Apa ada dengan ISK (Ini sumpah kewwwwriousss)??


Perkongsian daripada :http://iamamuslim92.blogspot.com/2012/10/apa-ada-dengan-isk-ini-sumpah.html


Apa ada dengan ISK (Ini sumpah kewwwwriousss)??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Perhatian. Kalau rasa boring dan hambar dengan post ini, sila pi makan biscuits atau pekena roti kering cicah air teh dulu kemudian mai baca balik:)

Pre ISK

Saya diberitahu adanya ISK (Ini Sumpah Kewwwwrioussss) *sila baca dgn teknik mulut yg betul. Dalam hati terdetik mungkin inilah masanya. Saya sedar dalam diri ni bukan tak ada perkara yg baik. Bukan tak jeles tengok orang baik. Bukan tak jeles tengok orang yang jauh dr jahiliyah. Jeles sangat kot.Yup. Saya tak couple. Saya tak tengok wayang dah pun. Saya nak mengumpat org, nak mengata org, nak marah org pun rasa mcm...Ini dosa kering. walaupun terbuat jugak senanya kerana sy juga insan biasa. Tapi end up akan sedih, menyesal, rasa nak tumbuk muka sendiri sebab tak kawal diri kan dan Allah shj yang tahu keciiwaaa bila jd mcm tu.

Bukan saya tak sedar kekadang diri ini "kelaut" tapi kerana jahiliyah yang masih menebal dalam diri, jadilah seperti robot. Hidup, buat dosa, menyesal, menangis, kemudian buat lagi. Saya ada misi saya dalam hidup ni. Bukan tak sedar misi saya masih dok takat tuuuu jaaa sebab jahiliyah jahiliyah yang susah sangat saya nak buang. Yah. Saya suka tengok muvie mengarut mengarut, minat bola, minat benda yg bukan bukan *tu yg boleh siap pi menari nari bagai*, cakap benda mengarut, okay. saya tak couple, nak angkat call dr kawan ehem ehem pun saya terfikir 10 kali sebab rasa bersalah kan, tapi hakikatnya saya masih 'contact-contact' dengan mereka yang tak sepatutnya walaupun tanpa sebab yang munasabah through fb, msg dan twitter. Teman tapi mesra la konon nya kan. Hati ni selalu je terdetik sampai bila nak jadi macam ni. Kata nak jadi insan yang berjuang di jalan Allah. Nak mati sebagai para syuhada'. Nak jadi macam insan hebat diluar sana. Yang bila mana kita tengok dia teringat Allah. Tengok dia rasa macam "perghhhh. osem che kak ni. Dunia dia cari, akhirat pun dia tak tinggal" Mana reti nak bersosial macam orang tak betul mcm aku ni. Nak kawan kawan dengan lelaki tanpa sebab yang penting krn Allah dan agama. Setiap hari terdetik nak jd insan lebih baik, nak buang jahiliyah kalau tak semua atleast...kena buang jugak sedaya upaya. So dok tunggu apa lg?

ISK

Hoyeah. Bila datang sini, sy menangis. Menangis kerana harapan saya yang kalah puteri gunung ledang. Harapan yang bahawasanya bila habes program ni saya mesti sedar matlamat hidup saya, saya mesti buang jahiliyah dalam diri ini. Mesti lawan. Takut. Yes. Sebab saya tahu saya insan yang tak boleh diberi harapan. Apabila berharap dan tak dapat saya pasti keciiwa. Dan lagi worse takut jiwa ni memberontak, menyesal. Kerana itu saya cuba kuatkan diri saya yang mana jika program ini tak memberikan apa yang saya harapkan itu bukan salah orang lain tapi salah diri saya sendiri.

 "Aku mesti berubah. Walaupun program ni tak macam yg aku nak. Walaupun program ni tak membantu pun untuk cari apa yang aku nak cari. Kekuatan untuk buang jahiliyah paling aku benci dalam diri ni" 

*location: dalam surau
*time: lepas solat maghrib

ehehsss.Well. Padahal sebenarnya saya tak tahu pun apakah inti pati program yang dinamakan 'ini sumpah kewwwriousss' ni. Tak tahu pun apakah input input yang akan diberi dan dibincangkan sebenarnya. Memang saya malas ambil tahu. Tapi apa yang saya tahu ada satu aura yang buat saya rasa nak join walaupun saya tahu program ni ada junior (sesungguhnya saya tak suka bergaul dgn junior. mentaliti yang saya harus buang dan saya tengah buang) nak cari ilmu dan paling penting saya harap boleh cari apa yang saya nak sangat cari. Mana tahu, jika inilah masanya, inilah caranya.

Di sini saya diberitahu dan diberi kefahaman tentang sejarah kita. KITA. Bukan ultraman, bukan hulk, dan bukan juga kucing kesayangan kita yang berwajah comel dan bersuara tampan itu.Bukan saya tak pernah tahu benda ni, tapi biasalah insan, hari ni tahu esok lupa. Apatah lagi takdak pula yang nak ingatkan. Mungkin dulu belajar, tahu, tapi tak hayati. Tak faham.

Also. A brief explaination about:

1. Who am I????
    Muslim.
2. Reason why were created?
    (2 : 30) -caliph
    (51 : 56) -abid
3.Quality?
   'Logam' that we have.

Diberi peluang untuk tengok kesengsaraan umat Islam kat luar sana tu dengan video video menyayat hati. Again. Bukan tak pernah tahu. Bukan tak pernah menangis. Bukan tak doa . Bukan tak derma apa yang mampu, tapi dalam masa yang sama saya masih punya masa nak pergi berfoya.*walaupun dengan perempuan perempuan je* Ingat mereka masa tertentu sahaja. Bila leka dgn dunia, lupalah saudara saudara Islam yg sedang bertarung nyawa kat luar sana tu. Astaghfirullah.

Klimaks. jeng jeng. *ketepikan dulu segala oreo, iko mahupun milo sedap kat mulut anda tu.fokus. baca dengan mata hati*

Lakonan superhebat drpd para ukhti. muehehe. tak sangka ada bakat terpendam. teringat lagi muka shekin. sempat jugak tersengih sebelum mata ni teriak tak ingat dunia kan. hihi.

Bila tengok je. Terus sentap. Mulala empangan nak pecah ke ladang gandum. Kemachoan tak dapat nak dibendung dah. Sedih. Sebab saya sedar benda tu daripada dulu. Ada azam nak berubah. Tapi takdak tindakan. Tak kuat nak buang jahiliyah jahiliyah semua tu. Itulah nafsu nafsu saya sendiri. Sekarang. Nahhhh hadap depan mata sendiri. tengoklah perangai nafsu sendiri. Dan tengoklah diri sendiri yang sebenarnya meronta ronta nak berubah ke arah kebaikan tapi terseksa, kalah dgn nafsu kambing tu.

Antara nafsu nafsu yang dok susah sngt nak buang.


Bila kak hani yang memang berlakon tahap boleh menang ABPBH laa nak katakan. Seriously meresap. Saya tahu. Itulah diri saya. Bukan tak sedar untuk berubah. Bukan tak takut mati dengan dosa dosa kering ni. Bukan tak taubat. Setiap hari buat sunat taubat. Bukan tak sedih bila baca Quran ada je ayat seolah olah menegur diri ni. Tapi apa guna??? Tetap tergelincir juga, Kalau takat 5% takpa lagi. Ni mmg melencong terus dari jalan lurus ah. Sad kan? Tahu jahiliyyah paling nak saya buang?? Yang dari dulu banyak buat empangan ni pecah.

"Gelak, mengarut tak ingat dunia dan paling penting berteman tapi mesra. Bajet tak couple takdak zina hati bagai la kan. Memang la takdak zina mulut semua. Nak keluar berdua apatah lg. Mmg saya takmau pun. Tapi still. Perkara tu Allah redho ke? Ye saya tahu tak. Buat semua tu ada kepentingan ke? jawapannya tetap tak. semua tu untuk memenuhi kehendak hati je kan. sebab tu dari dulu nak ubah tapi lepas sorang, sorang lain pulak yg datang. Dan akhirnya saya tetap tak berubah"

Zass. menangis sampai tersumbat hidung hidung ni. Kepala rasa berat macam nak pecah dek kerana sistem pengairan (hidung) yang tak berfungsi dengan normalnya. dan sememangnya aku tak suka betul bila sampai dah tahap macam ni. Tapi. Inilah. Yang saya cari cari sebenarnya. Bila lihat nafsu yang baik tu cuba melawan nafsu yang jahat. Allahu. Kesian dgn diri  sendiri. Kesian dgn jiwa sendiri. Wallahi. Betapa sengsaranya dia. Bertuankan nafsu dunia. Bila nampak dengan mata kepala sendiri keadaan diri sendiri baru ada akai (akal) *cara org kedah cakap*. Baru tahu langit tinggi rendah. baru reti sedaq kediri.

Rasa macam ...Allahuakbar.  Taktahu nak cakap.All I can say. Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang saya nampak dan sedar Allah masih sayangkan saya. walaupun kesedaran itu lambat. Sebab saya tahu akan jahiliyah dalam diri ni dari dulu lagi. Tapi dua benda ni...susah bebenor nak buang. degil kemain. memang totally kelaut. Yang lain pun ada. tp atleast. saya tahu tak sekronik yg dua ni.

Dan inilah yang menjadi titik tolak untuk saya betul betul meningkat azam dan tekad. Saya tak mahu azam ni jadi macam azam yang dulu. Berazam kemudian saya lupa. menangis. buat balik. azam balik. dan akhirnya jahiliah itu tetap ada. Bahkan tak kurang sedikitpun. semakin bertambah ada.

masa saya tengok lakonan ni dalam hati. Allah shj yang tahu. memang saya boleh cerita panjang lebar (macam kat atas sana) tapi hakikatnya, saya seorang sahaja yang tahu indahnya jiwa yang tahu ada Allah dengan dia.

Post ISK

Lepas dok nanges nanges tu seriously. takut. takut diri ini berubah kembali menjadi insan dulu. insan yang tahu ada jahiliyah dalam diri tapi tak mau nak lawanBaru sehari ISK berlalu. Masih terlalu awal untuk memberi kesimpulan pd diri ini. Tapi Alhamdulillah untuk sekarang. Rasa macam ada sesuatu kekuatan dalam diri ini untuk sentiasa ingat satu perkara bila nak buat sesuatu "Benda ni Allah redho tak?" Dan MasyaAllah. Rasa lebih kuat untuk melawan jahiliyah tettttt. Rasa macam inilah yang aku nak dalam diri ni. Sungguh takut senanya jika ISK yang saya dok nanges bagai nak rak ni hanya sekadar program air mata. Wallahi. Tapi  insan. Mana mungkin selama-lamanya kuat. tapi saya tahu, dan perlu sedar bila rasa diri kelaut kena cepat cepat ngadu dekat mereka mereka yang mampu mentarbiah diri ni. Ukhti ukhti yang ada. Biar saya seronok bercinta dengan mereka mereka yg cintakan Allah supaya cinta saya pada Allah juga sama hebat macam mereka. Dan sangat berharap Allah sentiasa menjaga hati ini dari melakukan perkara perkara yang Allah tak suka. Biarpun saya tak kuat untuk melawan, tapi jiwa seorang pejuang mana boleh menyerah begitu shj. Jika rentap boleh cakap "agi idup agi ngelaban" me?

"He'll ease everything for me when I rely only to HIM. And from HIM comes all the strength I need. And surely. Allah will send 'insan insan tertentu' to help me to carry on with this. This is what so called JIHAD. insyaAllah"

Dari dulu, Allah dah bagi saya kelebihan, nikmat yang masyaAllah. Memang tak dapat nak beli galaxy note dengan nikmat ini, tapi dengan nikmat ini mampu buat saya jadi insan bahagia. Diberi sahabat yang sentiasa mengingatkan diri yg sering kelaut ini since SSP>KMKN>and now RCMP. Allahu. Diberi pendedahan untuk terlibat dalam bidang conference riang ni bukan baru. Siap dulu kat SSP jd exco usrah lagi. heee. Tapi sekarang, saya macam kura kura yang patah kakinya. Insan insan yang dulunya setara je dengan saya umpama kuda berlari kencang dah skrg. sobbbsobbbbss. Tapi tak apa. Allah lebih tahu terbaik untuk hambanya.

Akhir kalam. Dalam saya dok cerita macam nenek dr atas sana tu sebenarnya nak share keindahan ISK yang dulu dulu sy sendiri sangat malas untuk pergi. seriously dan benar orang cakap. Kita ni bila terdetik sesuatu yang baik, terdetik nak join perkara perkara baik. Toksah pikir panjang. Dulu saya cuna libatkan diri pergi sana sini. Nak dapat ilmu supaya setiap hari saya mampu ubah diri ni ke arah baik. Tapi still jahiliyah tettt itu tak mampu sy nak buang. Kerana mungkin belum masanya. Ataupun hidayah yg datang tu sy pandang sebelah mata. Tapi. Mana tahu kalau kalau program yg kita rasa 'memang malas cukup untuk pergi' inilah menjadi titik perubahan untuk diri kita. I mean. Untuk benda yang kita nak sangat ubah. Dan mungkin juga kita tak dapat nak ubah apa apa pun tapi sekurang kurangnya ilmu yang kita dapat mana tahu kot kot satu hari nanti mai ketuk balik kan pintu hati tu. Kita tak tahu Allah saja yang tahu. Jadi berusahalah. Kerana kita tak mengetahui. Dan mati itu pasti. Jika hendak pergi meninggalkan dunia ini, takyah tiru harimau yang tinggalkan belang dia, takyah tiru manusia yang tinggalkan nama dia tapi tinggalkanlah dunia sebagai seorang superhero, sebenar benar hamba, khalifah yang sebenarnya merupakan tujuan asal penciptaan manusia:) *bercakap depan cermin. You know what I mean* (pantun dua kerat)

LBNL, *mesti dalam hati, aishhh tak abes lg nenek ni*

Terima kasih semua ukhti,sisters yg osem. Yup. Allah yang mengetuk hati ni. Kalau Allah tak izinkan tak mungkin dapat cari apa yang saya nak sgt cari. Perkara yg saya nak cari tu tak mampu  nak ditulis, mahupun dibuat puisi kerana subjektifnya perasaan itu.


Yang baik itu tentu shj dari Allah. Dan yang tak baik itu pasti dari kelemahan saya sendiri. Mungkin kerana dosa dosa yang sy pandang remeh sampai menjadi hijab untuk menyampaikan apa yg saya rasa. Bukan niat nak tunjuk apa yg saya rasa, cumanya mahu berkongsi peluang ini dan perkara baik yang saya kira tak salah untuk kita ambil tahu. Sesungguhnya Allah juga paling sempurna dan tak pernah mengecewakan hambanya. Sekira kita mengetahui.


saya harap mampu menjadi anak ayam dan menjadi penyumbang kepada sunnatullah Allah. Islam pasti menang. Amiin.






Ya Allah, please let me stay on this path.The path that not many would have chosen.

Pray for me as well, will you?

*sambil buat muka comel dan serious*

p/s: saya memang boleh membebel macam nenek pasal ISK yg sememangnya mengkeewriousskan  tapi sebenar benar perasaan tu saya dan Allah sahaja yang tahu. Jadi kalau  nak rasa jgk, cer cuba sendiri. InsyaAllah. Sama sama kita rasa. Carilah apa yang kita nak cari tu sampai jumpa. baru boleh perasan jd superhero.hihi. okay bye. serious bye. semuga Allah redho:)


-wallahu'alam-

INI SUMPAH KEWRIUS!


Perkongsian (salintampal daripada blog http://sevenneedles.blogspot.com/2012/10/isk3.html)
...........................................................................................................


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, tak tergambar kesyukuran yang harus dipanjatkan kepada Dia. Dia yang memilih aku untuk mengenal Dia dan diri sendiri dengan lebih lagi. Allahu. Nikmat apakah yang lebih besar, daripada nikmat mengenal dan mengetahui tujuan penciptaan diri sendiri?

Subhanallah. Terasa dalamnya cinta dan sayang Allah.



Ini Sejarah Kita.

Ya, aku ambil keputusan untuk pergi juga daurah ini lagi sekali. Sebab yang aku pergi sebelum ni, masa form 3 dekat sekolah dulu, yang diwajibkan kepada semua bakal nuqaba’ waktu tu. Aku rasa ingatan dan kesedaran aku dah berkarat, di samping kematangan otak aku yang tak seberapa waktu tu, jadi mungkin kurang menyerap.

Dan, terima kasih Allah sebab pilih aku!!! (rasa macam nak buat tanda seru satu perenggan. eh)



“barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu,
Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga
(Bukhari)

Allahu.





‘KITA’

Lebih separuh daurah, kakak-kakak duk tekankan pasal frasa ‘kita’ je berbanding ‘sejarah’. Sebab persoalan siapa ‘kita’ lebih penting berbanding frasa ‘sejarah’. Tanpa cukup kenal ‘kita’, mengkaji sejarah tak ubah seperti membaca sebuah lagi buku cerita. semua itu hanya akan menjadi cerita ‘mereka’.

1.Siapa kita.

Ok, kalau tanya satu perkataan ‘siapa awak?’

Apa jawapan?
Nama sendiri? Manusia? Student? Pekerja? Anak? Penjual pisang goreng?

Saya tanya anda,
Option jawapan ‘seorang muslim’ itu berada pada nombor berapa?

Sedarkah ‘kita’ ini yang sebenarnya merupakan seorang muslim. Lebih, lebih dari segala-galanya. Kalau kita sebenarnya seorang manusia, tentulah hidup kita ini mainly adalah untuk makan, minum, mandi, bermain, bekerja, tidur dan penuhi fungsi manusia sahaja. Kalau kita sebenarnya seorang pelajar, tentulah segala kudrat dan kekuatan untuk belaaaaaajar semata-mata. Dan kalau kita ini seorang penjual goreng pisang, eloklah hidup goreng pisang semata-mata pagi petang siang malam.


pastinya Google

Tapi, tujuan kita diciptakan untuk apa?

2.Tujuan kita

“dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” (51:56)

Ya, fungsi dan sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi abid. Hamba kepada dia. Maknanya semua yang kita buat ni, adalah semata-mata untuk memenuhi arah tuan kita. Everything. Everything that we do is to please Him. More than anything.

Terkesan dengan sharing sorang kakak ni,
Dia kata bila sebut ibadah, bukan takat syahadah, solat, puasa, zakat haji lalala. Tapi seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Kalau pergi kelas anatomy *sesungguhnya beliau merupakan student medic* ke hape ke mesti prepare dulu, datang awal. Tapi bila kelas medic and society sambil lewa je, datang lambat, jadi ibadah ke?

Dush. Kena satu das. Bila nak gi kelas material balance ke, bio ke cuak-cuak sungguh-sungguh. Tapi kelas IELTS, lepak gaya itik pulang petang buat muka bosan malah suka berangan dalam kelas tak pun main minesweeper*astaghfirullahalazim :(

itik pulang petang dr Pakcik Google lagi

Betul, bila kita buat semua benda kerana ibadah. Setiap inci perbuatan kita akan menjadi yang terbaik dan almost perfect!


“Dia berkata ‘sesungguhnya aku menjadikan di bumi seorang khalifah” (2:30)

k.wani kata ramai orang concern tujuan penciptaan mereka untuk beribadah sahaja, tapi ramai lupa tentang satu lagi tugas kita, menjadi khalifah. Yang menjadi pemimpin, dan memakmurkan muka bumi. Membuatkan semua orang patuh kepada perintah Allah.

Allah cakap pasal semua manusia yang ingin Dia ciptakan. Manusia. Tiada pengecualian hanya manusia yang mengambil syariah atau mengajar subjek pendidikan islam atau belajar di sekolah agama atau masuk usrah atau apa apa sahaja.But all human as a whole!


Menjadi abid, dan khalifah.  Bukan suruhan atau galakan atau perkara harus cikai-cikai sahaja. Ini adalah agenda terbesar penciptaan di sebalik manusia! Ini tugas dan fungsi keberadaan kita di atas muka bumi ini!

Dan ini juga langsung tidak bermaksud. Kita mesti dok ngaji agama, dengar kuliah, attend usrah daurah semata-mata. Keluarga, study, kerja hanyalah dunia dan material semata-mata. Nyah! Tentulah tidak begitu. Seorang muslim kah apabila homework tak siap dan belajarnya sipi-sipi cukup-cukup makan sahaja? Seorang muslimkah apabila bersepah serabai biliknya? Seorang muslimkah apabila tak pedulikan ibu bapanya? sobsob

Tapi,
“muslimkah bila tengah study, azan, tunggu nak siapkan homework dulu”
“muslimkah bila sebab kerja, sanggup buka tudung”

Kita bukan pelajar muslim,
Kita muslim yang belajar.

Then only we’ll see everything- our study, our wealth and desires, our relationships- from the view of a muslim; a servant and a caliph of Allah.


Dan bila kita benar-benar sedar tujuan dan matlamat sebenar kita di atas muka bumi ini, kita tak akan terganggu dan rasa down oleh perkara-perkara kecil dan remeh - Result tak seperti dijangka, kawan tak nak teman gi toilet, kucing hilang, tudung tak cukup tajam..

Contohlah, anda pergi satu farm sebab nak petik buah strawberry, tiba-tiba anda nampak semua pokok limau layu diserang ulat dan serangga. Adakah anda akan kecewa dan sedih? Buat apa nak sedih? Kita nak petik buah strawberry, bukan limau!

Ya, bila kita nampak tujuan dan objektif sebenar hidup kita, dada akan menjadi lapang selapang-lapangnya, jiwa akan menjadi besar sebesar-besarnya.

Nothing except His anger will put us down!


3. logam

“manusia itu seperti logam. Hebatnya dia ketika jahiliah, begitulah hebatnya ketika Islam. Jika dia ‘faham’”

Logam pada Umar
Semua kenal dengan sesusuk peribadi ini. Yang pada masa jahiliahnya merupakan sebengis-bengis manusia. Yang bahasanya cuma hunusan pedang. Yang suaranya takkan ada tentangan. Digeruni kawan dan lawan.

Hingga baginda rasulullah pun mendoakan keislaman beliau!

Dan, lihat tak bagaimana logam itu berkilau tatkala beliau menganut Islam? Yang dia akhirnya menjadi benteng dan kekuatan ampuh bagi Islam. Yang dia akhirnya menjadi setegas-tegas manusia mempertahankan Islam, yang syaitan menggigil ketakutan melihat wajahnya, tak berani bertembung jalan dengannya. Yang menjadi sang al-Faruq; pemisah haq dan batil!


Logam- ia boleh dilentur, kuat, sukar ditemui, tak mudah pudar, harga tak mudah turun. Dan pada diri setiap manusia punya logam tersendiri. Dan logam ini lah yang harus digunakan untuk melaksanakan 2 tugas besar kita itu.

Bukan untuk menjadi khalifah, wajib pandai bercakap sahaja. Tidak, lain orang lain logamnya.


1- ada sorang akhawat ni, dulu dia suka dengar lagu, compose lagu. sekarang, dia yang tolong rentakkan hadith jadi lagu supaya kitorang senang hafal. :')

2-
“akak, jenis semangat. Dulu, masa akak couple, akak semangat sangat. Akak cerita kat semua orang akak couple. Tapi bila akak sedar je dan faham semua ni, akak betul-betul semangat, akak tinggalkan semua tu, akak ubah diri akak dan pegang betul-betul apa yang akak dapat dalam diri akak”

3- Kisah ini saya dengar dari senior saya. Tapi ampun sangat saya tak ingat perfect detail. Tapi ada seorang lelaki kristian ni, dia seorang photographer.bila beliau terima hidayah, beliau pergi ke palestin dan tangkap gambar mangsa-mangsa dan pelarian di palestin. Dan gambar-gambar beliau akhirnya membuka mata dunia akan kesengsaraan dan penderitaan umat di sana yang sebelum itu didiamkan oleh para zionis-yang mencipta imej pengganas pada wajah umat Islam di sana. Dan akhirnya beliau menjadi top 10 manusia yang di-target dan di-blacklist oleh para zionis.

Subhanallah. Itu logam mereka.

Anda? Suka conteng dinding? Suka berfesyen? Suka shopping? Suka bisnes? Suka bergayut? Mulut potpet?

Semua itu akan menjadi sehebat-hebat logam yang berkilau dan menyinar!

Tapi?

“....jika dia ‘faham’”

4. faham

Apa sebenarnya kefahaman yang baginda maksudkan itu?

“jika Allah berkehendakkan kebaikan bagi seseorang,
Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama

 Ya, kefahaman dalam agama.

Apa? Masa spm dulu anda tak belajar pendidikan Qur’an Sunnah? Pendidikan Syari’ah Islamiah pun sama? Ceh. Terlebih gimik.

Tentulah bukan Islam pada subjek-subjek dan teori-teori yang dimaksudkan. Bahkan boleh jadi orang yang mengambil kursus syari’ah pun belum dapat ‘kefahaman’ yang dimaksudkan.

Kefahaman dalam agama yang dimaksudkan ialah. Kefahaman yang sebenar, dari segi aqidah, ibadah dan akhlak.Bahkan subjek-subjek di atas hanyalah cabang-cabang kecil daripada kefahaman sebenar ini.

Ya, faham yang benar-benar faham apa hadaf dan matlamat kita. Keyakinan yang sebenar dan benar-benar rasa tentang kewujudan Allah dan keberadaan dia dalam setiap titis jerih peluh perjuangan kita untuk dia. Kemanisan itu. Hurm, bagaimana ya saya mahu explain?

Macam contohnya belajar pasal menstruation cycle.
Bila lelaki belajar, mereka sekadar tahu dan belajar teori.
Tapi perempuan belajar, mereka benar-benar faham, kerana mereka alami sendiri.
Kehkeh obviously ni contoh yang k.dalila sendiri bagi

Contoh lain juga adalah seperti membaca buku teks material balance
Pasti kita blur-blur sahaja takde perasaan
Tapi kalau baca novel? Orang tengah perang, rasa berdebar sekali. Hero mati sama-sama syahdu sekali menitis-nitis air mata. Eh?

Ya, itulah beza memahami dengan otak dan memahami dengan hati.


Dan, hanya dengan kefahaman dari hati ini. Logam anda dapat digilap, diasah, ditempa menjadi sebuah logam yang hebat! Kata k.dalila, kalau kita betul-betul faham, Kita tak akan pilih-pilih. kita tak akan ambil islam separuh-separuh. Kita akan celup diri kita sepenuhnya dengan celupan Allah!

Hanya dengan itu, contengan kita bisa menjadi karya yang membuka mata-mata manusia, fesyen kita mampu mewarnakan dunia fesyen dengan lakaran Islam, gila-gila kita menjadi solekan yang memikat hati-hati mad’u,  leteran kita menjadi siraman yang menyegarkan jiwa-jiwa lesu.

Apa sahaja potensi, kebolehan, kemampuan, apa sahaja, semuanya... menjadi logam hebat, alat untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah dan hamba dia.


k.dalila kata lagi kena cari dan korek logam dalam diri. Ambil masa, fikir, dan cari. Kalau tak jumpa juga, tanya kawan, apa logam kamu.

“kalau tak jumpa logam dalam diri,
Takkan dapat pecut keluar”


5. sains tulen vs sains sosial.

Okay ini pula cerita otak kiri dan otak kanan. Secara generalnya otak kanan melibatkan linear thinking;  membabitkan maths, science, bahasa, lists, logik. Manakala otak kiri melibatkan holistic thinking: seperti politik, law, creative thinking lalala.. sains sosial la senang cerita.

Kita selalu kejar nak menceburi sains tulen. Nak jadi doktor, engineer, lalala. Tapi siapa lebih besar kuasa dan pengaruhnya terhadap manusia? Mana yang kita lebih kenal, engineer atau bapak perdana menteri? Doktor sakit puan atau retis-retis?

Orang sains sosial, mereka deal dengan manusia. Sains tulen pula bergelumang dengan nombor, tulisan, mesin, bakteria.

kita harus jadi manusia sains tulen yang berfikiran sains sosial.




‘SEJARAH’

#1 pada zaman permulaan dakwah di Makkah. Rasulullah berdakwah secara sulit 3 tahun dan terbuka 10 tahun. Sepanjang tempoh itu baginda hanya fokus pada aqidah. Jumlah Islam selepas 13 tahun itu hanyalah 300. 300 orang ini adalah core group atau qaedah sulbah yang menerima tarbiah direct dari baginda.

#2 fasa madinah bermula selepas menerima perintah hijrah daripada Allah. Di madinah lah bermula daulah islamiah.Mula turun perintah2 untuk ibadah – solat, zakat, jihad etc dan menyaksikan siri-siri peperangan. Di madinah selama 10 tahun.

#3 kaum kafir melanggar perjanjian Hudaibiyah – membawa kepada fathul makkah. Waktu itulah kelihatan kekuasaan Islam, maka berbondong-bondonglah manusia memeluk Islam. Tapi takkan sama 124 000 itu dengan 300 yang menerima Islam di tengah2 pelbagai tentangan.

#4 setelah kewafatan Rasulullah, legasi baginda diteruskan oleh khulafa’ Rasyidin. Ketika inilah bermula perluasan kuasa. Setiap khalifah memeliki fokus tertentu eg khalifah Abu Bakr memerangi golongan murtad, enggan membayar zakat & nabi palsu etc etc etc.

#5 era pemerintahan bani umaiyah bermula. Sistem monarki diguna pakai. Perluasan wilayah hingga ke Andalusia (sepanyol) di bawah Thariq ibn Ziyad. Pemerintahan Umar abdul Aziz menyaksikan Islam makmur semakmur-makmurnya.

#6 era Abbasiyah.
“wahai awan, ke mana pun engkau pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku”
Jawatan Khalifah kembali dianggap sebagai amanah dari Allah. Zaman kegemilangan pada masa khalifah Harun ar-Rasyid dan anaknya, al-makmun menyaksikan ‘hampir-kesempurnaan’. Seluruh kekayaan disalurkan untuk kebajikan sosial dan negara. Khalifah harun yang sangat cintakan ilmu sejak kecil turut mempengaruhi hebatnya peningkatan intelektual zaman itu. Perpustakaan terbesar (darulhikmah) dibina. Manusia terkaya bukan businessman tetapi penterjemah buku. Buku-buku dari tamadun lain diterjemah. Disiplin ilmu yang baru dicipta. Al-khawarizmi, al-farazi, al-kindi, ibn thufail. Fizik, perubatan, seni bina, muzik, falsafah, ilmu kalam dan banyak lagi - Para intelektual bagi hampir semua bidang ilmu muncul. Waktu ini, merupakan Golden Age islam. Bani abbasiyah menguasai 2/3 dunia dan menjadi ustaziyatul alam = world order! Bagaimana kita melihat AS dan Israel hari ini, begitulah barat melihat Islam waktu itu!

#7 serangan daripada suatu bangsa tanpa tamadun, kasar, tidak berperikemanusiaan, biadap, busuk – bernamaMonggol ­– telah menjatuhkan ketamadunan Islam dalam sekelip mata. tiada satu pun kawasan yang mereka lalui kecuali wanita diperkosa, semua yang ada dipancung, harta dirampas, sungai menjadi darah. Orang-orang terpenting dikumpulkan dan dipancung kesemuanya, dan raja dibunuh dengan cara yang kejam.

#8 tamadun Islam kembali naik dengan pembebasan kota Constantinople oleh al-Fateh dari kerajan Turki Uthmaniyah. Waktu ini, eropah sedang melalui Renaissance setelah mencontohi kegemilangan Islam di zaman Abbasiyah. Mereka melancarkan perang salib. Penaklukan kembali baitul maqdis oleh mereka telah dirampas semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.

#9 sistem khilafah runtuh hingga angka ‘kosong’-ibarat luka umat yang pedih. Setelah pengkhianatan oleh Mustafa Kamal Attartuk. Lelaki yang mempelajari Islam untuk menghancurkan Islam. Create scene mengalahkan tentera British dan kemudian dianggap hero, diangkat menjadi raja. Ubah semua sistem dan dasar – azan diterjemah ke bahasa turki, uniform skirt, kalendar hijrah diubah ke kalendar masihi, dan melenyapkan sistem khilafah yang abad-berabad menjadi kekuatan umat Islam.









Hari ini kita telah kehilangan ustaziyatul alam itu. Juga daulah islamiyah yang bermula di era madinah. Kita sudah kembali ke fasa Makkah. Islam kelihatan naive, dianggap asing, Jahiliyah sangat berleluasa. Sunnatullah pasti terjadi, Islam pasti akan sampai ke puncak kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu. Tetapi sunnatullah itu hanya akan terjadi, apabila umat Islam kembali mengenal siapa dan tujuan diri mereka, mengasah logam dan memancung jahiliah. persoalannya, 


Adakah kita ingin menjadi antara 300 orang yang bersama baginda di tengah-tengah penentangan hebat itu, atau cuma bahagian dari 124 ribu yang berbondong-bondong memeluk Islam hanya setelah gerun akan gahnya Islam?

Bezanya engkau dan mereka.


Akhawat Filllah,

Sekadar renungan untuk aktivis dakwah

Di kala batalion dakwah sedang bertungkus lumus melaksanakan shahadatul haq dan program dakwah,
Jangan pula kita hanya menjadi penonton kepada realiti ummah.
Masihkah kita tidak sedar bezanya pelaksana dakwah dan pemikir dakwah?

Pelaksana dakwah hanyalah mereka yang hanya memerhati dan memerhati.
Hanya menanti kerja menjemput mereka. 
Hanya menunggu kerja turun dari langit dan jatuh ke riba.
Oh, mudahnya hidup jika begitu. 

Tatkala tentera syuhada lain sedang berhempas pulas melaksanakan tugas, mereka hanya bersorak, bertepuk tangan di barisan belakang. Kononnya memberi sokongan. 
Sesekali “meng” like dan menyaringkan suara “ Eh, kalau ada apa-apa kerja, bagitaulah.”

Ahhh.. jika dahulu kita berkelakuan begitu, mungkin masih boleh diterima.
Tetapi di saat ini, tatkala pelbagai daurah, taujihat dan amaran telah dihenyakkan,
masihkah tiada perasaan malu jika penggerak Ad Din berperwatakan sebegitu?
Tidak proaktif! 
Muntij zero!
Sungguh! kami tidak perlukan sorakan kosong!
Yang kami perlukan adalah kudratmu! Tenagamu! Ideamu yang tidak kering dan bermusim! 



Jadi, bagaimana pula dengan pemikir dakwah?

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Merekalah kader yang sentiasa berfikir. 
Dalam fikir mereka, ada zikir.
Dalam duduk, dalam baring, dalam berjalan, dalam berlari mereka,
Ada fikir. Ada zikir. 

Ya, mereka bukan daie bermusim.
Mereka bukan penagih kerja semata-mata, 
Merekalah Ulul Albab!
Merekalah yang mencipta kerja!
Mereka memerhati dan mencetus idea dan gerakan!
Tanpa perlu disebat punggungnya dengan cemeti,
Mereka lah kuda dakwah berlari laju di medan. 
Tidak gentar! Tidak bacul! Tidak pengecut!

Kerana Ilah mereka adalah Allah.
Bukan study! bukan assignment menggunung! bukan kenduri kendara! Bukan kerjaya !bukan cuti sakan dengan family semata! bukan sibuknya nak jumpa nenek sedara, ipar duai, tunang bagai!
Kerana semua itu hanyalah alat! Bukan matlamat!

Aduhai..di mana janji-janji kita? 
Di mana sumpah rabitah kita?
Jikalau belum bekerjaya pun sudah lari daripada medan,
Bagaimana nanti apabila sudah sibuk dengan on call bagai, suami isteri, anak pinak?
Di mana letaknya nanti dakwah dan tarbiyyah di hati mu?

Golongan mana yang engkau mahu pilih?
Adakah mahu menjadi sahabat kepada As Sabiqunal awwalun,
Yang yakinnya pada As Syahadah menggunung tinggi.
Atau sekadar serpihan umat pasca Fathu Makkah?
Yang hanya mengucap syahadah setelah kecutnya jiwa melihat berbondong-bondong manusia tunduk kepada Islam?

Adakah engkau mahu berdiri di belakang saff Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali?
Yang tegar mempertahankan Islam tanpa bermusim,
Atau hanya sekadar mahu menjadi seperti Abu sufyan yang bagaikan menjilat ludah sendiri,
Yang hanya menumpang megah setelah Islam menjadi gah!
Walhal ketika Islam perlukan kau, kau lari mencicit meninggalkan medan perang!
Ahh, sungguh memalukan!

Jalan ini sememangnya sumpah panjang.
Dan gerabak kereta api yang melaluinya juga tidak pernah berhenti bergerak.
Ia bergerak maju bersama deruan dakwah.
Ia tidak sedikit pun menunggu kita.
Atau berasa terkilan jika kita keluar melompat daripada perutnya.
Kerana sudah tertulis bahawa, setiap zaman dan ketika, pasti ada jiwa yang akan mewarisi legasi dakwah ini.

Kalaupun ada jiwa yang gugur lantaran futur,
Sedikit pun tidak merugikan dakwah.
Kerana sudah menjadi sunnatullah,
Bahawa dakwah tidak pernah akan rugi.
Ya! Tidak pernah!
Yang rugi adalah kita yang meninggalkannya!
Ya! Aku, engkau, dia dan mereka yang meninggalkannya!

Takbir!

3 oct
RI Firdausi.

Kerana itu, biarkan aku pergi.


United Kingdom.
Musim luruh ,2009.
“Kak.. ” Saya menyeka air mata. Kerongkong dirasakan terlalu perit.
“Kalau boleh, kita tak nak akak pergi. Kita tak bersedia. Kita tak kuat lagi kak,” sedu sedan semakin kuat. Pelukan semakin kejap. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi.
Petang itu, di luarnya sungguh nyaman. Angin musim luruh sesekali bergeser dengan tingkap kaca di bumbung kamar saya. Sayang, angin nyaman itu langsung tidak mampu menenangkan jiwa saya. Sungguh, ketika itu, dada dirasakan berombak kencang. Menghancurkan jiwa saya tanpa belas.
Perlahan lahan, dia meleraikan dakapan kami. Wajah lembut itu tersenyum tenang. Tangannya mengusap-usap tubuh saya, aman. Seperti biasa, dia akan membuai saya dengan barisan kata hikmah yang terlalu membelai jiwa. Jiwa saya basah dengan azimat ungkapannya.

Bukan sedikit air mata yang jatuh ketika perginya seorang murobbi.
“Janganlah macam ni. Allah ciptakan pertemuan, maka sudah pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan kita, bukan perpisahan biasa-biasa. Perpisahan ini adalah perpisahan luar biasa.  Perpisahan yang bakal menyaksikan kebangkitan seorang daie kecil menjadi singa agama Allah.  Perpisahan ini yang akan mengajar erti kemandirian dan survival. Awak kena ingat, kita tak selamanya akan bersama dengan orang yang kita harapkan. Satu hari nanti, kita akan ditinggalkan. Ditinggalkan bukan kerana benci. Bukan kerana jemu. Bukan kerana bosan. Tapi ditinggalkan kerana sayang. Kerana percaya. Kerana yakin. Bahawa anak didiknya ini akan membesar dan mendewasa dengan hebat. Murobbinya akan aman meninggalkannya. Kerana dia tahu, Allah pasti akan menjaganya,”.
Allah…empangan air mata saya pecah lagi. Kali ini, bukan sedikit. Saya terlalu sebak. Tempoh masa untuk dia kembali pulang ke tanah air tinggal beberapa hari lagi berbaki.
Itulah dia. Murobbiah pertama saya. Dengan izin Allah, dia yang membawa saya mengenali cinta pada tarbiyyah.
Dia tidak pernah gagal menanamkan benih keyakinan dalam diri saya. Walau sebanyak mana kegagalan yang saya tempuhi, dia tidak pernah meninggalkan saya.
Ya dialah murobbiah saya.
Yang terlalu banyak bersabar dengan saya.
Namanya tidak pernah lenyap daripada bibir saya, walau di mana pun saya tercampak.
Ya, ke mana pun bumi Allah ini, saya jejaki, saya pasti membawa semangatnya bersama.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ahh..Saya terlalu kerap bermain dengan kenangan. Saya sedar, setiap kali saya menulis, saya seolah-olah terperangkap dengan babak-babak hidup yang  lalu.
Ya, saya tidak mampu untuk melupakan saat cinta pertama saya dalam lapangan tarbiyyah ini. Terkadang saya merasakan, saya masih hidup dalam masa lampau. Saya terlalu rindukan suasana itu. Tetapi, sampai bila harus saya menangisi kerinduan itu? Sedangkan terlalu banyak lagi tanggugjawab yang masih belum terlaksana.
Syukur alhamdulillah, hari ini saya punyai keluarga tarbiyyah yang amat saya cintai. Bermula dengan usaha yang kecil dan jerih payah yang tidak sedikit pada sekitar awal 2010 , saya mula menuai bibit-bibit kebahagiaanya. Namun, mahligai cinta tarbiyyah ini bukan usaha seorang dua, ia adalah usaha kolektif yang pada mata kasarnya kerdil, tetapi besar pada jiwa dan rohnya.


Adakah sekering ini hatiku?
Ketika ini, sejujurnya saya tidak punya apa. Karung bekalan saya sejujurnya semakin menipis. Saya tidak lagi diisi dengan taujih-taujih hebat lagi menggegarkan jiwa sepertimana yang pernah saya dapat di bumi Inggeris dahulu. Bagaimanakah mampu saya menakhodai bahtera dakwah dan tarbiyyah dengan persiapan yang dhaif sebegini?
Semakin hari, saya menjadi semakin kerdil dan rendah diri pada sahabat akhawat saya yang masih basah dengan taujih makanan jiwa Daie di bumi seberang sana. Sedangkan saya, dengan jiwa yang kering ini perlu memasakkan binaan tarbiyyah dan mencetak kader dakwah.
Ketika inilah, saya mencipta dunia sendiri. Saya melakar imaginasi seolah-olah saya masih hidup dalam kerancakan dakwah dan tarbiyah yang lalu. Saya mencoret potret muwajjih dan murobbi yang pernah mendidik diri ini dalam kotak minda. Saya mencipta alunan gegak gempita suara murobbi yang melaungkan seruan jihad di gegendang telinga ini. Saya membayangkan keseriusan wajah akhawat penggerak bersyura,  baik secara on line mahu pun perjumpaan bertemu lutut.  Saat kental saya dan akhawat membelah awan ke bumi Ireland semata-mata untuk syuro Kem Perhimpunan Musim Sejuk yang berdurasi lebih pendek daripada tempoh perjalanan dari UK benar-benar membakar jiwa.
Sanggup berkorban apa sahaja.
Ya, sesungguhnya saya hidup dalam kenangan silam. Sedih bukan? Bekalan saya “membesarkan” anak-anak tarbiyyah saya kebanyakkannya bersandar pada kepekatan tarbiyyah silam. Dengan pengetahuan dakwah yang sedikit dan kesegaran tarbiyyah yang dicedok daripada memori lepas, itulah sahaja yang mampu saya berikan.
Maafkan ku wahai anak-anak tarbiyyahku!
Sungguh! Diriku tak punya apa.
Kering kontang, tak bermaya.
Sedangkan kalian perlukan sentuhan murobbi yang lebih segar!
Yang lebih basah.
Mungkin juga, kalian perlukan pengganti.
Ya pengganti yang lebih layak!
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Mereka bukan bangsa “pemaksa”.
Jujurnya dahulu, pada awal penglibatan saya dalam gerakan dakwah, saya bukanlah daripada golongan “thiqoh” dan patuh. Terkadang, ada juga degil dan derhakanya saya. Astaghfirullahalzim, bagaikan membuka aib sendiri rasanya. Tetapi inilah babak-babak kehidupan yang perlu saya kongsikan. Agar ia menjadi pelajaran kepada kader di luar sana.
Tetapi ketahuilah akhawatku, ada ubi ada batas, ada hari, pasti akan dibalas.
Pernahkah kalian terdengar kata-kata, “jika dahulu kita degil dan tidak thiqoh pada murobbi, percayalah satu hari nanti, kita akan diperlakukan perkara yang sama oleh mutarobbi kita”.
Namun, sifir ini tidak semestinya berlaku. Ada juga murobbi yang pada rekod tarbiyyahnya bersih, diuji dengan anak mutarobbi yang “adventurous”.
Namun, itulah roda kehidupan.
Menguji dan diuji.
Ketahuilah jika kalian merasakan sukarnya diri sendiri untuk ditarbiyyah, sebenarnya sejuta kali lebih susah untuk mentarbiyyah manusia.
Terkadang, murobbi “terpaksa” untuk “memaksa” kalian untuk konsisten usrah.
Mereka “terpaksa” untuk “memaksa” kalian hadiri daurah.
Mereka “terpaksa” untuk “memaksa” kalian penuhi syuro, liqo, iftar, qiyam dan jaulah.

adik: Akak, jangan paksa boleh tak?
akak: Boleh, bila kamu boleh buktikan kamu mampu melawan “paksaan” syaitan.
Kalian kira, adakah murobbi adalah spesies yang suka memaksa?
Kalian kira, adakah jiwa murobbi tenang untuk memaksa jiwa manusia?
Kalian kira, adakah murobbi tiada kerja dan tanggungjawab lain untuk ditunaikan selain menebalkan muka menghabiskan kredit, pesan di FB, jumpa face to face di bilik semata-mata memujuk kalian hadiri program pembangunan jiwa?
Siapa sebenarnya kedudukan kalian di sisi murobbi?
Adik kandung? Anak saudara seibu seayah? Sepupu sedarah sedaging?
Adakah semasa ibu ayah kalian mendaftarkan kalian di IPT masing-masing, mereka membayar upah kepada murobbi kalian untuk mentarbiyah kalian?
Tidak! Sekali kali tidak!
Jadi, mengapa para murobbi itu terus tegar “mengejar” kalian walaupun sudah banyak air mata yang tumpah, keringat yang mengalir dan hati yang terhiris?
Pertanyaan retoris ini sebenarnya perlu ditujukan kepada saya yang menulis. Kerana tangan yang menulis ini lebih berat pertanggungjawabannya berbanding mata kalian yang membaca.
Ya, saya memang banyak bersalah kepada barisan generasi murobbiah saya yang terdahulu. Entah berapa banyak arahan yang telah diingkari. Jadi, jika saya diuji dengan mutarobbi yang “adventurous”, saya sesungguhnya tidak layak untuk mengeluh dan merungut.
Maafkanku wahai barisan murobbi. Baru aku tahu bukan mudah mentarbiyyah jiwa manusia. Jika pipiku pernah basah kerana menangisi kegagalanku membimbing mereka. Engkau apatah lagi, mungkin sahaja setiap malam, berendam dalam air mata. Menyesali tindak tandukku yang besar kepala.
Allah..Allah..Allah..
………………………………………………………………………………………………………………………………..

Jangan berada di atas terlalu lama. Nanti orang benci.


Saya masih ingat, suatu hari saya sedang meneliti dada akhbar. Biasalah, kalau tiada kisah politik, memang tidak sah. Saya terpandang kata-kata mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir yang ditujukan kepada saingan politiknya, Tuan Guru Nik Aziz. Ia berbunyi ; ” Kita tak boleh berada di atas terlalu lama. Nanti, orang naik muak, naik jelak”.

Tiba-tiba ada khatiroh (lintasan hati) mengetuk.
Dalam politik, mungkin apa yang dikatakan oleh beliau itu ada benarnya. Namun, ia bertepatan dengan tarbiyyah.
Mengapa?
Kerana sudah menjadi lumrah, suatu hari nanti, Sang Murobbi akan pergi meninggalkan mutarobbinya.
Namun, cantiknya sunnahtullah itu apabila pemergian murobbi bukan semata-mata bersandarkan sebab-sebab fizikal seperti terpaksa berhijrah, habis belajar dan sebagainya.
Apatah lagi, kalau sang murobbi meninggalkan mutarobbinya kerana takut mereka merasa muak atau jelak.
Ditinggalkan bukan kerana benci.
Bukan kerana jemu.
Bukan kerana bosan.
Tapi ditinggalkan  kerana yakin.
Yakin bahawa anak didiknya ini akan membesar dan mendewasa dengan hebat.
Murobbinya akan aman meninggalkannya. Kerana dia tahu, Allah pasti akan menjaganya,”.
…………………………………………………………………………………………………….
Kerana sudah tiba masanya.
Dahulu, saya melihat perpisahan hanyalah kata lawan/ antonim kepada sebuah pertemuan.
Namun, pengalaman hidup banyak mengubah sudut pandangan hati. Setelah melalui pelbagai siri perpisahan dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, saya menemukan satu lagi ibrah. Jika dulu, perpisahan itu adalah sifir mudah kepada pertemuan. Jika ada perpisahan, mestilah ada pertemuan kan? . Tetapi,  tarbiyyah banyak mengajar saya berfikir dari konteks berbeza. Ibrah perpisahan kali ini membawa saya kepada kepada dimensi dakwah yang baru.
Saya meneliti putaran masa yang telah berlalu. Saban tahun, saya bertukar naqibah dan murobbi. Malah, saya juga telah bertukar daerah tarbiyyah. Begitu banyak perubahan yang berlaku. Saya masih ingat, murobbi saya pernah berkata,
“perubahan itu adalah norma dalam tarbiyyah. Berubah amal, berubah semangat, malah berubah murobbiah juga salah satu proses pembaikan”.
Berubah murobbiah juga adalah proses pembaikan? Mana mungkin! Saya sudah pun mempunya murobbi yang terbaik, yang paling penyabar, yang paling lembut, yang paling mengambil berat. Apa lagi yang saya mahu? Mengapa pula saya mahu mengubah hakikat itu?
Jiwa saya membentak.
Tidak! Kita tidak selamanya hidup dalam keselesaan dan keterbiasaan. Kerana “keselesaan dan keterbiasaan” itu adalah musuh bagi tarbiyyah. Kita perlu mengalami perubahan walaupun perubahan itu tidak kita sukai.
Ohh  ya,..apatah lagi jika seandainya, murobbi kita yang sekarang sudah cukup menimbulkan rasa jelak dan muak, tentu sekali ramai mutarobbi yang tidak sabar menukar murobbinya, bukan?
(Saya tidak pasti jika kalian pernah menemukan pengalaman di mana mutarobbi sudah naik muak dan bosan dengan murobbinya sehinggakan keluar perkataan benci (nauzubillah). Tapi siapa sangka, perkara ini pernah berlaku lantaran tidak FAHAMnya mereka terhadap urgensinya kebutuhan dakwah dan tarbiyyah. Namun, sang murobbi masih mampu tersenyum dan bersabar. Moga saya juga akan tergolong dalam kelompok murobbi yang sabar. Amin).
Maka, di sinilah hikmahnya Allah mencipta perpisahan dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Bukan berpisah semata-mata kerana naqibah sudah habis belajar dan bergraduasi. Bukan juga kerana naqibah akan terbang untuk menyambung pelajaran di tempat lain. Bukan juga semata-mata naqibah akan berhijrah, berkahwin dan mengikut suami.
Itu semua hanyalah asbab kepada sebuah hakikat. Iaitu hakikat kepada perlunya mutarobbi ini ditinggalkan. Supaya mereka belajar menerima perubahan. Jika perubahan itu adalah perubahan yang mereka sukai, syukurlah! Namun, jika mereka terpaksa melepaskan murobbi yang mereka kasihi, maka di sinilah mujahadah mereka.
Belajar untuk melepaskan orang yang dikasihi atas nama tarbiyyah.
………………………………………………………………………………………………………………………


Murobbi itu bekas acuan. Mutarobbi adalah hasil acuan.
Melihatkan taburan anak-anak tarbiyyah saya yang pelbagai ragam, himmah dan semangat, saya merenung kepada diri sendiri. Hasil acuan biasanya akan terbentuk mengikut bekas acuannya.
Di sini, mereka adalah hasil acuan dan saya adalah bekas acuan.
Jika baiknya mereka, kerana baiknya Allah memberikan saya peluang mentarbiyyah mereka yang berlogam hebat.
Tapi jika durja nya mereka dengan sisa jahiliyyah, mungkin sahaja kerana gagalnya saya membentuk mereka.
Merenung masa yang berbaki beberapa bulan sebelum saya menamatkan perjalanan tarbiyah di sini, saya tidak pasti adakah masih ada masa.
Atau sebenarnya ini adalah petunjuk kepada saya bahawa masa untuk mereka ditinggalkan sudah tiba.
Mereka perlu ditinggalkan untuk mejadi dewasa.
Mereka perlu ditingalkan untuk menjadi matang.
Ya! Mereka perlu ditinggalkan.
Ditinggalkan bukan kerana benci.
Bukan kerana jemu.
Bukan kerana bosan.
Tapi ditinggalkan  kerana yakin.
Bahawa akan ada pengganti yang lebih baik.
Bahawa ada Allah yang akan menjaga mereka.

musafir asing
2 Oktober 2012
Kawthar.