INI SUMPAH KEWRIUS!


Perkongsian (salintampal daripada blog http://sevenneedles.blogspot.com/2012/10/isk3.html)
...........................................................................................................


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, tak tergambar kesyukuran yang harus dipanjatkan kepada Dia. Dia yang memilih aku untuk mengenal Dia dan diri sendiri dengan lebih lagi. Allahu. Nikmat apakah yang lebih besar, daripada nikmat mengenal dan mengetahui tujuan penciptaan diri sendiri?

Subhanallah. Terasa dalamnya cinta dan sayang Allah.



Ini Sejarah Kita.

Ya, aku ambil keputusan untuk pergi juga daurah ini lagi sekali. Sebab yang aku pergi sebelum ni, masa form 3 dekat sekolah dulu, yang diwajibkan kepada semua bakal nuqaba’ waktu tu. Aku rasa ingatan dan kesedaran aku dah berkarat, di samping kematangan otak aku yang tak seberapa waktu tu, jadi mungkin kurang menyerap.

Dan, terima kasih Allah sebab pilih aku!!! (rasa macam nak buat tanda seru satu perenggan. eh)



“barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu,
Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga
(Bukhari)

Allahu.





‘KITA’

Lebih separuh daurah, kakak-kakak duk tekankan pasal frasa ‘kita’ je berbanding ‘sejarah’. Sebab persoalan siapa ‘kita’ lebih penting berbanding frasa ‘sejarah’. Tanpa cukup kenal ‘kita’, mengkaji sejarah tak ubah seperti membaca sebuah lagi buku cerita. semua itu hanya akan menjadi cerita ‘mereka’.

1.Siapa kita.

Ok, kalau tanya satu perkataan ‘siapa awak?’

Apa jawapan?
Nama sendiri? Manusia? Student? Pekerja? Anak? Penjual pisang goreng?

Saya tanya anda,
Option jawapan ‘seorang muslim’ itu berada pada nombor berapa?

Sedarkah ‘kita’ ini yang sebenarnya merupakan seorang muslim. Lebih, lebih dari segala-galanya. Kalau kita sebenarnya seorang manusia, tentulah hidup kita ini mainly adalah untuk makan, minum, mandi, bermain, bekerja, tidur dan penuhi fungsi manusia sahaja. Kalau kita sebenarnya seorang pelajar, tentulah segala kudrat dan kekuatan untuk belaaaaaajar semata-mata. Dan kalau kita ini seorang penjual goreng pisang, eloklah hidup goreng pisang semata-mata pagi petang siang malam.


pastinya Google

Tapi, tujuan kita diciptakan untuk apa?

2.Tujuan kita

“dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” (51:56)

Ya, fungsi dan sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi abid. Hamba kepada dia. Maknanya semua yang kita buat ni, adalah semata-mata untuk memenuhi arah tuan kita. Everything. Everything that we do is to please Him. More than anything.

Terkesan dengan sharing sorang kakak ni,
Dia kata bila sebut ibadah, bukan takat syahadah, solat, puasa, zakat haji lalala. Tapi seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Kalau pergi kelas anatomy *sesungguhnya beliau merupakan student medic* ke hape ke mesti prepare dulu, datang awal. Tapi bila kelas medic and society sambil lewa je, datang lambat, jadi ibadah ke?

Dush. Kena satu das. Bila nak gi kelas material balance ke, bio ke cuak-cuak sungguh-sungguh. Tapi kelas IELTS, lepak gaya itik pulang petang buat muka bosan malah suka berangan dalam kelas tak pun main minesweeper*astaghfirullahalazim :(

itik pulang petang dr Pakcik Google lagi

Betul, bila kita buat semua benda kerana ibadah. Setiap inci perbuatan kita akan menjadi yang terbaik dan almost perfect!


“Dia berkata ‘sesungguhnya aku menjadikan di bumi seorang khalifah” (2:30)

k.wani kata ramai orang concern tujuan penciptaan mereka untuk beribadah sahaja, tapi ramai lupa tentang satu lagi tugas kita, menjadi khalifah. Yang menjadi pemimpin, dan memakmurkan muka bumi. Membuatkan semua orang patuh kepada perintah Allah.

Allah cakap pasal semua manusia yang ingin Dia ciptakan. Manusia. Tiada pengecualian hanya manusia yang mengambil syariah atau mengajar subjek pendidikan islam atau belajar di sekolah agama atau masuk usrah atau apa apa sahaja.But all human as a whole!


Menjadi abid, dan khalifah.  Bukan suruhan atau galakan atau perkara harus cikai-cikai sahaja. Ini adalah agenda terbesar penciptaan di sebalik manusia! Ini tugas dan fungsi keberadaan kita di atas muka bumi ini!

Dan ini juga langsung tidak bermaksud. Kita mesti dok ngaji agama, dengar kuliah, attend usrah daurah semata-mata. Keluarga, study, kerja hanyalah dunia dan material semata-mata. Nyah! Tentulah tidak begitu. Seorang muslim kah apabila homework tak siap dan belajarnya sipi-sipi cukup-cukup makan sahaja? Seorang muslimkah apabila bersepah serabai biliknya? Seorang muslimkah apabila tak pedulikan ibu bapanya? sobsob

Tapi,
“muslimkah bila tengah study, azan, tunggu nak siapkan homework dulu”
“muslimkah bila sebab kerja, sanggup buka tudung”

Kita bukan pelajar muslim,
Kita muslim yang belajar.

Then only we’ll see everything- our study, our wealth and desires, our relationships- from the view of a muslim; a servant and a caliph of Allah.


Dan bila kita benar-benar sedar tujuan dan matlamat sebenar kita di atas muka bumi ini, kita tak akan terganggu dan rasa down oleh perkara-perkara kecil dan remeh - Result tak seperti dijangka, kawan tak nak teman gi toilet, kucing hilang, tudung tak cukup tajam..

Contohlah, anda pergi satu farm sebab nak petik buah strawberry, tiba-tiba anda nampak semua pokok limau layu diserang ulat dan serangga. Adakah anda akan kecewa dan sedih? Buat apa nak sedih? Kita nak petik buah strawberry, bukan limau!

Ya, bila kita nampak tujuan dan objektif sebenar hidup kita, dada akan menjadi lapang selapang-lapangnya, jiwa akan menjadi besar sebesar-besarnya.

Nothing except His anger will put us down!


3. logam

“manusia itu seperti logam. Hebatnya dia ketika jahiliah, begitulah hebatnya ketika Islam. Jika dia ‘faham’”

Logam pada Umar
Semua kenal dengan sesusuk peribadi ini. Yang pada masa jahiliahnya merupakan sebengis-bengis manusia. Yang bahasanya cuma hunusan pedang. Yang suaranya takkan ada tentangan. Digeruni kawan dan lawan.

Hingga baginda rasulullah pun mendoakan keislaman beliau!

Dan, lihat tak bagaimana logam itu berkilau tatkala beliau menganut Islam? Yang dia akhirnya menjadi benteng dan kekuatan ampuh bagi Islam. Yang dia akhirnya menjadi setegas-tegas manusia mempertahankan Islam, yang syaitan menggigil ketakutan melihat wajahnya, tak berani bertembung jalan dengannya. Yang menjadi sang al-Faruq; pemisah haq dan batil!


Logam- ia boleh dilentur, kuat, sukar ditemui, tak mudah pudar, harga tak mudah turun. Dan pada diri setiap manusia punya logam tersendiri. Dan logam ini lah yang harus digunakan untuk melaksanakan 2 tugas besar kita itu.

Bukan untuk menjadi khalifah, wajib pandai bercakap sahaja. Tidak, lain orang lain logamnya.


1- ada sorang akhawat ni, dulu dia suka dengar lagu, compose lagu. sekarang, dia yang tolong rentakkan hadith jadi lagu supaya kitorang senang hafal. :')

2-
“akak, jenis semangat. Dulu, masa akak couple, akak semangat sangat. Akak cerita kat semua orang akak couple. Tapi bila akak sedar je dan faham semua ni, akak betul-betul semangat, akak tinggalkan semua tu, akak ubah diri akak dan pegang betul-betul apa yang akak dapat dalam diri akak”

3- Kisah ini saya dengar dari senior saya. Tapi ampun sangat saya tak ingat perfect detail. Tapi ada seorang lelaki kristian ni, dia seorang photographer.bila beliau terima hidayah, beliau pergi ke palestin dan tangkap gambar mangsa-mangsa dan pelarian di palestin. Dan gambar-gambar beliau akhirnya membuka mata dunia akan kesengsaraan dan penderitaan umat di sana yang sebelum itu didiamkan oleh para zionis-yang mencipta imej pengganas pada wajah umat Islam di sana. Dan akhirnya beliau menjadi top 10 manusia yang di-target dan di-blacklist oleh para zionis.

Subhanallah. Itu logam mereka.

Anda? Suka conteng dinding? Suka berfesyen? Suka shopping? Suka bisnes? Suka bergayut? Mulut potpet?

Semua itu akan menjadi sehebat-hebat logam yang berkilau dan menyinar!

Tapi?

“....jika dia ‘faham’”

4. faham

Apa sebenarnya kefahaman yang baginda maksudkan itu?

“jika Allah berkehendakkan kebaikan bagi seseorang,
Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama

 Ya, kefahaman dalam agama.

Apa? Masa spm dulu anda tak belajar pendidikan Qur’an Sunnah? Pendidikan Syari’ah Islamiah pun sama? Ceh. Terlebih gimik.

Tentulah bukan Islam pada subjek-subjek dan teori-teori yang dimaksudkan. Bahkan boleh jadi orang yang mengambil kursus syari’ah pun belum dapat ‘kefahaman’ yang dimaksudkan.

Kefahaman dalam agama yang dimaksudkan ialah. Kefahaman yang sebenar, dari segi aqidah, ibadah dan akhlak.Bahkan subjek-subjek di atas hanyalah cabang-cabang kecil daripada kefahaman sebenar ini.

Ya, faham yang benar-benar faham apa hadaf dan matlamat kita. Keyakinan yang sebenar dan benar-benar rasa tentang kewujudan Allah dan keberadaan dia dalam setiap titis jerih peluh perjuangan kita untuk dia. Kemanisan itu. Hurm, bagaimana ya saya mahu explain?

Macam contohnya belajar pasal menstruation cycle.
Bila lelaki belajar, mereka sekadar tahu dan belajar teori.
Tapi perempuan belajar, mereka benar-benar faham, kerana mereka alami sendiri.
Kehkeh obviously ni contoh yang k.dalila sendiri bagi

Contoh lain juga adalah seperti membaca buku teks material balance
Pasti kita blur-blur sahaja takde perasaan
Tapi kalau baca novel? Orang tengah perang, rasa berdebar sekali. Hero mati sama-sama syahdu sekali menitis-nitis air mata. Eh?

Ya, itulah beza memahami dengan otak dan memahami dengan hati.


Dan, hanya dengan kefahaman dari hati ini. Logam anda dapat digilap, diasah, ditempa menjadi sebuah logam yang hebat! Kata k.dalila, kalau kita betul-betul faham, Kita tak akan pilih-pilih. kita tak akan ambil islam separuh-separuh. Kita akan celup diri kita sepenuhnya dengan celupan Allah!

Hanya dengan itu, contengan kita bisa menjadi karya yang membuka mata-mata manusia, fesyen kita mampu mewarnakan dunia fesyen dengan lakaran Islam, gila-gila kita menjadi solekan yang memikat hati-hati mad’u,  leteran kita menjadi siraman yang menyegarkan jiwa-jiwa lesu.

Apa sahaja potensi, kebolehan, kemampuan, apa sahaja, semuanya... menjadi logam hebat, alat untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah dan hamba dia.


k.dalila kata lagi kena cari dan korek logam dalam diri. Ambil masa, fikir, dan cari. Kalau tak jumpa juga, tanya kawan, apa logam kamu.

“kalau tak jumpa logam dalam diri,
Takkan dapat pecut keluar”


5. sains tulen vs sains sosial.

Okay ini pula cerita otak kiri dan otak kanan. Secara generalnya otak kanan melibatkan linear thinking;  membabitkan maths, science, bahasa, lists, logik. Manakala otak kiri melibatkan holistic thinking: seperti politik, law, creative thinking lalala.. sains sosial la senang cerita.

Kita selalu kejar nak menceburi sains tulen. Nak jadi doktor, engineer, lalala. Tapi siapa lebih besar kuasa dan pengaruhnya terhadap manusia? Mana yang kita lebih kenal, engineer atau bapak perdana menteri? Doktor sakit puan atau retis-retis?

Orang sains sosial, mereka deal dengan manusia. Sains tulen pula bergelumang dengan nombor, tulisan, mesin, bakteria.

kita harus jadi manusia sains tulen yang berfikiran sains sosial.




‘SEJARAH’

#1 pada zaman permulaan dakwah di Makkah. Rasulullah berdakwah secara sulit 3 tahun dan terbuka 10 tahun. Sepanjang tempoh itu baginda hanya fokus pada aqidah. Jumlah Islam selepas 13 tahun itu hanyalah 300. 300 orang ini adalah core group atau qaedah sulbah yang menerima tarbiah direct dari baginda.

#2 fasa madinah bermula selepas menerima perintah hijrah daripada Allah. Di madinah lah bermula daulah islamiah.Mula turun perintah2 untuk ibadah – solat, zakat, jihad etc dan menyaksikan siri-siri peperangan. Di madinah selama 10 tahun.

#3 kaum kafir melanggar perjanjian Hudaibiyah – membawa kepada fathul makkah. Waktu itulah kelihatan kekuasaan Islam, maka berbondong-bondonglah manusia memeluk Islam. Tapi takkan sama 124 000 itu dengan 300 yang menerima Islam di tengah2 pelbagai tentangan.

#4 setelah kewafatan Rasulullah, legasi baginda diteruskan oleh khulafa’ Rasyidin. Ketika inilah bermula perluasan kuasa. Setiap khalifah memeliki fokus tertentu eg khalifah Abu Bakr memerangi golongan murtad, enggan membayar zakat & nabi palsu etc etc etc.

#5 era pemerintahan bani umaiyah bermula. Sistem monarki diguna pakai. Perluasan wilayah hingga ke Andalusia (sepanyol) di bawah Thariq ibn Ziyad. Pemerintahan Umar abdul Aziz menyaksikan Islam makmur semakmur-makmurnya.

#6 era Abbasiyah.
“wahai awan, ke mana pun engkau pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku”
Jawatan Khalifah kembali dianggap sebagai amanah dari Allah. Zaman kegemilangan pada masa khalifah Harun ar-Rasyid dan anaknya, al-makmun menyaksikan ‘hampir-kesempurnaan’. Seluruh kekayaan disalurkan untuk kebajikan sosial dan negara. Khalifah harun yang sangat cintakan ilmu sejak kecil turut mempengaruhi hebatnya peningkatan intelektual zaman itu. Perpustakaan terbesar (darulhikmah) dibina. Manusia terkaya bukan businessman tetapi penterjemah buku. Buku-buku dari tamadun lain diterjemah. Disiplin ilmu yang baru dicipta. Al-khawarizmi, al-farazi, al-kindi, ibn thufail. Fizik, perubatan, seni bina, muzik, falsafah, ilmu kalam dan banyak lagi - Para intelektual bagi hampir semua bidang ilmu muncul. Waktu ini, merupakan Golden Age islam. Bani abbasiyah menguasai 2/3 dunia dan menjadi ustaziyatul alam = world order! Bagaimana kita melihat AS dan Israel hari ini, begitulah barat melihat Islam waktu itu!

#7 serangan daripada suatu bangsa tanpa tamadun, kasar, tidak berperikemanusiaan, biadap, busuk – bernamaMonggol ­– telah menjatuhkan ketamadunan Islam dalam sekelip mata. tiada satu pun kawasan yang mereka lalui kecuali wanita diperkosa, semua yang ada dipancung, harta dirampas, sungai menjadi darah. Orang-orang terpenting dikumpulkan dan dipancung kesemuanya, dan raja dibunuh dengan cara yang kejam.

#8 tamadun Islam kembali naik dengan pembebasan kota Constantinople oleh al-Fateh dari kerajan Turki Uthmaniyah. Waktu ini, eropah sedang melalui Renaissance setelah mencontohi kegemilangan Islam di zaman Abbasiyah. Mereka melancarkan perang salib. Penaklukan kembali baitul maqdis oleh mereka telah dirampas semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.

#9 sistem khilafah runtuh hingga angka ‘kosong’-ibarat luka umat yang pedih. Setelah pengkhianatan oleh Mustafa Kamal Attartuk. Lelaki yang mempelajari Islam untuk menghancurkan Islam. Create scene mengalahkan tentera British dan kemudian dianggap hero, diangkat menjadi raja. Ubah semua sistem dan dasar – azan diterjemah ke bahasa turki, uniform skirt, kalendar hijrah diubah ke kalendar masihi, dan melenyapkan sistem khilafah yang abad-berabad menjadi kekuatan umat Islam.









Hari ini kita telah kehilangan ustaziyatul alam itu. Juga daulah islamiyah yang bermula di era madinah. Kita sudah kembali ke fasa Makkah. Islam kelihatan naive, dianggap asing, Jahiliyah sangat berleluasa. Sunnatullah pasti terjadi, Islam pasti akan sampai ke puncak kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu. Tetapi sunnatullah itu hanya akan terjadi, apabila umat Islam kembali mengenal siapa dan tujuan diri mereka, mengasah logam dan memancung jahiliah. persoalannya, 


Adakah kita ingin menjadi antara 300 orang yang bersama baginda di tengah-tengah penentangan hebat itu, atau cuma bahagian dari 124 ribu yang berbondong-bondong memeluk Islam hanya setelah gerun akan gahnya Islam?