Mukaddimah 2: Islam Bermula?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua! 

Alhamdulillah, mari kita sama2 bersyukur kerana sekali lagi Allah beri peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan sentiasa memohon ampun kepadaNya kerana kita manusia biasa, sering melakukan dosa.

Sudahkah anda berselawat ke atas Nabi s.a.w hari ini? Kalau belum, mari sama2 berselawat, ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wasallam’ (3x)

Baiklah kali ini saya akan berkongsi mukaddimah kedua daripada daurah ISK hari tu(wakil Kumpulan Salahuddin Al-Ayyubi: Kak Shasha, Kak Nai, Kak Asilah n Kak Shida)..

MUKADDIMAH 2: ISLAM BERMULA?

Agak-agaknya, bila Islam ini bermula? Adakah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w? Atau sejak dari manusia pertama yang diciptakan Allah yakni Nabi Adam a.s?
Hmm.. jom kita fahami beberapa perkataan ini:

أسلم  (Aslim) : berserah diri (kata kerja)
أَسْلَمْتُ (Aslamtu) : Aku berserah diri, tunduk dan patuh
الْإِسْلَامُ (Al-Islam) : Menyerahkan diri kepada Allah s.w.t

Jadi, apa erti Islam sebenarnya? Maknanya ialah berserah, tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Oleh itu, siapa manusia yang pertama kali tunduk dan patuh kepada Allah? 

Yes, Nabi Adam a.s! Jadi, Nabi Adam itu ialah seorang ISLAM!

Subhanallah, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 131-133

Maksudnya: 

(131) “ (Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), ‘Berserah dirilah!’ Dia menjawab, ‘ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”
(132) “Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’akub. ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”
(133) “Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya’akub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami (hanya) berserah diri kepadaNya.”

Justeru, sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi sehingga Nabi Muhammad s.a.w dan sehingga sekarang, Islam telah wujud!

Jadi, kenapa harus ragu lagi? Sememangnya Islam itu adalah agama Allah dan agama yang benar! Allahu Akbar!

Seterusnya, kita akan berbincang tentang satu perkara yang sangat penting! Apa dia?

Haa..jom main game nak? Hehe..


Ok, Nampak apa2 perbezaan tak? 

 Cepat2..jangan lambat.. Nampak tak? Haa? ;]

Wah, bagus2.. Korang kata ada 2 perbezaan ye?
           
           1) Gambar pertama tu kata ‘Saya Lari.’ Huruf L tu besar. Menunjukkan Kata Nama KHAS. Manakala, gambar kedua tu, huruf l kecik. Menunjukkan Kata KERJA.

      2) Gambar pertama kata ‘Saya Lari’ tapi dia tak lari, dia duduk je. Manakala, gambar kedua tu kata, ‘Saya lari.’ Dan dia betul-betul berlari.

Hmm..boleh tahan jugak korang ni. Baik! Teruskan prestasi anda! Fuh!

Sebenarnya, anda tahu tak kita boleh relate dengan satu perkataan lagi. Konsep dia sama tau. 

Perkataan itu ialah:
Saya Islam vs Saya islam

Hah! Apa bezanya?

Beza dia ialah...

Saya Islam- menunjukkan Islam hanya pada nama. Maknanya, sama ada dia duduk, berbaring, tengok TV, menghadap laptop, tengok wayang...dia still Islam pada nama.

Saya islam- menunjukkan Islam pada kata kerja. Maknanya, dia akan mempraktikkan Islam dalam setiap gerak-geri kehidupannya.

Justeru, yang mana satu pilihan anda?

 Oleh itu, jadilah FULL-TIME MUSLIM (Muslim sepenuh masa) dan bukan sekadar PART-TIME MUSLIM (Muslim separuh masa)!!!

Ok? InsyaAllah, semoga Allah memberi kita taufik dan hidayahNya, dan semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah kita pelajari. Nak jadi Muslim yang sepenuh masa kan? Jadi, uswah hasanah (contoh teladan terbaik) kita ialah...tak lain tak bukan...
RASULULLAH S.A.W!

InsyaAllah, moga kita bertemu lagi di mukaddimah seterusnya.
Ma’as salamah, wailal liqo’!

  1. gravatar

    # by atTahirah - 17 February 2012 at 22:08

    mantap nih!!!!
    suka pics die, kool!

  2. gravatar

    # by Wardah Hazirah - 18 February 2012 at 03:13

    Alhamdulillah, ukhti kesayangan saya yang suko kucing tu yang lukis.. kak Asilah, kempiskan hidung tu..hehe