GIVE A LITTLE LOVE
Posted by sharmizayasmin in TOF 2012 on Thursday, 17 January 2013
GIVE A LITTLE LOVE By Sh. Abdul Rahman Chao
This
session!! Allahu! Superb + Ohsem + Amazing +……(dan sepupu papatnya. Eh! Hilang
pula BI)
Since
this one was quite details + long talk by Sheikh Abdul Rahman Chao then I’ll
make it short. As simple & afford to read. SubhanAllah!! The speaker was
succeeded to deliver the words of love just giving few examples. He totally
unraveled what was actually it’s meant to give a little love and how we
supposed to show the affection of love to surrounding. It was unnecessary to see others was stunted
by his energetic talk, even myself was stunted and touched.
#Example
1
Let me
make it in BM. More understandable!!
Kisah
Rasulullah SAW di bumi Thaif.Baginda menemui suku kaum Tsaqif dengan penuh harapan bahawa penduduk
Thaif akan menerima risalah dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW setelah
baginda diherdik dan dibenci oleh orang Quraisy. Namun, balasan yang diterima
oleh Rasulullah SAW dari penduduk Thaif sangat mengecewakan apabila mereka
menolak risalah dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan itu sahaja,
malahan penduduk Thaif yang terdiri dari golongan hamba
sahaya, anak-anak kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori
beliau sehingga tiba ke kebun anggur, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar
Thaif sambil mencaci dan melemparkan batu kepada baginda sehinggakan tubuh baginda luka dan berdarah. Rasulullah
SAW berlalu pergi dari Thaif dengan perasaan yang amat sedih sehinggakan Allah
SWT mengutus Malaikat Jibril a.s. Malaikat Jibril menawarkan pertolongan kepada
Rasulullah SAW untuk menghancurkan penduduk Thaif dengan menghimpitkan dua
bukit supaya tiada dalam kalangan penduduk Thaif yang hidup. Namun, Rasulullah
SAW menolak tawaran dari Jibril a.s dan baginda SAW berharap bahawa Allah SWT
akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah
semata-mata, tidak disekutukanNya dengan apa pun.
Dari
kisah ini dapat kita lihat baginda SAW menempuhi cubaan yang hebat namun
baginda tetap bersabar dan tidak pernah sekalipun berputus-asa melainkan terus
menerus memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan kekuatan kepadanya.
Beginilah
qudwah hasanah yang ditonjolkan oleh Nabi S.A.W kepada umatnya yang ingin
membawa dan menyambung usaha da’wahnya di muka bumi ini. Atas kesedaran yang
jelas bahawa tugas ini adalah tanggungjawab setiap individu muslim dalam apa
jua keadaan dan situasi, haruslah usaha dan kefahaman itu disampaikan dengan langkah da’wah Nabi S.A.W. serta
segala sunnahnya dalam da’wah. Itulah langkah da’wah yang panjang tetapi asli,
langkah yang jauh tetapi pasti. Selain itu, dalam keadaan baginda yang
kesedihan dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka. Itulah
satu bentuk pemikiran yang ideal bagi para da’ie yang ingin memperjuangkan
kalimah syahadah di muka bumi ini. Tindakan Rasulullah ini
merupakan satu bentuk tindakan yang memaparkan bahawa Rasulullah SAW boleh
bersikap rasional walau pun dalam keadaan yang mana emosi baginda terganggu
dengan kata lain baginda bertindak tidak
mengikut hawa nafsu. Perkara penting yang cuba di highlightkan di sini adalah jalan da’wah ini tidak akan pernah
lengang dan sunyi dari ujian dan dugaan. Inilah jalan yang sukar tapi pasti.
Oleh kerana itulah harus disemai sifat rela berkorban, bermula dengan kehendak
dan himmah yang tinggi dari dalam diri demi tertegaknya kalimah syahadah di
segenap pelusuk muka bumi.
#Example 2
Pada suatu ketika di zaman
Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang ‘membuang hajat’ di tempat wuduk di
masjid. Lalu, apabila dilihat perbuatan itu oleh para sahabat, mereka terus
menegur lelaki itu dengan keadaan yang marah. Pada saat itu, Rasulullah SAW
yang juga melihat keadaan itu, menasihati sahabat agar membiarkan lelaki itu
menyelesaikan ‘urusannya’ dahulu. Selepas itu, baginda SAW memanggil lelaki
tadi dan menegurnya dengan cara yang berhikmah dan lemah-lembut. Lelaki itu
dapat menerima teguran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan baiknya.
Dari
kisah ini, dapatlah kita contohi bagaimana sikapnya Rasulullah SAW yang masih
mampu memberi nasihat secara lemah-lembut walau pun lelaki itu telah membuat
perkara yang sememangnya boleh mendatangkan kemarahan dan menguji kesabaran
seseorang.
Imam Ahmad
Radiallahu Anhu telah berkata:
“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam
melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki
yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka
wajib ke atas kamu mencegahnya dan mengzahirkan perbuatannya itu kerana seorang
yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah” (lihat Al-Amru
Bil Makruf wa Nahyu ‘An Mungkar, karangan Imam Al-Khallal, m.s 35)
#Example 3
Semasa Rasulullah SAW sedang
berdiskusi dengan para sahabat di suatu tempat. Tiba-tiba datang beberapa orang
anak kecil yang sedang berlari-lari disekeliling tempat baginda bersama-sama
para sahabat duduk. Namun, apa yang Rasulullah SAW lakukan kepada mereka adalah
mengajak anak-anak kecil itu untuk turut serta duduk di situ bersama-sama
baginda dan para sahabat.
Mesej
yang ingin disampaikan di sini sangat jelas bahawa Rasulullah SAW adalah
seorang yang menyayangi dan menghargai kanak-kanak. Cuba kita bayangkan
bagaimana anak-anak kecil itu dilayan sekiranya kita yang berada di tempat
Rasulullah SAW. Adakah anak-anak kecil itu akan dilayan dengan penuh kasih
sayang begitu di saat kita sedang riuh-rendah berkumpul dengan sahabat-sahabat
kita, di mana watak anak-anak kecil itu mungkin boleh menjadi pengganggu kepada
situasi dan mood kita yang ceria ataupun penting tatkala mereka berlari
berkejaran disekeliling kita + kebisingan mereka. Hmm…tepuk dada, tanya iman!
Allahu akbar!
Sahabat-sahabat sefikrah
sekalian, sy ingin mengajak kalian untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai
qudwah hasanah bagi setiap langkah perbuatan, perkataan dan pandangan kita
dalam menjalani perjalanan dakwah dan tarbiyah ini. One of the ways is give a
little love when you spread the words of Allah SWT like our Rasulullah SAW had
done years ago.
Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya
: Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu
ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik
di Akhirat kelak. (Al-Ahzab:21)
“When you show your love to other human, you are renewing
their hope of humanity”
“When you show your love to others, the love will come
back to you”
~Sh. Abdul Rahman Chao~
Wallahua’lam.
J
By: Nabihah, Ainee Sarah & Kak Nana :)
This entry was posted on Thursday, 17 January 2013 at 04:26 and is filed under TOF 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
- No comments yet.