ISK-ini sejarah kita


5 muqaddimah …
KUMP. UMAR AL-KHATTAB

Muqaddimah 1 : SIAPA KITA ??

  Bila ditanya tentang siapa kita, antara jawapan yang terpacul dari bibir akhowat- akhowat mujahidah kita ialah  : kita seorang manusia, hamba Allah, perempuan, muslimah, khalifah dan pelajar..tapi yang mana satu sebenarnya kita? Mana yang benar-benar menunjukkan itu kita ...dan jawapannya adalah MUSLIM.. menjadi seorang muslim itu adalah yang paling penting….soalnya kenapa??


     Ada pepatah yang menyebut kita hari ini adalah kerana siapa kita 10 tahun yang lalu.. jadi apakata kita selusuri sejarah seorang manusia.. yg kalau diikut teori Darwin, katanya manusia berasal dari beruk(??)… kemudian berevolusi menjadi manusia zaman batu (paleolitik), zaman gangsa neolitik) dan logam.. sejarah seorang pelajar pula mulanya di- tadika -sek rendah -menengah dan bekerja…

namun andai kita selusuri sejarah seorang muslim ia akan bermula dengan islam dan dari mana islam itu datang… dari Allah-Adam-nabi2-Rasulullah-sahabat-tabiin-kita pada hari ini…


yang membezakan antara PELAJAR MUSLIM dan MUSLIM YANG BELAJAR…. yang meletakkan Islam sebagai kepala kepada segala tindak-tanduk kita.. hidupnya Islam, matinya Islam,senangnya kerana Islam, bencinya krna Islam… segalanya tentang Islam..


AKU SEORANG MUSLIM…ISLAM ITU AYAHKU..IKUTANKU…DAN SEMUA ORG ISLAM ITU ADALAH ADIK-BERADIKKKU…

--------------------------------------AL – HUJRAAT : 13 --------------------------------------




Muqaddimah 2 : BILA ISLAM BERMULA??

  Adakah bermulanya dari Rasulullah?... ya, nama Islam itu bermula dari zaman Rasulullah.. namun agama itu bermula dari zaman nabi Adam lagi…
berasal dari perkataan Aslim = berserah diri, Aslamtu = aku berserah diri, islam = menyerahkan diri kepada Allah,,tunduk dan patuh..
Jadi apa erti islam dalam diri kita…. atau hanya pada nama? Kita islam atau kita Islam?....
islam kata nama atau islam kata kerja
yang mempraktikkan islam dari segi perbuatan, perkataan , gerak geri….
atau islam hanya pada kad pengenalan?


------------------------------------AL-BAQARAH : 131- 133 -------------------------------------




Muqaddimah 3 : KELEBIHAN KITA

manusia ibarat logam, hebatnya ketika jahiliah, hebatnya ketika islam. seandainya ia faham...
                                                                                                                                          (Hadith logam)



Contoh terbaik adalah UMAR AL-KHATTAB…. seorang yang cukup kuat sangat berani dan tegas… persis logam yang sifatnya sangat kuat..sering dijadikan senjata… namun sekeras-keras logam, tetap mampu dilembut dan dibentuk mengikut acuan. Dan antara dua umar yang kata Allah mampu menguatkan islam, umar al-khattab dipilih... dan kelebihan serta keganasan umar seterusnya digunakan untuk menguatkan islam… membuktikan bahawa kita ini pasti dan semestinya boleh dibentuk… ibarat kuda perang dalam surah AL-Adiyat.. 


yang asalnya hanya kuda lembik x berguna,, namun dengan didikan yang hebat maka ia menjadi kuda yang cukup hebat…segalanya dengan izin Allah yang Maha Hebat..pemilik segala kehebatan,maka berdoalah pada-Nya…


sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya Dia memberinya kefahaman dalam agama… 
(Hadis riwayat)

Apa maksud faham agama tu??
apa beza faham agama Sumaiyyah yang baru kenal Islam tapi dapat mati syahid dengan faham agama imam Syafi’e yang ilmu fiqahnya tinggi tapi x dapat pun mati syahid??
Agama ( ad-Deen) itu terdiri dari tiga unsur : 


AKHLAK(tingkahlaku)
AKIDAH(kepercayaan)
FIQAH(hukum-hakam)


Al-A’raf : 179  --- kenapa nak kena guna hati untuk faham al- Quran??
sebab kalau Al-Quran kena faham guna akal, hanya orang yg ada IQ tinggi je blh faham, so org yang ada PHD je yg dpt masuk syurga…


SETIAP KITA PUNYA LOGAM MASING- MASING.YANG MANA JIKA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK ISLAM MAKA JAHILIYAH YANGH AKAN MENGGUNAKANNYA.

-------------------------------------- (16:71) & (6 :165)------------------------------------------




Muqaddimah 4 : ANTARA KUASA DAN KEPAKARAN

Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Yang kiri lebih kepada fakta hafalan,mengira,menulis.lebih kepada penggunaan logic akal.dan yang kanan suka kepada kreativiti, abstrak , seni….lebih kepada penggunaan hati…kaitannya??...


maka profession manusia boleh dibahagikan kepada dua jenis sebagaimana otak manusia…


Otak kiri= akal logik = doktor,guru matematik, engineer,….dll.

Otak kanan= hati dan tanpa sempadan = law, politic, economic, religion phsycology…dll..


Persolannya,yang mana lebih penting? Yang mana perlu kita utamakan untuk memastikan islam berjaya bangkit gah semula?.. straight to the point, profession otak kanan yang lebih penting. kenapa? sebab disitu letaknya kuasa..disitu letaknya politik pemerintah.manakala otak kiri yg juga cukup penting tetapi hanya mampu bertindak sebagai pencadang… keputusan akhir itu terletak di tangan yg punya kuasa,punya Negara, yang menentukan hala tuju Negara itu..


Jadi apa nak buat??nak tinggalkan profession otak kiri?nak tukar dari medic ke politik?...tidak…


MAKA JADILAH PENCADANG YANG TURUT PUNYAI KUASA…JADILAH UMAT ISLAM YANG SERBA BOLEH DALAM SEMUA BIDANG…HANYA DENGAN ITU ISLAM MAMPU KEMBALI GAH…..

----------------------------------------AL-QASAS : 77 --------------------------------------




Muqaddimah 5 : SUNNATULLAH

Di dalam dunia ini terdapat satu undang- undang iaitu sunnatullah. Ada tiga ciri-cirinya:
1) Bersifat tetap
2) Takkan berubah
3) Akan berulang- ulang


Contohnya proses kejadian manusia yg mempunyai ciri-ciri diatas. Dan penciptaan manusia itu sudah menjadi ketetapan yang mana tujuan penciptaanya hanya DUA….
KHALIFAH (2:30) & BERIBADAH (51:56).


KANDANG KHALIFAH DAN KANDANG IBADAH




Khalifah itu berasal dari perkataan khalaf iaitu belakang.yang berada dibelakang atau dipanggil pengganti. Tugasnya?? Ialah menyambung tugas Rasulullah,menarik manusia yg berada diluar kandang ibadah untuk masuk kedalamnya… tapi untuk menjalankan tugas menarik orang lain itu, seseorang khalifah mesti memiliki matlamat yang jelas serta alat yang mantap dalam memastikan tarikan yang berkesan


Diibaratkan matlamat dan alat itu adalah telur ayam. Yang kuning itu matlamat dan yang putih itu alat. Dan matlamat itu berasal dari pengetahuan yang jelas tentang siapa kita, dan dari mana asal kita untuk apa kita disini…. manakala alat itu pula adalah kelebihan kita, logam kita, kepakaran kita yang menentukan  kuasa kita untuk menarik orang lain…


HIDUP SATU IBADAH
SESUNGGUHNYA SOLATKU , HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH

------------------( 33: 43), (48: 23), (33, 38), (17 :77), (40 : 85), (33: 62)-------------------










  1. gravatar

    # by Nour Jannah - 23 October 2015 at 07:32

    so far this is the best reference...jazakillah khairan katheera , ukhti :)