Showing posts with label ISK. Show all posts
ISK Mukadimah 3 : FAHAM
Posted by Unknown in ISK on Wednesday, 18 April 2012
Di hari yang mulia ini..
kita masih lagi menghirup udara yang segar..
kita masih lagi tinggal di tempat yang aman damai..
kita masih lagi makan makanan yang sedap-sedap..
namun, sudahkah anda mengucapkan Alhamdulillah? :)
ucaplah Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita secara percuma ini..
Allah S.W.T telah memberikan pelbagai nikmat yang memang tak terhitung banyaknya kepada kita.. namun bagaimanakah, dengan cara apakah, kita, sebagai hambanya menggunakan nikmat yang telah diberikan itu?
mari kita telusuri ayat-ayat di bawah ini..
"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? " (Surah Al-Nahl :71)
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Al-An'am : 165)
Kelebihan yang Allah telah berikan itu dianggap sebagai suatu kurniaan dan juga merupakan suatu ujian terhadap hamba-hambanya.
Kadang-kadang kita tidak menyedari dan lupa akan nikmat yang telah diberikan Allah..
jom bace komik ni jap :)
![]() |
taken from unknown fesbuk |
rupanya.. diri kita lah.. nikmat yang paling berharga dan perlu digunakan untuk ke arah kebaikan.. :)
Ayuh, tanyalah kepada diri kita..
Di jalan manakah kita memanfaatkan kurniaan Allah itu?
Jalan menuju ke NERAKA? Ataupun, jalan menuju ke SYURGA ABADI??
![]() |
kredit |
tepuk dada, tanya iman.
**********************************************************************************
Seterusnya.. mari kita telusuri pula hadis Rasulullah S.A.W ini :)
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه(حديث رواه البخاري ومسلم)
HADIS LOGAMDari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).
Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq) ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
faham tak?? ehehe.. mesti ade cam blur2 skit kan..
okey.. sebenarnya.. hadis logam itu mengibaratkan kelebihan yang kita ada ni ibarat logam.. :)
![]() |
kredit |
ye.. logam ada kena mengena dengan kita.. :)
cuba anda bagi karakter2 logam..
hurm.. kuat..bersinar..kukuh.. mengembang bila panas, kecut bila sejuk.. konduktor haba, konduktor elektrik.. boleh dicairkan apabila didedahkan dengan suhu yang tinggi..cukup tak??
karakter logam yang boleh dilentur/dibentuk boleh disamakan dengan karakter kita.. percaya tak? :)
bak kata pepatah melayu yang macam lebih kurang dengan maksud ni.. belakang parang kalau diasah akan tajam juga. ehehe.. (ade kene mngena ke? ) :P
logam kan keras... kalau kita hempuk kepala orang dengan batang logam mesti retak tempurung kepala dia punyaa..
macam tula kita.. karakter kita tu kuat, sungguh kuat..tu yang disebut dalam hadis..
erk.. apela yang saye repekkan ni.. okey.. secara mudah, manusia ni ibarat logam. Dan logam dalam manusia ni akan kekal keaslian dan kualitinya bila mereka kembali kepada Islam sekiranya mereka faham.. (kita la tu)
pastu pada bahagian 2 hadis logam ni.. Rasulullah S.A.W sebenarnya mahu menerangkan kepada para sahabat yang merujuk pada bahagian awal tadi.. Orang yang berkualiti tinggi tu sebenarnya kalau kita lihat, mereka adalah terdiri daripada orang yang paling asyadd (sangat dasyat) dan benci kepada Islam. Para ulama' ada yang tafsirkan contoh macam Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Ikramah Abu Jahal.. Mereka ini mungkin tidak menerima dakwah Rasulullah S.A.W dengan mudah namun apabila mereka memeluk agama Islam.. MashaAllah.. merekalah manusia yang berkualiti, paling kuat mempertahankan Islam.. memang gred A++ la gitu.. :)
Bahagian 3 pula.. Rasulullah S.A.W menerangkan bahawa ada antara logam mereka yang berkualiti rendahhhh... Mereka dikatakan ibarat mempunyai 2 wajah.. Para ulama' kaitkan benda ni dengan bahagian pertama.. mereka ni senang menerima dakwah, terutama apabila ada sebab-sebab yang boleh menguntungkan mereka.. Mereka menerima dakwah tanpa berfikir panjang.. bila jumpa geng Islam.. jadi baik... mengamalkan tatasusila sbg seorg muslim.. tapi.. bila aberjumpa dengan geng jahiliyah, diorg jd jahiliyah pulak.. Golongan ni dikatakan buruk kualiti kerna mereka berperangai seperti seorang munafiq. semoga kita dijauhkan drpd sifat dlm bhgn ketiga ni ya.. amin..
semoga anda semua telah faham dengan penerangan ini..
tetapi sekarang, saya mahu fokus kepada kelebihan kita.. Dalam diri anda, mesti ada kelebihan/talent tertentu kan.. contohnye macam pandai melukis.. pandai menulis dan mengarang puisi indah.. dan sebagainya.. jadi, sebagai seorang muslim yang beriman, kita haruslah menggunakan kelebihan yakni kurniaan Allah ini untuk agama kita.. :)
contohnya.. sekiranya anda mempunyai kamera super osem & high quality & high power.. dan juga petah berkata-kata.. anda mungkin boleh jadi seperti ikhwah ini.. ;) menyebarkan dakwah dan peringatan dengan menjadi seorang VLOGGER.. kalau mcam saya.. saya seorang BLOGGER..ehehe.. nak jugak.. :P
ohh ya.. tiba2 teringat pula tentang kisah kuda perang yang telah diceritakan masa ISK haritu..
KUDA???ehehe.. anda tahu tak sifat kuda yang liar kat afrika, kat mane2 pelusuk yang jarang diterokai manusia tu macam mane?
Kuda ni sebenarnya haiwan yang jinak taw.. tak tahan panas.. pastu.. pengecut jugak.. haaa... mesti terkejut kan? ehehe..
namun.. kuda ni.. kalau dilatih.. kuda itu akan menjadi seekor kuda perang yang sangat-sangat hebat.. seolah2 sifat2 kuda sebelum dilatih tu xpernah wujud.. haa.. sebabnya.. bila kuda dilatih untuk berperang.. ia mampu bertahan dengan minum hanya sedikit air.. mampu bertahan dengan hanya sedikit makanan.. dan mampu berlawan walaupun medan perang itu dipenuhi dengan busur anak panah yang tajam.. pedang2 yang berlaga.. ia terus berlari meluru dan terus patuh akan tuan nya.. haa..
Iktibar daripada cerita pendek ni.. kita kalau nak jadi kuda perang yang hebat.. kita kenalah asah dan terus menerus menggunakan kelebihan kita untuk Islam agar orang lain dapat memperoleh kebaikan daripada sumbangan kita itu.. InsyaAllah :)
KEBAIKAN BAGI MEREKA YANG FAHAM
Hurm.... apa yang anda faham setelah melihat gambar rajah ini? (^__^)
jeng..jeng...jeng..
ya.. Ad-Din (agama) terbahagi kepada 3 bahagian.. yakni Aqidah, Feqah dan Akhlak.
anda perlu faham tentang Ad-Din... kerana Ad-Din merupakan CORE diri kita yer.. base of the cream.. cream of the cream.. erk? ape-ape lah.. hehe..
jadi di sini diselitkan hadis dan potongan ayat Al-Quran.
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-An'am :125)
Hurm...
kita kena faham Ad-Din.. tetapi bagaimana nak faham yer??
hurm.. sebab.. kalau tak faham.. nanti.. bahaya taw!!
Jadi.. secara ringkasnya.. untuk faham Ad-Din ni, kita kenalah memahami Al-Quran... tapi kita kena faham dengan hati kita ye kawan-kawan..
kerana, Allah S.W.T telah berfirman
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf : 179)
Na'uzubillahi min zalik..
erm...jap.. hati??? Liver ke?? sama dengan Heart tak?? ke maksud hati tu Jantung?? arrrrrrrrr!! konfius laa.. (-,-")
okey.. okey.. relax ye kawan-kawan.. :)
tarik nafas japppp...............
hembus..
tarik nafas.........................
hembus...
Actually, jantung dan hati merupakan DUA ORGAN YANG BERBEZA... rupa dan fungsi memang tak same langsung..
Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb atau qulub yang merujuk kepada jantung, bukannya hati. Lisan al-Arab yang dikarang oleh Ibnu Manzur memberi pengertian qalb sebagai segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar di tempat ia tergantung iaitu jantung. Hati dalam bahasa arab disebut kibdah.
Tetapi untuk kesesuaian bahasa, qalb atau qulub diterjemahkan sebagai hati dalam Bahasa Melayu, namun maksud dari sudut istilah masih merujuk kepada jantung. Terjemahan qalb dalam Bahasa Inggeris lebih tepat iaitu HEART. perenggan seterusnya saya akan pakai perkataan hati jgak ye sbb sedap sikit bunyi nye.. ;)
hehe..
Sebenarnya...
kita kena faham Al-Quran ini dengan hati kita.. bukan dengan otak..
Kenapa pulak dengan hati???????????? bukan otak ke yang boleh berfikir? kalau kita pakai otak.. kita boleh berfikir lah kan apa maksud sebenar ayat Al-Quran tu.. bukan macam tu ke??erm.. kejap eh.. nak selitkan beberapa maklumat :)
nak tahu fakta sains tak??
Sejak 30 tahun dahulu, saintis mendapati 60-65% komposisi jantung ialah sel-sel saraf seperti otak.. bukannya otot... haaa... terkejut tak?
Kajian lain pula membuktikan jantung dapat berfungsi seperti otak malahan melebihi peranan otak dalam hal-hal tertentu.. Jantung berperanan dalam mengawal emosi seperti marah, dengki, takut... sebab itula.. sebagai contoh, kalau kita berasa takut.. jantung kita mesti berdegup kencang.. otak kita ni just tempat berfikir je..
boleh terima tak? :)
Other than that, Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi dalam badan kita... otak hanya berfungsi sekitar 13-14 minggu selepas tu.. haaa... hebat tak jantung? ;) boleh berfungsi tanpa kewujudan otak..
Dari perspektif agama pula.. Al-Quran telah menyebut mengenai hati (jantung) sebanyak 110 kali.. bahkan menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firmanNya yang bermaksud :
"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj :46)Rasulullah S.A.W juga telah mendahului para saintis dengan mengkhabarkan mengenai fungsi hati(jantung) 14 abad yang lalu dan kepentingannya kepada seluruh anggota badan manusia. Jika hati dalam keadaan baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitu jugalah sebaliknya.
"Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati (jantung)"
setelah panjang lebar penjelasan mengenai hati(jantung) ni..
so nak sambung balik ke topik utama.. ehehe.. :)
Pendek kata.. kita kena faham Al-Quran dengan hati kita..
Beza antara faham (otak) dan rasa (hati) ialah.. kalau faham dengan hati, x sempat nak masuk otak pun.. xperlu nak di ajar..
ermm.. faham x?
x faham lagi larr.... :( nak penjelasan lagi.......
okey okey.. ini hanya sebagai contoh.. cuba tengok gambar kat bawah ni.. kalau kita baca buku novel cinta.. amboi... punya lah dengan penuh perasaan.. sampai mengalir air mata.. ini bererti bahawa kita betul-betul merasai dan faham ayat-ayat dalam novel cinta tersebut..
![]() |
kredit |
tapi... kalau kita baca pkai otak... kita takkan dapat menjiwai ayat-ayat dalam Al-Quran.. ibarat baca buku Fizik.. hanya baca sahaja.. xde perasaan langsung.. ehehe.. boleh tak? ;)
Jadi.. kalau nak faham Al-Quran.. kita kenalah baca Al-Quran dengan hati :) supaya dapat menjiwai dan memahami setiap kata-kata cinta dari Allah S.W.T <3
Ilalliqa' salam alaikum
muqaddimah 4 : otak kanan dan otak kiri.
Posted by musafir asing in ISK on Saturday, 25 February 2012
Muqadimah 4 : otak kiri dan otak kanan. Mana satu lebih berkuasa?
penulis: Alya Farhan
penggangu: musafir asing.
Pure science (left brain)
Medicine
Physiology
Mathematic
Engineering
Physics
Social science (Right brain)
Politics
Business
Law
Psychology
Religion
PURE SCIENCE vs SOCIAL SCIENCE
1. Dalam Pure Science hampir semuanya adalah tepat dan rigid.Contohnya macam Maths 3x4 mesti 12..n in Medicine pulak contohnya dalam anatomy, GIT tract system dari mouth -> esophagus -> stomach -> small intestine -> large intestine -> rectum…mesti!! tak boleh large intestine dulu baru stomach n blablabla…
2. Whereas science social is more flexible and subjective compared to pure science..Contoh nya macam dalam poltics,,ada yg ckp Parti A bagus,, ada pula yang lebih bersetuju dengan Parti B,, dan tak kurang ramai yg lebih mnyokong Parti C..Ianya subjective, tak ada jawapan yang pasti,, yang ni betull atau yang itu salah…
Ehmmm…Realitinya kebanyakan dari kita hari ini berlumba- lumba untuk masuk dlm dunia pure science,,, jadi Dr, Engineer, Teacher and etc…Tapi agak – agaknya siapa yg lebih BERPENGARUH dalam dunia?? Siapa yg lagi ada POWER??Pure Science @ Science Social????
Of course Science Social kan!! Sebab yg memimpin dunia baik dari segi kepimpinan dan ekonomi adalh Science Social..orang2 Pure Science hanya memberi cadangan n mengikut arahan sahaja.
Conothnya bila kerajaan yg mostly dikuasai oleh orang-orang Politics dari Science Social bagi arahan contohnya suruh buat menara 15 tgkt kat KL,, so Engineer2 dari Pure Science harus ikut arahan mereka…
Jadi,sebagai conclusionnya kita kenalah membina hubungan yang baik dgn mereka dari Science Social supaya kita dapat bersama-sama involvekan diri kita utk menguasai dunia ni!
Tapi kan, kenapa pula kita sibuk-sibuk nak kuasai dunia? Cukuplah orang-orang yang duduk di kerusi pentadbiran di bandar elit itu uruskan negara. Kan??
Wetaminit (tunggu satu minit)!
Sebelum KITA senang-senang nak serahkan orang lain mengurus negara dan dunia, adakah kita dah check, siapakah MEREKA yang uruskan sumber kekayaan dunia itu? Adakah MEREKA adalah orang yang FAHAM AD DEEN (sila rujuk muqaddimah 2)?
Adakah MEREKA itu adalah orang-orang yang FAHAM maksud KHALIFAH dan SUNNATULLAH?
Jika tidak, sudah pastinya KITA perlu menyibuk untuk memenuhkan dada dengan pengetahuan social science di mana kita perlu belajar bagaimana caranya untuk memegang tampuk kepimpinan supaya dunia ini ditadbir oleh KHALIFAH! kerana Khalifah yang FAHAM AD DEEN dengan HATI sahaja mampu menyambung legasi tugas Rasullullah yang agung itu.
Err..adakah anda faham apa yang kami cuba maksudkan ini? Kalau tak faham, sila datang ke RI Kawthar, untuk berguru dengan akhawat kami yang wowwii. Inshaallah, kita boleh kongsi ilmu sama-sama. Ok?
kenyit mata sikit (kat akhawat je).
ISK-->Muqaddimah 5: Sunnatullah
Posted by Anonymous in ISK on Saturday, 18 February 2012
Orait! First question......
Maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi ketetapan Allah itu. [35:43]
(Yang demikian itu) merupakan ketetapan bagi para rasul Kami yang Kami utus sebelum engkau, dan tidak akan engkau dapati perubahan atas ketetapan Kami. [77:17]
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. [51:56]*kita ni manusia, jgn perasan jin pulak:p
tahu, tahu..*kata anda sambil angguk kepala dengan yakinnya
Habis tu?
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ooo..khalifah..tu pun kita orang tahu.......
Baguslah kalau dah tahu. So, apa tugas khalifah eh??*tanya saya sambil angkat kening double-jerk
erk...*tiba-tiba kepala anda gatal
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [3:110]
"Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan." [Bukhari no.8 & Muslim no.16]
p/s: Andai ada yang terkurang, sila tambah-tambahkan..andai ada yg tersilap, sila betul-betulkan..eh,dah mcm pantun plak..hihi
Mukaddimah 2: Islam Bermula?
Posted by Wardah Hazirah in ISK on Friday, 17 February 2012
ISK-ini sejarah kita
Posted by nisanadhira in ISK on Wednesday, 15 February 2012
5 muqaddimah …
KUMP. UMAR AL-KHATTAB
Ada pepatah yang menyebut kita hari ini adalah kerana siapa kita 10 tahun yang lalu.. jadi apakata kita selusuri sejarah seorang manusia.. yg kalau diikut teori Darwin, katanya manusia berasal dari beruk(??)… kemudian berevolusi menjadi manusia zaman batu (paleolitik), zaman gangsa neolitik) dan logam.. sejarah seorang pelajar pula mulanya di- tadika -sek rendah -menengah dan bekerja…
namun andai kita selusuri sejarah seorang muslim ia akan bermula dengan islam dan dari mana islam itu datang… dari Allah-Adam-nabi2-Rasulullah-sahabat-tabiin-kita pada hari ini…
yang membezakan antara PELAJAR MUSLIM dan MUSLIM YANG BELAJAR…. yang meletakkan Islam sebagai kepala kepada segala tindak-tanduk kita.. hidupnya Islam, matinya Islam,senangnya kerana Islam, bencinya krna Islam… segalanya tentang Islam..
berasal dari perkataan Aslim = berserah diri, Aslamtu = aku berserah diri, islam = menyerahkan diri kepada Allah,,tunduk dan patuh..
Jadi apa erti islam dalam diri kita…. atau hanya pada nama? Kita islam atau kita Islam?....
islam kata nama atau islam kata kerja…
yang mempraktikkan islam dari segi perbuatan, perkataan , gerak geri….
atau islam hanya pada kad pengenalan?
------------------------------------AL-BAQARAH : 131- 133 -------------------------------------
Contoh terbaik adalah UMAR AL-KHATTAB…. seorang yang cukup kuat sangat berani dan tegas… persis logam yang sifatnya sangat kuat..sering dijadikan senjata… namun sekeras-keras logam, tetap mampu dilembut dan dibentuk mengikut acuan. Dan antara dua umar yang kata Allah mampu menguatkan islam, umar al-khattab dipilih... dan kelebihan serta keganasan umar seterusnya digunakan untuk menguatkan islam… membuktikan bahawa kita ini pasti dan semestinya boleh dibentuk… ibarat kuda perang dalam surah AL-Adiyat..
yang asalnya hanya kuda lembik x berguna,, namun dengan didikan yang hebat maka ia menjadi kuda yang cukup hebat…segalanya dengan izin Allah yang Maha Hebat..pemilik segala kehebatan,maka berdoalah pada-Nya…
apa beza faham agama Sumaiyyah yang baru kenal Islam tapi dapat mati syahid dengan faham agama imam Syafi’e yang ilmu fiqahnya tinggi tapi x dapat pun mati syahid??
Agama ( ad-Deen) itu terdiri dari tiga unsur :
AKHLAK(tingkahlaku)
AKIDAH(kepercayaan)
FIQAH(hukum-hakam)
Al-A’raf : 179 --- kenapa nak kena guna hati untuk faham al- Quran??
sebab kalau Al-Quran kena faham guna akal, hanya orang yg ada IQ tinggi je blh faham, so org yang ada PHD je yg dpt masuk syurga…
maka profession manusia boleh dibahagikan kepada dua jenis sebagaimana otak manusia…
Otak kiri= akal logik = doktor,guru matematik, engineer,….dll.
Otak kanan= hati dan tanpa sempadan = law, politic, economic, religion phsycology…dll..
Persolannya,yang mana lebih penting? Yang mana perlu kita utamakan untuk memastikan islam berjaya bangkit gah semula?.. straight to the point, profession otak kanan yang lebih penting. kenapa? sebab disitu letaknya kuasa..disitu letaknya politik pemerintah.manakala otak kiri yg juga cukup penting tetapi hanya mampu bertindak sebagai pencadang… keputusan akhir itu terletak di tangan yg punya kuasa,punya Negara, yang menentukan hala tuju Negara itu..
Jadi apa nak buat??nak tinggalkan profession otak kiri?nak tukar dari medic ke politik?...tidak…
1) Bersifat tetap
2) Takkan berubah
3) Akan berulang- ulang
Contohnya proses kejadian manusia yg mempunyai ciri-ciri diatas. Dan penciptaan manusia itu sudah menjadi ketetapan yang mana tujuan penciptaanya hanya DUA….
KHALIFAH (2:30) & BERIBADAH (51:56).
KANDANG KHALIFAH DAN KANDANG IBADAH
Khalifah itu berasal dari perkataan khalaf iaitu belakang.yang berada dibelakang atau dipanggil pengganti. Tugasnya?? Ialah menyambung tugas Rasulullah,menarik manusia yg berada diluar kandang ibadah untuk masuk kedalamnya… tapi untuk menjalankan tugas menarik orang lain itu, seseorang khalifah mesti memiliki matlamat yang jelas serta alat yang mantap dalam memastikan tarikan yang berkesan.
Diibaratkan matlamat dan alat itu adalah telur ayam. Yang kuning itu matlamat dan yang putih itu alat. Dan matlamat itu berasal dari pengetahuan yang jelas tentang siapa kita, dan dari mana asal kita untuk apa kita disini…. manakala alat itu pula adalah kelebihan kita, logam kita, kepakaran kita yang menentukan kuasa kita untuk menarik orang lain…