunaikan selain menebalkan muka menghabiskan kredit, pesan di FB, jumpa face to face di bilik semata-mata memujuk kalian hadiri program pembangunan jiwa?

Siapa sebenarnya kedudukan kalian di sisi murobbi?
Adik kandung? Anak saudara seibu seayah? Sepupu sedarah sedaging?
Adakah semasa ibu ayah kalian mendaftarkan kalian di IPT masing-masing, mereka membayar upah kepada murobbi kalian untuk mentarbiyah kalian?
Tidak! Sekali kali tidak!
Jadi, mengapa para murobbi itu terus tegar “mengejar” kalian walaupun sudah banyak air mata yang tumpah, keringat yang mengalir dan hati yang terhiris?

Pertanyaan retoris ini sebenarnya perlu ditujukan kepada saya yang menulis. Kerana tangan yang menulis ini lebih berat pertanggungjawabannya berbanding mata kalian yang membaca.
Ya, saya memang banyak bersalah kepada barisan generasi murobbiah saya yang terdahulu. Entah berapa banyak arahan yang telah diingkari. Jadi, jika saya diuji dengan mutarobbi yang “adventurous”, saya sesungguhnya tidak layak untuk mengeluh dan merungut.

Maafkanku wahai barisan murobbi. Baru aku tahu bukan mudah mentarbiyyah jiwa manusia. Jika pipiku pernah basah kerana menangisi kegagalanku membimbing mereka. Engkau apatah lagi, mungkin sahaja setiap malam, berendam dalam air mata. Menyesali tindak tandukku yang besar kepala.
Allah..Allah..Allah..
………………………………………………………………………………………………………………………………..
Jangan berada di atas terlalu lama. Nanti orang benci.
Saya masih ingat, suatu hari saya sedang meneliti dada akhbar. Biasalah, kalau tiada kisah politik, memang tidak sah. Saya terpandang kata-kata mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir yang ditujukan kepada saingan politiknya, Tuan Guru Nik Aziz. Ia berbunyi ; ” Kita tak boleh berada di atas terlalu lama. Nanti, orang naik muak, naik jelak”.
Tiba-tiba ada khatiroh (lintasan hati) mengetuk.
Dalam politik, mungkin apa yang dikatakan oleh beliau itu ada benarnya. Namun, ia bertepatan dengan tarbiyyah.
Mengapa?
Kerana sudah menjadi lumrah, suatu hari nanti, Sang Murobbi akan pergi meninggalkan mutarobbinya.
Namun, cantiknya sunnahtullah itu apabila pemergian murobbi bukan semata-mata bersandarkan sebab-sebab fizikal seperti terpaksa berhijrah, habis belajar dan sebagainya.
Apatah lagi, kalau sang murobbi meninggalkan mutarobbinya kerana takut mereka merasa muak atau jelak.
Ditinggalkan bukan kerana benci.
Bukan kerana jemu.
Bukan kerana bosan.
Tapi ditinggalkan kerana yakin.
Yakin bahawa anak didiknya ini akan membesar dan mendewasa dengan hebat.
Murobbinya akan aman meninggalkannya. Kerana dia tahu, Allah pasti akan menjaganya,”.

…………………………………………………………………………………………………….
Kerana sudah tiba masanya.
Dahulu, saya melihat perpisahan hanyalah kata lawan/ antonim kepada sebuah pertemuan.
Namun, pengalaman hidup banyak mengubah sudut pandangan hati. Setelah melalui pelbagai siri perpisahan dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, saya menemukan satu lagi ibrah. Jika dulu, perpisahan itu adalah sifir mudah kepada pertemuan. Jika ada perpisahan, mestilah ada pertemuan kan? . Tetapi, tarbiyyah banyak mengajar saya berfikir dari konteks berbeza. Ibrah perpisahan kali ini membawa saya kepada kepada dimensi dakwah yang baru.

Saya meneliti putaran masa yang telah berlalu. Saban tahun, saya bertukar naqibah dan murobbi. Malah, saya juga telah bertukar daerah tarbiyyah. Begitu banyak perubahan yang berlaku. Saya masih ingat, murobbi saya pernah berkata,
“perubahan itu adalah norma dalam tarbiyyah. Berubah amal, berubah semangat, malah berubah murobbiah juga salah satu proses pembaikan”.
“perubahan itu adalah norma dalam tarbiyyah. Berubah amal, berubah semangat, malah berubah murobbiah juga salah satu proses pembaikan”.
Berubah murobbiah juga adalah proses pembaikan? Mana mungkin! Saya sudah pun mempunya murobbi yang terbaik, yang paling penyabar, yang paling lembut, yang paling mengambil berat. Apa lagi yang saya mahu? Mengapa pula saya mahu mengubah hakikat itu?
Jiwa saya membentak.
Jiwa saya membentak.
Tidak! Kita tidak selamanya hidup dalam keselesaan dan keterbiasaan. Kerana “keselesaan dan keterbiasaan” itu adalah musuh bagi tarbiyyah. Kita perlu mengalami perubahan walaupun perubahan itu tidak kita sukai.
Ohh ya,..apatah lagi jika seandainya, murobbi kita yang sekarang sudah cukup menimbulkan rasa jelak dan muak, tentu sekali ramai mutarobbi yang tidak sabar menukar murobbinya, bukan?
(Saya tidak pasti jika kalian pernah menemukan pengalaman di mana mutarobbi sudah naik muak dan bosan dengan murobbinya sehinggakan keluar perkataan benci (nauzubillah). Tapi siapa sangka, perkara ini pernah berlaku lantaran tidak FAHAMnya mereka terhadap urgensinya kebutuhan dakwah dan tarbiyyah. Namun, sang murobbi masih mampu tersenyum dan bersabar. Moga saya juga akan tergolong dalam kelompok murobbi yang sabar. Amin).
Maka, di sinilah hikmahnya Allah mencipta perpisahan dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Bukan berpisah semata-mata kerana naqibah sudah habis belajar dan bergraduasi. Bukan juga kerana naqibah akan terbang untuk menyambung pelajaran di tempat lain. Bukan juga semata-mata naqibah akan berhijrah, berkahwin dan mengikut suami.
Itu semua hanyalah asbab kepada sebuah hakikat. Iaitu hakikat kepada perlunya mutarobbi ini ditinggalkan. Supaya mereka belajar menerima perubahan. Jika perubahan itu adalah perubahan yang mereka sukai, syukurlah! Namun, jika mereka terpaksa melepaskan murobbi yang mereka kasihi, maka di sinilah mujahadah mereka.
Belajar untuk melepaskan orang yang dikasihi atas nama tarbiyyah.
Belajar untuk melepaskan orang yang dikasihi atas nama tarbiyyah.
………………………………………………………………………………………………………………………
Melihatkan taburan anak-anak tarbiyyah saya yang pelbagai ragam, himmah dan semangat, saya merenung kepada diri sendiri. Hasil acuan biasanya akan terbentuk mengikut bekas acuannya.
Di sini, mereka adalah hasil acuan dan saya adalah bekas acuan.
Jika baiknya mereka, kerana baiknya Allah memberikan saya peluang mentarbiyyah mereka yang berlogam hebat.
Tapi jika durja nya mereka dengan sisa jahiliyyah, mungkin sahaja kerana gagalnya saya membentuk mereka.

Merenung masa yang berbaki beberapa bulan sebelum saya menamatkan perjalanan tarbiyah di sini, saya tidak pasti adakah masih ada masa.
Atau sebenarnya ini adalah petunjuk kepada saya bahawa masa untuk mereka ditinggalkan sudah tiba.
Mereka perlu ditinggalkan untuk mejadi dewasa.
Mereka perlu ditingalkan untuk menjadi matang.
Ya! Mereka perlu ditinggalkan.
Atau sebenarnya ini adalah petunjuk kepada saya bahawa masa untuk mereka ditinggalkan sudah tiba.
Mereka perlu ditinggalkan untuk mejadi dewasa.
Mereka perlu ditingalkan untuk menjadi matang.
Ya! Mereka perlu ditinggalkan.
Ditinggalkan bukan kerana benci.
Bukan kerana jemu.
Bukan kerana bosan.
Tapi ditinggalkan kerana yakin.
Bahawa akan ada pengganti yang lebih baik.
Bahawa ada Allah yang akan menjaga mereka.
Bukan kerana jemu.
Bukan kerana bosan.
Tapi ditinggalkan kerana yakin.
Bahawa akan ada pengganti yang lebih baik.
Bahawa ada Allah yang akan menjaga mereka.
musafir asing
2 Oktober 2012
Kawthar.
2 Oktober 2012
Kawthar.
This entry was posted on Monday, 1 October 2012 at 11:25 and is filed under HJ, tarbiyah, ukhuwah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
# by jacobiqualls - 3 March 2022 at 18:33
Hotel in San Diego, CA Jobs | Mapyro
Search for the Best Hotel in San Diego, CA jobs near Santa Barbara 부천 출장샵 on Mapyro. Hotel in 목포 출장마사지 San Diego, CA; Santa 인천광역 출장안마 Barbara Resort & 울산광역 출장샵 Casino - 전라북도 출장샵 Mapyro