Tapisan




sumber: muharikah.com


Belajar di atas jalan da’wah merupakan satu ni’mat, rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga dari Allah. Orang-orang yang berada di atas jalan da’wah bukanlah terdiri daripada orang yang perfect dari segala sudut,
tetapi orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik kerana Allah.

Satu reflection besar yang baru ku peroleh,
Kadang-kadang kita terlalu menginginkan anak2 binaan kita untuk menjadi sekian dan sekian, tanpa benar-benar memahami tabi’at manusia itu sendiri.
Memahami keadaan, perasaan, hati, fikiran, fikiran dan seluruh hidupnya selaku hamba dan khalifah di atas muka bumi.
Adakala kita cukup sedih, runsing memikirkan pengembangan dan peningkatan anak-anak binaan kita yang dikatakan ‘kurang menjadi’ ataupun, atau masih lagi berada dalam fasa ‘persiapan’ untuk menjadi qaedah sulbah. ataupun anak binaan yang sedang kita bina tsiqah dan sebagainya.

Teruslah bersyukur akan ni’mat-ni’mat masalah yang diberikan pada kita.
Memandang masalah dengan neraca iman (Sayyid Qutb, petunjuk sepanjang jalan) sudah pastinya membuahkan satu perasaan bahagia terhadap ketetapan Allah.
Meningkatkan kualiti usaha dan tawakkal kita kepada Allah azza wajalla.
Bermacam-macam method dan qaedah yang kita gunakan untuk melakukan yang terbaik untuk da’wah ini.
Menajamkan fikrah anak-anak binaan kita dengan hasrat yang begitu suci dan murni ingin membawa jiwa-jiwa mereka untuk turut sama merasai bebanan da’wah ini.
Juga memperjuangkan fikrah yang begitu bersih ini, hasil cedokan dari al quran dan as sunnah.

Ya, disebalik terlalu banyak masalah-masalah yang melanda, yakinlah bahawa hakikat kehidupan ini benar-benar mempertaruhkan hanya diri kita dan Allah.
Apa jua bentuk da’wah dan kebaikan yang kita lakukan sebenarnya dikembalikan kepada kita sendiri.
Benar firman Allah,
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugiaan kejahatan) itu untuk dirimu sendiri… ” (Al-Isra’, 17:7)

Pabila kita cukup yaqin, bahawa kita memang tidak bisa, bahkan tidak punya apa pun untuk menentukan taqdir-taqdir, terbangun dan terjatuhnya da’wah islam ini.

“Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti” (Yunus, 10:100)

Tetapi dengan kehendak Nya jua islam itu bisa tertegak, Allah hanya mahukan usaha kita sesungguh-sungguhnya mengembeleng seluruh hidup kita untuk islam insyaAllah
Tunduk nya hati kita, takutnya perasaa kita, tinggi nya tawakkal kita, beriman nya hati kita akan ayat-ayat Allah pada setiap masa. inilah bekalan-bekalan kita di sepanjang jalan da’wah yang tidak pernah suci dari ujian dari Allah. subhanaAllah
Jadi apabila masalah-masalah da’wah itu berlaku dalam hidup kita, berkat kekuatan dari Allah, kita bisa menghadapinya dengan jiwa yang tenang.

Sungguh Allah itu motivasi terbaik. Bicara dan kalam Allah yang begitu menyejukkan kalbu kita.

Teruja nya diri kita untuk menjadi ahlul syurga Allah. Ahli syurga yang sentiasa memuji-memuji Allah di syurga yang penuh kenikmatan.
“Doa mereka di dalamnya (syurga) ialah, ‘Subhanakallahumma’ (Maha suci Engkau, ya Tuhan kami) dan salam penghormatan mereka ialah, ‘Salam’ (salam sejahtera). Dan penutup du’a mereka ialah ‘Alhamdulillah Rabbil ‘alamin’ (Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam) (Yunus, 10: 10)
Apa yang kita perlu buat, teruskan belajar dalam membina manusia.
Lagi banyak manusia yang kita sentuh, lagi banyak yang kita belajar.
Medan-medan amal yang sudah pastinya setiap dari itu menghadiahkan tarbiyyah bermakna buat kita.
Kita yang perlu muhasabah sesungguh-sungguhnya. Muhasabah akan iman kita, amal kita, kefahaman kita, kesungguhan kita, dan banyakkkk lagi.
Jom semaikan jiwa khidmat dalam peribadi kita.

Fokus dalam membina manusia. Bina circle of influence kita.
Target siapa yang ingin kita bina sungguh-sungguh. Susun target-target yang ingin di capai.
And work towards that. Yaqin dan percaya Allah lah yang menapis rijal-rijal yang akan berjuang di jalanNya.
Bukan kita. tidak sama sekali.

Semakin lama kita di jalan ini, semakin banyak tapisan yang akan berlaku. Tapisan tu, adalah tapisan Allah laksana kisah talut dan jalut.
Allah memang menapis golongan-golongan yang benar-benar ikhlas untuk berada di landasan Allah.
dan bukan lah tapisan kita, tapisan murobbi kita, qiyadah – qiyadah kita mahupun apa jua bentuk pengaruh perkara-perkara dunia.
Semuanya berpandukan neraca langit.
Ayuh, lakukan perubahan bermula dari dalam diri kita, dan seterusnya kepada dunia.

Belajarlah membina manusia dengan kasih sayang.
Ini tidak mudah, tetapi memerlukan mujahadah yang besar setiap dari kita. insyaAllah
Agar kita memiliki jiddiyyah (kesungguhan) dan dzatiyyah da’wiyyah y qowiyy! aameenn
Moga cinta kita pada ar rasul dan perjuangannya semakin mendalam. insyaAllah
Yaqinlah dengan janji-janji Allah ikhwah dan akhawwatku!