Showing posts with label ibrah. Show all posts
Kecewa seorang Dai'e
Posted by atTahirah in ibrah on Thursday, 13 September 2012
“(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar” [12]
“(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit daripada cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ngejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakan di antara mereka (yang beriman dan yang munafiq itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), di sebelah luarnya dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.” [13]
“(Pada saat itu) mereka (yang munafiq) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu membinasakan dirimu dan kamu telah menunggu-nunggu, dan kamu pula ragu-ragu (terhadap agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksudmu). Sehingga datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah. Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya)” [14]
“Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri daripada kamu, dan tidak juga daripada orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, neraka sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!” [15]
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (alQuran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik – derhaka” [16]
alzheimerkah kita?
Posted by nisanadhira in ibrah on Wednesday, 5 September 2012
assalamualaikum wbt.
moga2 iman antunna dan ana sihat. insyaAllah ameen.
sudah agak lama tidak meng'hapdate' blog HJ KITA.
kesian dia, tidak terurus.
tapi alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk menulis hari ini. aiwah!
alzheimer yakni penyakit lupa. dementia. masih teringat ada sorang akhawat ni shikin present psl alzheimer ketika di kmkn. tidak dementia lg! aiwah!
lawan lupa kepada ingat. kan kan?
adakah kau lupa? *tiba2 semangat ISK datang. teaser. bru walaweyyyh!
adakah kita lupa?
surah al-baqarah, ayat 152, Allah berfirman,
'maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar' (2:152)
Allah tak pernah lupa pada kita. berbagai2 nikmat Allah bg kat kita bukan shj di dunia tapi di sorga yg kekal abadi.
walhal, Allah sentiasa igt akan hamba2Nya. tak percaya?
mari kita lihat?
Allah bagi kita nikmat tidur. dapat lah kita beristirehat, tidur dgn nyenyak pd malamnya hari.
Allah juga bagi kita nikmat kesihatan tubuh badan. dapat lah kita untuk pergi berjalan-jalan pergi shoppin? ehh? ehh?
dapat lah kita utk beribadat pd Allah, utk bgn qiam.
jugak Allah bagi kita nikmat utk makan, minum, iman, islam.
bermacam-macam.
tapi pernah tak sekali kita ingat apa yg Allah bagi kat kita?
yg kita tahu merungut. merungut je kerja.
astaghfirullah. :(
sobsobsroott..
kenapa aku tak pandai?
kenapa aku tak kaya mcm dia?
kenapa Allah tak bagi aku ini?
itu dan ini?
yang kita tahu hanyalah merungut dan mengeluh.
astaghfirullah. :(
pernah tak kita bersyukur?
Allah bagi nikmat kepada kita, tak minta dibalas sekalipn, malah kita tak perlu berhutang langsung utk ditulis dlm buku hutang 555.
Allah tak rugi ape2 pn. yg rugi sebenarnya kita.
keyword kat sini SYUKUR.
ya, kita mampu 'membayar' segala nikmat yg Allah bagi, hanya dgn cara bersyukur.
bukan hnya bersyukur sekadar diucap di bibir yg manis. tetapi juga ditunjukkan melalui perbuatan kita.
apakah asas laluan perbuatan itu?
ianya, AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR.
meninggalkan perkara yg dilarang oleh Allah dan melalukan perkara yg disuruh oleh Allah.
kita mungkin tidak akan tersasar jauh kalau kita berpegang dgn 2 konsep ini. secara tidak langsung kita mengikut kata2 Allah yg mana kalau kita masih dalam keadaan waras, ia melambangkan tanda kita berterima kasih kepada Allah.
analoginya sama seperti kita mentaati ibu dan ayah kita. sbb apa? kerana mereka banyak memberikan kasih syg kepada kita. jadi, kita ikut dan taat akan pesanan ibu dan ayah kita. ketaatan itu secara tidak langsung menjadi kayu ukur tanda berterima kasih kita.
tak gitu?
pernah tadabbur ayat surah as-saff?
'wahai org yg beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yg kamu tidak lakukan?' (61:2)
gulp. sgt senang utk kita mengucap di bibir shja? tapi amalan? perbuatan kita macam mana?
lalu sesudah itu, Allah menyambung kata2Nya dengan satu amaran dan peringatan.
'amat besar kebencian Allah kepada mereka yg berkata sesuatu tetapi tidak melakukannya' (61:3)
errrr. rasa tertampar di situ. pang!
terasa. sangat.
masih banyak hak dengan Allah tidak kita laksanakan.
samalah jugak hak dengan manusia.
kata-kata sahaja tidak cukup. ibaratnya kata-kata nasihat yg keluar dari mulut kita akan dianggap sebagai angin sekiranya kita tidak melakukan perbuatan tersebut?
jadi, tips utk tidak lupa pada Allah.
1) muhasabah diri
bagaimana? muhasabah diri, ingat kembali dosa2 yg lampau. barulah kita rasa diri kita ni sgt kerdil nak dibandingkan dgn kuasa Allah. muhasabah diri jgk tntg mutabaah amal kita. buat checklist mutabaah amal. dan juga sentiasa ingat mati. dengan itu, insyaAllah kita tak akan lupa kepada Allah.
2) cakap dan amal
seperti di atas, amal perbuatan kita mestilah seiring dgn percakapan kita. bukankah qudwah hasanah itulah yg terbaik utk diteladani oleh semu? kuatkan iman,tingkatkan amal. jom berusaha menjadikan akhlak yg baik sbgai pakaian kita. yosh!
wallahualam. insyaAllah. moga Allah redha.
wassalam.
larut dalam lautan.
Posted by Unknown in ibrah on Wednesday, 2 May 2012
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Khamis =]
Ingatkah kalian saat mula-mula menjejakkan kaki ke RCMP yg 'sungguh besar' ini? pasti kalian tidak menyangka akan di'basuh' sebegini rupa disini.. sangka kita untuk menggapai cita-cita menggenggam segulug ijazah sahaja, tidak sangka mula mengenal tarbiyah di bumi Ipoh (kepada yang kenal tarbiyah sebelum Ipoh, sila tipu diri anda buat seketika. hehe)
Tiba-tiba kita mengenali sekelompok manusia ini, seolah-olah ejen CIA, rupa-rupanya mereka ada agenda udang di sebalik mee. oh, kita tidak perasan kerana jejak mereka sungguh lembut dan masyaAllah mereka sangat chanteque. (tolonglah jangan kembang T.T) rupanya agenda mereka agenda akhir zaman - agenda mengislahkan ummat.
Lalu kita yang berjiwa besi ini (kononnya) , ditempa, diketuk, dimulur, dibleach, untuk membuang karat-karat jahiliyah itu, untuk dijadikan pedang. pedang untuk berperang dengan syaitan & nafsu akhir zaman yang menyerang ummat yang semakin lumpuh ini. melampau-lampau dalam hiburan, cinta penuh noda, hidup bertuhankan nafsu. sakit. sakit sungguh umat ini.
semasa proses itu berlaku, kita bina ukhuwah, kita sangat romantika de amor , malahan tatkala bermain sms sesama sendiri boleh tersengih sampai ke pinna (baca:cuping telinga), berkatalah si Senah batchmate kita "eiii , mesej sape tu.. sengih2.." sangka mereka orang bercinta berlawanan jantina sahaja boleh angau? kikiki...
Akhirnya, kita tercampak dalam karier masing-masing, posting dan program kolej merata tempat. kita tidak lagi dalam lingkungan tarbiyah itu, dan ibarat sambal jawa dicampak ke sungai, kita larut... larut dalam ummat, kita tidak lagi menjadi pedang besi itu. di malam hari air mata mengalir membasahi pipi akibat kealpaan, di pagi hari kelihatan di cermin, diri terasa sungguh hina , kotor dan jijik. tidak sanggup lagi bertemu dengan orang, terutamanya anak-anak usrah, malu dengan Allah.......
ya sohbati, akhawat fillah, ingin saya sampaikan pesanan daripada seorang sohbati : "itulah tarbiyah sebenar, bila kita tak lagi berada dalam lingkungan akhawat2" . Jadi mari kita saling ambil pengajaran dan lebih mempersiapkan diri dengan baju besi dan kuatkan tali sesama akhawat, jadilah teman yang saling mengingatkan. itu rayu saya. tak, walaupun tulisan saya kelihatan santai, tapi ini adalah amaran keras! kerana sudah ramai akhawat kita diuji begini, termasuk saya? kepada yang masih belum mengalaminya, persiapkan diri anda. kepada yang sudah diuji, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah! selamat berjihad! =]
kokot;
03052012 :1448
Aku diuji, yeay!!
Posted by Anonymous in ibrah on Tuesday, 17 April 2012
Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-oarang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. [2:214]
Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang SABAR. [2:155]
Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami selama mereka berSABAR. Mereka meyakini ayat-ayat kami.[32:24]
Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang SABAR, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.[33:35]
Dan orang yang SABAR kerana mengharap keredhaan tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).[13:22]
Sifat-sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. [41:35]
Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah. [HR Bukhari]
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. [70:5]
Jangan sesekali menganggap bahawa ujian itu membebankan. Tapi, rasakan ia sebagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam untuk melihat penganutnya berjaya dalam segenap bidang. Demi impian antunna untuk menjadi doktor muslim yang cemerlang, dan yang paling utama, demi masa depan Islam yang lebih cerah dengan mempunyai seorang Mukmin yang bertanggungjawab seperti antunna.."
bahagia yang dicari :)
Posted by nisanadhira in ibrah on Wednesday, 25 January 2012
INILAH MAKNA BAHAGIA…
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
• Bukti hilangnya bahagia
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.
Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:
1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)
ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati)
http://genta-rasa.com/2009/04/15/mencari-ketenangan-hati/
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.
perkongsian indah dr blog ustaz pahrol mohd juoi
http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/?blogsub=confirming#subscribe-blog
p/s : entry ni mungkin boley menjawab persoalan 'senang tapi tak tenang'. jagalah hati kita sebaik-baiknya untuk mencari makna bahagia yang sebenar-benarnya. insyaAllah.
teringat pesanan imam al-ghazali :
“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
wallahu'alam.
wassalam wbt...



