My Twin Sister

Salam. Video yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.wedding of the year.eh2,bukanlah..ni video utk my twin masa TOF dulu( Adoi,apelah Amalina ni,lambat btol buat post pasal kak Wani. Mesti kak Wani hari-hari tengok blog ni sebab nk tgk post adik kembar yang buruk perangai ni.hehe) Ampunkan saya yer akhawat sekalian. Saya dah lama buat video ni tapi tiap kali upload,ade je masalah sebab internet slow. Mintak maaf banyak-banyak. Harap maaf diterimalah yer :)..
Kepada Kak Wani,terimalah video yang dah bau pekasam ni sebab simpan lama sangat.hehe. Maaf..


(kne tgk kat youtube sbb tulisan kecik.sorry :)

larut dalam lautan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Khamis =]
      
                               Ingatkah kalian saat mula-mula menjejakkan kaki ke RCMP yg 'sungguh besar' ini? pasti kalian tidak menyangka akan di'basuh' sebegini rupa disini.. sangka kita untuk menggapai cita-cita menggenggam segulug ijazah sahaja, tidak sangka mula mengenal tarbiyah di bumi Ipoh (kepada yang kenal tarbiyah sebelum Ipoh, sila tipu diri anda buat seketika. hehe)

                             Tiba-tiba kita mengenali sekelompok manusia ini, seolah-olah ejen CIA, rupa-rupanya mereka ada agenda udang di sebalik mee. oh, kita tidak perasan kerana jejak mereka sungguh lembut dan masyaAllah mereka sangat chanteque. (tolonglah jangan kembang T.T) rupanya agenda mereka agenda akhir zaman - agenda mengislahkan ummat.

            
                              Lalu kita yang berjiwa besi ini  (kononnya) , ditempa, diketuk, dimulur, dibleach, untuk membuang karat-karat jahiliyah itu, untuk dijadikan pedang. pedang untuk berperang dengan syaitan & nafsu akhir zaman yang menyerang ummat yang semakin lumpuh ini. melampau-lampau dalam hiburan, cinta penuh noda, hidup bertuhankan nafsu. sakit. sakit sungguh umat ini.


                              semasa proses itu berlaku, kita bina ukhuwah, kita sangat romantika de amor , malahan tatkala bermain sms sesama sendiri boleh tersengih sampai ke pinna (baca:cuping telinga), berkatalah si Senah batchmate kita "eiii , mesej sape tu.. sengih2.." sangka mereka orang bercinta berlawanan jantina sahaja boleh angau? kikiki...

                     
                              Akhirnya, kita tercampak dalam karier masing-masing, posting dan program kolej merata tempat. kita tidak lagi dalam lingkungan tarbiyah itu, dan ibarat sambal jawa dicampak ke sungai, kita larut... larut dalam ummat, kita tidak lagi menjadi pedang besi itu. di malam hari air mata mengalir membasahi pipi akibat kealpaan, di pagi hari kelihatan di cermin, diri terasa sungguh hina , kotor dan jijik. tidak sanggup lagi bertemu dengan orang, terutamanya anak-anak usrah, malu dengan Allah.......

                            ya sohbati, akhawat fillah, ingin saya sampaikan pesanan daripada seorang sohbati : "itulah tarbiyah sebenar, bila kita tak lagi berada dalam lingkungan akhawat2" . Jadi mari kita saling ambil pengajaran dan lebih mempersiapkan diri dengan baju besi dan kuatkan tali sesama akhawat, jadilah teman yang saling mengingatkan. itu rayu saya. tak, walaupun tulisan saya kelihatan santai, tapi ini adalah amaran keras! kerana sudah ramai akhawat kita diuji begini, termasuk saya? kepada yang masih belum mengalaminya, persiapkan diri anda. kepada yang sudah diuji, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah! selamat berjihad! =]


                          .....itulah tarbiyah sebenar.


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.."
(Ali Imran:103)

kokot;
03052012 :1448


ISK Mukadimah 3 : FAHAM

Di hari yang mulia ini..
kita masih lagi menghirup udara yang segar..
kita masih lagi tinggal di tempat yang aman damai..
kita masih lagi makan makanan yang sedap-sedap..
namun, sudahkah anda mengucapkan Alhamdulillah? :)
ucaplah Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita secara percuma ini..


Allah S.W.T telah memberikan pelbagai nikmat yang memang tak terhitung banyaknya kepada kita.. namun bagaimanakahdengan cara apakah, kita, sebagai hambanya menggunakan nikmat yang telah diberikan itu?

mari kita telusuri ayat-ayat di bawah ini..


"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (Surah Al-Nahl :71) 


"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Al-An'am : 165)


Kelebihan yang Allah telah berikan itu dianggap sebagai suatu kurniaan dan juga merupakan suatu ujian terhadap hamba-hambanya.


Kadang-kadang kita tidak menyedari dan lupa akan nikmat yang telah diberikan Allah..
jom bace komik ni jap :)

taken from unknown fesbuk

rupanya.. diri kita lah.. nikmat yang paling berharga dan perlu digunakan untuk ke arah kebaikan.. :)


Ayuh, tanyalah kepada diri kita..
Di jalan manakah kita memanfaatkan kurniaan Allah itu?
Jalan menuju ke NERAKA? Ataupun, jalan menuju ke SYURGA ABADI??

kredit


tepuk dada, tanya iman.










**********************************************************************************


Seterusnya.. mari kita telusuri pula hadis Rasulullah S.A.W ini :)








عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه(حديث رواه البخاري ومسلم)

HADIS LOGAMDari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).


Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq) ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)






faham tak?? ehehe.. mesti ade cam blur2 skit kan..


okey.. sebenarnya.. hadis logam itu mengibaratkan kelebihan yang kita ada ni ibarat logam.. :)


kredit






hah???????? kenapa logam pulak nii?? Ada kene mengena ke??




ye.. logam ada kena mengena dengan kita.. :)


cuba anda bagi karakter2 logam..




hurm.. kuat..bersinar..kukuh.. mengembang bila panas, kecut bila sejuk.. konduktor haba, konduktor elektrik.. boleh dicairkan apabila didedahkan dengan suhu yang tinggi..cukup tak??


karakter logam yang boleh dilentur/dibentuk boleh disamakan dengan karakter kita.. percaya tak? :)
bak kata pepatah melayu yang macam lebih kurang dengan maksud ni.. belakang parang kalau diasah akan tajam juga. ehehe.. (ade kene mngena ke? )  :P
logam kan keras... kalau kita hempuk kepala orang dengan batang logam mesti retak tempurung kepala dia punyaa..
macam tula kita.. karakter kita tu kuat, sungguh kuat..tu yang disebut dalam hadis..


erk.. apela yang saye repekkan ni.. okey.. secara mudah, manusia ni ibarat logam. Dan logam dalam manusia ni akan kekal keaslian dan kualitinya bila mereka kembali kepada Islam sekiranya mereka faham.. (kita la tu)

pastu pada bahagian 2 hadis logam ni.. Rasulullah S.A.W sebenarnya mahu menerangkan kepada para sahabat yang merujuk pada bahagian awal tadi.. Orang yang berkualiti tinggi tu sebenarnya kalau kita lihat, mereka adalah terdiri daripada orang yang paling asyadd (sangat dasyat) dan benci kepada Islam. Para ulama' ada yang tafsirkan contoh macam Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Ikramah Abu Jahal.. Mereka ini mungkin tidak menerima dakwah Rasulullah S.A.W dengan mudah namun apabila mereka memeluk agama Islam.. MashaAllah.. merekalah manusia yang berkualiti, paling kuat mempertahankan Islam.. memang gred A++ la gitu.. :)

Bahagian 3 pula.. Rasulullah S.A.W menerangkan bahawa ada antara logam mereka yang berkualiti rendahhhh... Mereka dikatakan ibarat mempunyai 2 wajah.. Para ulama' kaitkan benda ni dengan bahagian pertama.. mereka ni senang menerima dakwah, terutama apabila ada sebab-sebab yang boleh menguntungkan mereka.. Mereka menerima dakwah tanpa berfikir panjang.. bila jumpa geng Islam.. jadi baik... mengamalkan tatasusila sbg seorg muslim.. tapi.. bila aberjumpa dengan geng jahiliyah, diorg jd jahiliyah pulak.. Golongan ni dikatakan buruk kualiti kerna mereka berperangai seperti seorang munafiq. semoga kita dijauhkan drpd sifat dlm bhgn ketiga ni ya.. amin..




semoga anda semua telah faham dengan penerangan ini..

tetapi sekarang, saya mahu fokus kepada kelebihan kita.. Dalam diri anda, mesti ada kelebihan/talent tertentu kan.. contohnye macam pandai melukis.. pandai menulis dan mengarang puisi indah.. dan sebagainya.. jadi, sebagai seorang muslim yang beriman, kita haruslah menggunakan kelebihan yakni kurniaan Allah ini untuk agama kita.. :)

contohnya.. sekiranya anda mempunyai kamera super osem & high quality & high power.. dan juga petah berkata-kata.. anda mungkin boleh jadi seperti ikhwah ini.. ;) menyebarkan dakwah dan peringatan dengan menjadi seorang VLOGGER.. kalau mcam saya.. saya seorang BLOGGER..ehehe.. nak jugak.. :P







ohh ya.. tiba2 teringat pula tentang kisah kuda perang yang telah diceritakan masa ISK haritu..

KUDA???
ehehe.. anda tahu tak sifat kuda yang liar kat afrika, kat mane2 pelusuk yang jarang diterokai manusia tu macam mane?
Kuda ni sebenarnya haiwan yang jinak taw.. tak tahan panas.. pastu.. pengecut jugak.. haaa... mesti terkejut kan? ehehe..

namun.. kuda ni.. kalau dilatih.. kuda itu akan menjadi seekor kuda perang yang sangat-sangat hebat.. seolah2 sifat2 kuda sebelum dilatih tu xpernah wujud.. haa.. sebabnya.. bila kuda dilatih untuk berperang.. ia mampu bertahan dengan minum hanya sedikit air.. mampu bertahan dengan hanya sedikit makanan.. dan mampu berlawan walaupun medan perang itu dipenuhi dengan busur anak panah yang tajam.. pedang2 yang berlaga.. ia terus berlari meluru dan terus patuh akan tuan nya.. haa..

Iktibar daripada cerita pendek ni.. kita kalau nak jadi kuda perang yang hebat.. kita kenalah asah dan terus menerus menggunakan kelebihan kita untuk Islam agar orang lain dapat memperoleh kebaikan daripada sumbangan kita itu.. InsyaAllah :)








KEBAIKAN BAGI MEREKA YANG FAHAM


Hurm.... apa yang anda faham setelah melihat gambar rajah ini? (^__^)






jeng..jeng...jeng..


ya.. Ad-Din (agama)  terbahagi kepada 3 bahagian.. yakni Aqidah, Feqah dan Akhlak.
anda perlu faham tentang Ad-Din... kerana Ad-Din merupakan CORE diri kita yer.. base of the cream.. cream of the cream.. erk? ape-ape lah.. hehe..


jadi di sini diselitkan hadis dan potongan ayat Al-Quran.








Hadis Kebaikan
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”







"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-An'am :125)

Hurm...
kita kena faham Ad-Din.. tetapi bagaimana nak faham yer??
hurm.. sebab.. kalau tak faham.. nanti.. bahaya taw!!


Jadi.. secara ringkasnya.. untuk faham Ad-Din ni, kita kenalah memahami Al-Quran... tapi kita kena faham dengan hati kita ye kawan-kawan..

kerana, Allah S.W.T telah berfirman


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata  (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."        (Surah Al-A'raf : 179) 



Na'uzubillahi min zalik..


erm...jap.. hati??? Liver ke?? sama dengan Heart tak?? ke maksud hati tu Jantung?? arrrrrrrrr!! konfius laa.. (-,-")

okey.. okey.. relax ye kawan-kawan.. :)
tarik nafas japppp...............
hembus..
tarik nafas.........................
hembus...


Actually, jantung dan hati merupakan DUA ORGAN YANG BERBEZA... rupa dan fungsi memang tak same langsung..
Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb atau qulub yang merujuk kepada jantung, bukannya hati. Lisan al-Arab yang dikarang oleh Ibnu Manzur memberi pengertian qalb sebagai segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar di tempat ia tergantung iaitu jantung. Hati dalam bahasa arab disebut kibdah.

Tetapi untuk kesesuaian bahasa, qalb atau qulub diterjemahkan sebagai hati dalam Bahasa Melayu, namun maksud dari sudut istilah masih merujuk kepada jantung. Terjemahan qalb dalam Bahasa Inggeris lebih tepat iaitu HEART. perenggan seterusnya saya akan pakai perkataan hati jgak ye sbb sedap sikit bunyi nye.. ;)
hehe..


Sebenarnya...
kita kena faham Al-Quran ini dengan hati kita.. bukan dengan otak..


Kenapa pulak dengan  hati???????????? bukan otak ke yang boleh berfikir? kalau kita pakai otak.. kita boleh berfikir lah kan apa maksud sebenar ayat Al-Quran tu.. bukan macam tu ke??
erm.. kejap eh.. nak selitkan beberapa maklumat :)
nak tahu fakta sains tak??
Sejak 30 tahun dahulu, saintis mendapati 60-65% komposisi jantung ialah sel-sel saraf seperti otak.. bukannya otot... haaa... terkejut tak?
Kajian lain pula membuktikan jantung dapat berfungsi seperti  otak malahan melebihi peranan otak dalam hal-hal tertentu.. Jantung berperanan dalam mengawal emosi seperti marah, dengki, takut... sebab itula.. sebagai contoh, kalau kita berasa takut.. jantung kita mesti berdegup kencang.. otak kita ni just tempat berfikir je..
boleh terima tak? :)

Other than that, Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi dalam badan kita... otak hanya berfungsi sekitar 13-14 minggu selepas tu.. haaa... hebat tak jantung? ;) boleh berfungsi tanpa kewujudan otak..


Dari perspektif agama pula.. Al-Quran telah menyebut mengenai hati (jantung) sebanyak 110 kali.. bahkan menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firmanNya yang bermaksud :

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj :46)
Rasulullah S.A.W juga telah mendahului para saintis dengan mengkhabarkan mengenai fungsi hati(jantung) 14 abad yang lalu dan kepentingannya kepada seluruh anggota badan manusia. Jika hati dalam keadaan baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitu jugalah sebaliknya.


"Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati (jantung)"


setelah panjang lebar penjelasan mengenai hati(jantung) ni..
so nak sambung balik ke topik utama.. ehehe.. :)

Pendek kata.. kita kena faham Al-Quran dengan hati kita..
Beza antara faham (otak) dan rasa (hati) ialah.. kalau faham dengan hati, x sempat nak masuk otak pun.. xperlu nak di ajar..

ermm.. faham x?



x faham lagi larr.... :(  nak penjelasan lagi.......

okey okey.. ini hanya sebagai contoh.. cuba tengok gambar kat bawah ni.. kalau kita baca buku novel cinta.. amboi... punya lah dengan penuh perasaan.. sampai mengalir air mata.. ini bererti bahawa kita betul-betul merasai dan faham ayat-ayat dalam novel cinta tersebut..
kredit

tapi... kalau kita baca pkai otak... kita takkan dapat menjiwai ayat-ayat dalam Al-Quran.. ibarat baca buku Fizik.. hanya baca sahaja.. xde perasaan langsung.. ehehe.. boleh tak? ;)








Jadi.. kalau nak faham Al-Quran.. kita kenalah baca Al-Quran dengan hati :) supaya dapat menjiwai dan memahami setiap kata-kata cinta dari Allah S.W.T <3





Ilalliqa' salam alaikum

Aku diuji, yeay!!


                  Cukuplah Allah bagi kami...

Ukhti, bukan senang Allah nak uji seseorang, tahu? Sebab Dia akan pilih yang benar-benar hebat sahaja untuk diuji. 

Semua yang bergelar hamba pernah diuji dan memang pun layak diuji. Itulah Sunnatullah. Sebab itu Allah kata,
Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-oarang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. [2:214] 
Mesti antunna semua dah tahu, kan? Tahu yang Dia bukan saja-saja timpakan kita ujian yang tak pernah kita minta. Tahu yang kita takkan diuji andai tidak mampu.Tahu yang setiap hamba yang diuji itu akan dinaikkan darjatnya di sisi Dia andai dilalui dengan penuh rasa sabar, sabar dan sabar.

Kerana sabar itu sumpah indah!
Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang SABAR. [2:155]
Sabar itu juga adalah yakin!
Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami selama mereka berSABAR. Mereka meyakini ayat-ayat kami.[32:24]
 Sabar itu sumpah menguntungkan!$$$
Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang SABAR, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.[33:35]
 Dan orang yang SABAR kerana mengharap keredhaan tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).[13:22]
Ada lagi....
Sifat-sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. [41:35] 
SubhanAllah..ana jeles :')

Tapi sebaiknya biarlah sabar itu seiring dengan pesanan Baginda saw,
Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah. [HR Bukhari]
Allah turut menitipkan pesannya melalui al-furqan,
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. [70:5] 
Memang benar, kadang-kadang ujian itu tidak tertanggung hingga kita merasakan beratnya melemahkan dan melonglaikan jiwa. Maka di sini ana kongsikan pesanan seorang akhowat kenalan FB.

Katanya, 
Jangan sesekali menganggap bahawa ujian itu membebankan. Tapi, rasakan ia sebagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam untuk melihat penganutnya berjaya dalam segenap bidang. Demi impian antunna untuk menjadi doktor muslim yang cemerlang, dan yang paling utama, demi masa depan Islam yang lebih cerah dengan mempunyai seorang Mukmin yang bertanggungjawab seperti antunna.."

Kata-kata akhowat ini benar keseluruhannya..dan lebih terasa agama Islam itu terpikul di bahu..maka, kita perlu lebih kuat berusaha dan terus berusaha sehabis daya..demi Islam..demi Allah.

Hilal Asyraf cakap,

Kita akan terus berjuang, dengan penuh strategi. 
Bersama keimanan yang tinggi. 
Sabar, dengan penuh kepercayaan kepada Ilahi.

Hingga jemu akan jemu dengan kita, 
hingga bosan akan bosan dengan kita,
hingga letih akan leih dengan kita,
hingga kekalahan demi kekalahan akan kalah dengan kita!

Ana cakap, 
Alhamdulillah..aku diuji, yeay!!;D


Yes, I did it!

muqaddimah 4 : otak kanan dan otak kiri.

Muqadimah 4 : otak kiri dan otak kanan. Mana satu lebih berkuasa?
penulis: Alya Farhan
penggangu: musafir asing.





Pure science (left brain)
Medicine
Physiology
Mathematic
Engineering
Physics

Social science (Right brain)
Politics
Business
Law
Psychology
Religion






PURE SCIENCE vs SOCIAL SCIENCE

1. Dalam Pure Science hampir semuanya adalah tepat dan rigid.Contohnya macam Maths 3x4 mesti 12..n in Medicine pulak contohnya dalam anatomy, GIT tract system dari mouth -> esophagus -> stomach -> small intestine -> large intestine -> rectum…mesti!! tak boleh large intestine dulu baru stomach n blablabla…

2. Whereas science social is more flexible and subjective compared to pure science..Contoh nya macam dalam poltics,,ada yg ckp Parti A bagus,, ada pula yang lebih bersetuju dengan Parti B,, dan tak kurang ramai yg lebih mnyokong Parti C..Ianya subjective, tak ada jawapan yang pasti,, yang ni betull atau yang itu salah…

Ehmmm…Realitinya kebanyakan dari kita hari ini berlumba- lumba untuk masuk dlm dunia pure science,,, jadi Dr, Engineer, Teacher and etc…Tapi agak – agaknya siapa yg lebih BERPENGARUH dalam dunia?? Siapa yg lagi ada POWER??Pure Science @ Science Social????

Of course Science Social kan!! Sebab yg memimpin dunia baik dari segi kepimpinan dan ekonomi adalh Science Social..orang2 Pure Science hanya memberi cadangan n mengikut arahan sahaja.

Conothnya bila kerajaan yg mostly dikuasai oleh orang-orang Politics dari Science Social bagi arahan contohnya suruh buat menara 15 tgkt kat KL,, so Engineer2 dari Pure Science harus ikut arahan mereka…

Jadi,sebagai conclusionnya kita kenalah membina hubungan yang baik dgn mereka dari Science Social supaya kita dapat bersama-sama involvekan diri kita utk menguasai dunia ni!

Tapi kan, kenapa pula kita sibuk-sibuk nak kuasai dunia? Cukuplah orang-orang yang duduk di kerusi pentadbiran di bandar elit itu uruskan negara. Kan??

Wetaminit (tunggu satu minit)!
Sebelum KITA senang-senang nak serahkan orang lain mengurus negara dan dunia, adakah kita dah check, siapakah MEREKA yang uruskan sumber kekayaan dunia itu? Adakah MEREKA adalah orang yang FAHAM AD DEEN (sila rujuk muqaddimah 2)?
Adakah MEREKA itu adalah orang-orang yang FAHAM maksud KHALIFAH dan SUNNATULLAH?

Jika tidak, sudah pastinya KITA perlu menyibuk untuk memenuhkan dada dengan pengetahuan social science di mana kita perlu belajar bagaimana caranya untuk memegang tampuk kepimpinan supaya dunia ini ditadbir oleh KHALIFAH! kerana Khalifah yang FAHAM AD DEEN dengan HATI sahaja mampu menyambung legasi tugas Rasullullah yang agung itu.

Err..adakah anda faham apa yang kami cuba maksudkan ini? Kalau tak faham, sila datang ke RI Kawthar, untuk berguru dengan akhawat kami yang wowwii. Inshaallah, kita boleh kongsi ilmu sama-sama. Ok?

kenyit mata sikit (kat akhawat je).

alKhautar




MEANING OF AL-KAUTHAR:
It is recorded in al-Bukhari, al-Muslim, Musnad of Ahmed ibn Hambal and other sunni books that the Holy Prophet (saw) said: “Kauthar is a stream of super excellence exclusively belonging to me. Only the righteous believers (among my followers) will be allowed to drink from it. Ali (as) will distribute water from it to them. On the day of Judgement, I will see some of my companions driven like cattle away from Kauthar. It will be announced that they are those, who after my departure from the world, deviated from the true religion and introduced innovations to corrupt the faith”.
From that day onwards, Ali (as) became known as Saaqi-e-Kauthar meaning one who quenches the thirst of believers from the stream of Kauthar.

Kauthar also means Kheire-katheer “Bounties in abundance”. Allah (SWT) bestowed the Holy Prophet (saw) plenty of bounties such as prophethood, Holy Quran, companions, rulership, success in battles, acceptance and entrance of people into the fold of Islam in large numbers etc.




CONTENGAN TAMBAHAN
tak kisah lah bagaimana kita mahu eja khautar/khawtar/alKhauthar/alKhawtar, yang pasti Khautar KITA akan jadi sepertimana kita impikan, insyaAllah...

ia taman syurga berkumpulnya hati-hati yang bercinta fillah


ia kebun yang diwarnai indah ukhuwahfillah-till-jannah
ia peluang yang terbentang luas, terus mengorak langkah

ia ni'mat yang melimpah ruah
ia sungai mengalirnya ilmu yang mensucikan ruhh

ia lambang sebuah kekuatan DnT


insyaAllah..dalam mujahadah kita untuk menempah tempat di syurga firdaus, KITA bersama =) 



ISK-->Muqaddimah 5: Sunnatullah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sebelum saya terus kepada point yang sebenar-benarnya, izinkan saya untuk mengajak anda, yakni sahabat sekalian yang sama ada tengah makan roti ban cicah teh tarik atau yang tengah duk bertongkat dagu sambil baca tulisan ni, atau yang sedang menggaru-garu kepala yang bajet gatal tu, untuk sama-sama beristighfar...Istighfar memohon agar Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan yang telah kita perbuat, yang sengaja atau tidak sengaja, yang terang mahupun yang tersembunyi, agar jiwa dan roh kita sentiasa dalam ketenangan..Inshaa Allah:)
-
-
-
-
-
-
-
-
Okayh! 
Dah istighfar?
Alhamdulillah......*senyum

Orait! First question......

Tahukah sahabat bahawa Allah telah ciptakan dunia ini dengan PERATURAN atau UNDANG-UNDANG yang saaaaaaangat hebat?

Tahukah sahabat bahawa PERATURAN Dia itu adalah untuk makhluk-makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan) yang dikasihinya?

Dan tahukah sahabat bahawa PERATURAN atau UNDANG-UNDANG yang diciptakan itu dinamakan sebagai SUNNATULLAH?

Sunnatullah???

Yer sahabat..itulah yang dipanggil Sunnatullah. Perkataan yang sering meniti di bibir-bibir muslim hatta disebut dalam Kitab Allah (Quran) lebih daripada 3 kali.

Maka bagaimana Sunnatullah ini?

Maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi ketetapan Allah itu. [35:43]

(Yang demikian itu) merupakan ketetapan bagi para rasul Kami yang Kami utus sebelum engkau, dan tidak akan engkau dapati perubahan atas ketetapan Kami. [77:17]

Haaa...nampak tak perkataan yang diboldkan tu? 
Tak nampak???
Tipulah...
Saya tahu anda tidak rabun*kalau rabun cepat2 ambil kacamata! apatah lagi buta..kan3??;)

K.E.T.E.T.A.P.A.N
Tetap adalah perkataan dasarnya.
Menurut kamus dewan edisi 0, tetap bermaksud tidak berubah, kekal, kukuh, terus, pasti etc.
Mengikut tesaurus bahasa jawa pulak, tetap means fix or permanent.

Dia tahu yang terbaik, maka ketetapanNya juga adalah yang terbaik [Kredit]

Dan sekali lagi, tahukah sahabat yang Allah dah tetapkan bahawa lahirnya kita ini adalah untuk beribadah kepadanya?
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. [51:56]
*kita ni manusia, jgn perasan jin pulak:p

tahu, tahu..*kata anda sambil angguk kepala dengan yakinnya

Tapi, maksud ibadah di sini bukan terhad kepada mengurungkan diri di dalam bilik, ambil wuduk, hampar sejadah, terus sujud 24/7.

Habis tu?

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Ooo..khalifah..tu pun kita orang tahu.......

Baguslah kalau dah tahu. So, apa tugas khalifah eh??*tanya saya sambil angkat kening double-jerk


erk...*tiba-tiba kepala anda gatal

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [3:110] 

Khalifah itu asalnya daripada خلف yang bermaksud belakang. Maka sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya, khalifah itu adalah orang yang di belakang. Apabila Allah mengatakan kita ini adalah khalifah, fahamlah bahawa kita ini merupakan manusia-manusia yang berada di belakang para rasul, tabi', tabi' tabi'in dan ulama. Maka risalah yang dibawa oleh rasul-rasul terdahulu secara tidak langsung, menjadi amanah yang perlu kita pikul hingga Yaumul Qiamah!


Kenapa macam tu?

Sebab, sedarkah kita bahawa amar ma'ruf nahi munkar itu adalah juga tugas rasul? Menyuruh yang Haq dan mencegah yang Batil? Kita yang diangkat darjat sebagai khalifah inilah yang perlu membimbing diri dan juga saudara-saudara yang lain dengan menyambung tugas para rasul tanpa ada rasa keterpaksaan sedikit pun.

Justeru, tidakkah mengajak housmates korang solat jemaah itu sama dengan amar ma'ruf? Tidakkah mengukir senyuman itu akan membuatkan orang yang melihat kita turut tersenyum? Tidakkah mengalihkan batu di tengah jalan itu adalah nahi munkar?

Dan bukankah semua tu IBADAH namanya?
Betul, bukan?

Ibadah pulak...................

Adehh..panjangnya budak ni nak tulis...

Hapehakukesah?

Ibadah pulak bukanlah ibadah yang ciput-ciput. Bukan hanya bila nak solat baru tutup aurat. Bukan hanya bila bulan Ramadhan baru nak qiam. Allah ada waktu kita nak solat je ke? Allah ada  masa bulan Ramadhan je ke?heh~

Kitakah ini??

Yang dinamakan ibadah itu perlulah syumul yakni menyeluruh.

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan." [Bukhari no.8 & Muslim no.16]


Andai salah satu daripada tiang binaan Islam ini tidak dilaksanakan dan ditegakkan, maka bangunan Islam akan hancur luluh menyembah bumi angkara kealpaan dan kelalaian manusia yang mengaku khalifah tapi tak pernah bertindak sebagai khalifah! Akhirnya, bangunan Islam tidak akan pernah sempat pun nak berdiri, apatah lagi nak dikukuhkan!

Lalu, timbul persoalan di sini. Bagaimana pula mahu istiqamah dalam ibadah ini supaya tak ada satu tiang pun yang mudah berkarat atau goyah atau longgar skrunya?*tiang bangunan guna skru ke?

Haa..sebab itulah perlu dilaksanakan tugas khalifah itu=D
Ajaklah housmates atau adik atau kakak ipar atau moyang sebelah opah untuk buat ibadah ini sama-sama.
Tak kiralah solat jemaah ke...tilawah ke...puasa sunat sama-sama ke...asalkan perbuatannya adalah mengajak kepada yang baik:)

Nah, bila dah ramai orang kat sekeliling kita buat benda yang sama, maka kita sudah berada dalam jemaah. Sekiranya kita terlupa, maka akan ada yang mengingatkan. Sweet, bukan?;)

Erk..macam mana nak mengajak tu? Bukan susah ke?

Ada caranya...boleh jenguk link ukhti kesayangan saya;)




p/s: Andai ada yang terkurang, sila tambah-tambahkan..andai ada yg tersilap, sila betul-betulkan..eh,dah mcm pantun plak..hihi

CamAlia





With the name of Allah the most beneficient and most merciful, 
بسم الله الرحمن الرحيم


*several days before Twins of Faith*

“ouh!  My twin is Alia Mahri~! Hermmmmmmm.. let’s stalk her (in facebook) “

----------------------14 minutes later--------------------------

“Awkaay, so she’s kinda cool.. hehe.. her posts mostly are inspiring quotes from Inche Gabanna (Angel Wears Gucci) . I think we’re cool  together, hoyeah~!”
So yeah the journey begun all the way from Ipoh to Kuala Lumpur  *sounds so far right xD* so we sat next to each other, and I started the ice-breaking conversation (is it o.0? I think so)..  so her name is quite long (not just Alia Mahri) and I was like “eh..so your facebook’s name is the shorter version of it laaaa?”  HAHAHHAA I was so surprised to know that I’m not the only one who have extremely long name  *exaggerated*

I don’t know why, I just love to know the meaning behind people’s names. So this is the outcome of my ‘interrogation’
AMIRAH = leader
ALIA = highness
 (like the du’a after athaan : wa sharafad darajatal AALIYATA rrafiah = grant him position which is HIGH and praiseworthy)

She likes BLUE, she’s from ‘Ganu Kite’ :D
What I find meaningful during the conversation is that we kind of share the same opinions and somehow we can empathize each other *ecechhh*, like she can put herself in my situation (and vice versa). Betul laaaaaa, toksey cayo, sudoh, nok wat guano.. xD

I asked her, “Alia, what do you expect from Twins of Faith?” she laughed a little, was not expecting my question I guess, haha, and her eyeballs moved upward, thinking. Not taking much time, she smiled and answered “Because this is my first Jaulah, I just want to experience it, feel it *touché*. Next, I want to meet the awesome speakers and lastly I want to have beneficial things to share after the event

Masya ALLAH sister *Sheikh Alaa’s tone*, I love you.. haha so is that ALL? Like takkan tu je?? Naahhh we shared SOOOO MUCHHHH  tahap gigantism and its private and confidential :D (yknow, like pillow-talk-kind of thingy? Yeah..)

Lastly, Alhamdulillah praise to ALLAH the Most Merciful (tengkiusomac ALLAH) for giving me so much opportunity  to understand what ukhuwah really is compared to friendship . To be honest, I once a friendship-obsessed type of person. Eh? (pehe ko dok?)U asked me what so wrong about it? Of course it’s wrong because when we become obsess, we tend to get easily disturbed by it. For example, when something happen with our friendship, we become ‘tacing’ (over-hyper-extremely-sensitive) because our friendship is emotion-based . ish3 -,- “   YOU DON’T LOVE YOUR FRIENDS SOLELY BECAUSE OF ALLAH . So you don’t teach yourself the concept of ukhuwwah taught by our As Syahid Imam Hassan Al Banna :

“the lowest level of an ukhuwah is to love our friends for who they are (ie berlapang dada). and the highest level of ukhuwah is to put others first before yourselves (ie ithar).”

"Serendah-rendah ukhuwah itu kamu berbaik sangka terhadap saudara kamu dan setinggi ukhuwah kamu mendahulukan saudaramu melebihi dirimu sendiri (ithar)."


During the whole Jaulah , I can see that Alia as sincere as she can , to put me first before herself . *srottt (T.T)* She doesn’t mind the presence of my best friend (from UIA) between us (haha sounds like 3rd person ) p.s : we were supposed to be with our twin most of the time
Alia also bought me cakes and refuse to take my money *DOUBLE SROTTT (TT.TT)*. May ALLAH bless you Alia <3 May our ukhuwah brought us all to jannah insyaALLAH biiznillah~ <3 <3 <3

HOYEAHHH~! Peace be upon you too blogwalkers :B

EXTERNAL LINKS :
http://angelwearsgucci.blogspot.com/
http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/02/as-syahid-hassan-al-banna-ra.html

kokot;
16022012 : 1257


Mukaddimah 2: Islam Bermula?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua! 

Alhamdulillah, mari kita sama2 bersyukur kerana sekali lagi Allah beri peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan sentiasa memohon ampun kepadaNya kerana kita manusia biasa, sering melakukan dosa.

Sudahkah anda berselawat ke atas Nabi s.a.w hari ini? Kalau belum, mari sama2 berselawat, ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wasallam’ (3x)

Baiklah kali ini saya akan berkongsi mukaddimah kedua daripada daurah ISK hari tu(wakil Kumpulan Salahuddin Al-Ayyubi: Kak Shasha, Kak Nai, Kak Asilah n Kak Shida)..

MUKADDIMAH 2: ISLAM BERMULA?

Agak-agaknya, bila Islam ini bermula? Adakah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w? Atau sejak dari manusia pertama yang diciptakan Allah yakni Nabi Adam a.s?
Hmm.. jom kita fahami beberapa perkataan ini:

أسلم  (Aslim) : berserah diri (kata kerja)
أَسْلَمْتُ (Aslamtu) : Aku berserah diri, tunduk dan patuh
الْإِسْلَامُ (Al-Islam) : Menyerahkan diri kepada Allah s.w.t

Jadi, apa erti Islam sebenarnya? Maknanya ialah berserah, tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Oleh itu, siapa manusia yang pertama kali tunduk dan patuh kepada Allah? 

Yes, Nabi Adam a.s! Jadi, Nabi Adam itu ialah seorang ISLAM!

Subhanallah, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 131-133

Maksudnya: 

(131) “ (Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), ‘Berserah dirilah!’ Dia menjawab, ‘ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”
(132) “Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’akub. ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”
(133) “Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya’akub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami (hanya) berserah diri kepadaNya.”

Justeru, sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi sehingga Nabi Muhammad s.a.w dan sehingga sekarang, Islam telah wujud!

Jadi, kenapa harus ragu lagi? Sememangnya Islam itu adalah agama Allah dan agama yang benar! Allahu Akbar!

Seterusnya, kita akan berbincang tentang satu perkara yang sangat penting! Apa dia?

Haa..jom main game nak? Hehe..


Ok, Nampak apa2 perbezaan tak? 

 Cepat2..jangan lambat.. Nampak tak? Haa? ;]

Wah, bagus2.. Korang kata ada 2 perbezaan ye?
           
           1) Gambar pertama tu kata ‘Saya Lari.’ Huruf L tu besar. Menunjukkan Kata Nama KHAS. Manakala, gambar kedua tu, huruf l kecik. Menunjukkan Kata KERJA.

      2) Gambar pertama kata ‘Saya Lari’ tapi dia tak lari, dia duduk je. Manakala, gambar kedua tu kata, ‘Saya lari.’ Dan dia betul-betul berlari.

Hmm..boleh tahan jugak korang ni. Baik! Teruskan prestasi anda! Fuh!

Sebenarnya, anda tahu tak kita boleh relate dengan satu perkataan lagi. Konsep dia sama tau. 

Perkataan itu ialah:
Saya Islam vs Saya islam

Hah! Apa bezanya?

Beza dia ialah...

Saya Islam- menunjukkan Islam hanya pada nama. Maknanya, sama ada dia duduk, berbaring, tengok TV, menghadap laptop, tengok wayang...dia still Islam pada nama.

Saya islam- menunjukkan Islam pada kata kerja. Maknanya, dia akan mempraktikkan Islam dalam setiap gerak-geri kehidupannya.

Justeru, yang mana satu pilihan anda?

 Oleh itu, jadilah FULL-TIME MUSLIM (Muslim sepenuh masa) dan bukan sekadar PART-TIME MUSLIM (Muslim separuh masa)!!!

Ok? InsyaAllah, semoga Allah memberi kita taufik dan hidayahNya, dan semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah kita pelajari. Nak jadi Muslim yang sepenuh masa kan? Jadi, uswah hasanah (contoh teladan terbaik) kita ialah...tak lain tak bukan...
RASULULLAH S.A.W!

InsyaAllah, moga kita bertemu lagi di mukaddimah seterusnya.
Ma’as salamah, wailal liqo’!

Tapisan




sumber: muharikah.com


Belajar di atas jalan da’wah merupakan satu ni’mat, rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga dari Allah. Orang-orang yang berada di atas jalan da’wah bukanlah terdiri daripada orang yang perfect dari segala sudut,
tetapi orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik kerana Allah.

Satu reflection besar yang baru ku peroleh,
Kadang-kadang kita terlalu menginginkan anak2 binaan kita untuk menjadi sekian dan sekian, tanpa benar-benar memahami tabi’at manusia itu sendiri.
Memahami keadaan, perasaan, hati, fikiran, fikiran dan seluruh hidupnya selaku hamba dan khalifah di atas muka bumi.
Adakala kita cukup sedih, runsing memikirkan pengembangan dan peningkatan anak-anak binaan kita yang dikatakan ‘kurang menjadi’ ataupun, atau masih lagi berada dalam fasa ‘persiapan’ untuk menjadi qaedah sulbah. ataupun anak binaan yang sedang kita bina tsiqah dan sebagainya.

Teruslah bersyukur akan ni’mat-ni’mat masalah yang diberikan pada kita.
Memandang masalah dengan neraca iman (Sayyid Qutb, petunjuk sepanjang jalan) sudah pastinya membuahkan satu perasaan bahagia terhadap ketetapan Allah.
Meningkatkan kualiti usaha dan tawakkal kita kepada Allah azza wajalla.
Bermacam-macam method dan qaedah yang kita gunakan untuk melakukan yang terbaik untuk da’wah ini.
Menajamkan fikrah anak-anak binaan kita dengan hasrat yang begitu suci dan murni ingin membawa jiwa-jiwa mereka untuk turut sama merasai bebanan da’wah ini.
Juga memperjuangkan fikrah yang begitu bersih ini, hasil cedokan dari al quran dan as sunnah.

Ya, disebalik terlalu banyak masalah-masalah yang melanda, yakinlah bahawa hakikat kehidupan ini benar-benar mempertaruhkan hanya diri kita dan Allah.
Apa jua bentuk da’wah dan kebaikan yang kita lakukan sebenarnya dikembalikan kepada kita sendiri.
Benar firman Allah,
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugiaan kejahatan) itu untuk dirimu sendiri… ” (Al-Isra’, 17:7)

Pabila kita cukup yaqin, bahawa kita memang tidak bisa, bahkan tidak punya apa pun untuk menentukan taqdir-taqdir, terbangun dan terjatuhnya da’wah islam ini.

“Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti” (Yunus, 10:100)

Tetapi dengan kehendak Nya jua islam itu bisa tertegak, Allah hanya mahukan usaha kita sesungguh-sungguhnya mengembeleng seluruh hidup kita untuk islam insyaAllah
Tunduk nya hati kita, takutnya perasaa kita, tinggi nya tawakkal kita, beriman nya hati kita akan ayat-ayat Allah pada setiap masa. inilah bekalan-bekalan kita di sepanjang jalan da’wah yang tidak pernah suci dari ujian dari Allah. subhanaAllah
Jadi apabila masalah-masalah da’wah itu berlaku dalam hidup kita, berkat kekuatan dari Allah, kita bisa menghadapinya dengan jiwa yang tenang.

Sungguh Allah itu motivasi terbaik. Bicara dan kalam Allah yang begitu menyejukkan kalbu kita.

Teruja nya diri kita untuk menjadi ahlul syurga Allah. Ahli syurga yang sentiasa memuji-memuji Allah di syurga yang penuh kenikmatan.
“Doa mereka di dalamnya (syurga) ialah, ‘Subhanakallahumma’ (Maha suci Engkau, ya Tuhan kami) dan salam penghormatan mereka ialah, ‘Salam’ (salam sejahtera). Dan penutup du’a mereka ialah ‘Alhamdulillah Rabbil ‘alamin’ (Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam) (Yunus, 10: 10)
Apa yang kita perlu buat, teruskan belajar dalam membina manusia.
Lagi banyak manusia yang kita sentuh, lagi banyak yang kita belajar.
Medan-medan amal yang sudah pastinya setiap dari itu menghadiahkan tarbiyyah bermakna buat kita.
Kita yang perlu muhasabah sesungguh-sungguhnya. Muhasabah akan iman kita, amal kita, kefahaman kita, kesungguhan kita, dan banyakkkk lagi.
Jom semaikan jiwa khidmat dalam peribadi kita.

Fokus dalam membina manusia. Bina circle of influence kita.
Target siapa yang ingin kita bina sungguh-sungguh. Susun target-target yang ingin di capai.
And work towards that. Yaqin dan percaya Allah lah yang menapis rijal-rijal yang akan berjuang di jalanNya.
Bukan kita. tidak sama sekali.

Semakin lama kita di jalan ini, semakin banyak tapisan yang akan berlaku. Tapisan tu, adalah tapisan Allah laksana kisah talut dan jalut.
Allah memang menapis golongan-golongan yang benar-benar ikhlas untuk berada di landasan Allah.
dan bukan lah tapisan kita, tapisan murobbi kita, qiyadah – qiyadah kita mahupun apa jua bentuk pengaruh perkara-perkara dunia.
Semuanya berpandukan neraca langit.
Ayuh, lakukan perubahan bermula dari dalam diri kita, dan seterusnya kepada dunia.

Belajarlah membina manusia dengan kasih sayang.
Ini tidak mudah, tetapi memerlukan mujahadah yang besar setiap dari kita. insyaAllah
Agar kita memiliki jiddiyyah (kesungguhan) dan dzatiyyah da’wiyyah y qowiyy! aameenn
Moga cinta kita pada ar rasul dan perjuangannya semakin mendalam. insyaAllah
Yaqinlah dengan janji-janji Allah ikhwah dan akhawwatku!