My Twin, My Sister
Posted by Wardah Hazirah in my twin sister on Sunday, 29 January 2012
My Twin, My Sister
PICC,
24 Disember 2011- Bismillahirrahmanirrahim, di sini
saya, Noor Hazirah binti Noor Azhari ingin melaporkan tentang suatu kisah comel
mengenai seorang GADIS MISTERI
yang telah saya temui di sini.
Bibit-bibit pertemuan kami di dalam
keretapi ETS Ipoh-KL Sentral semalam, menimbulkan keinginan hati untuk lebih
mengenali dirinya. Teringat satu kata-kata yang menyebut, “Kita tidak akan
kenal akan perihal seseorang melainkan kita telah melakukan 3 perkara
bersamanya iaitu”:
1) Makan bersama
2)
Tidur bersama
3) Travel bersama
Dan sebetulnya,
diri ini terasa sangat super-duper
excited untuk mengenali dirinya- (opps, mana keformalan wartawan ini..?
hmm..xpelah ;P)
Semalam, kami
telah berborak-borak sakan di antara satu sama lain.. Masing-masing
memperkenalkan diri masing-masing dengan GUMBIRAnya sampai tidak tahu mahu
berkata apa lagi.. Yang penting, GADIS MISTERI ini berasal dari
Melaka, manakala saya pula dari Pahang. Dan
perbezaan ini mendatangkan idea di kepala saya untuk menyanyikan lagu…JOGET
PAHANG..huhu.. Anda tahu lagu itu? Meh saya nyanyi sikit..
" Dari Melaka ke negeri Pahang,
Singgah di Johor beli barangan,
Kami mengucap Selamat lah Datang,
Apa yang kurang, dikeji jangan.
Hei! Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang,
Kalau baik hati nanti orang pun sayang..
Ewah! "
Subhanallah,
tidak saya sangka yang dia juga seorang yang
sporting! Dia tidak kisah untuk sama-sama
menyanyikan lagu tersebut bersama saya, sehingga bergema satu train ETS
tersebut..hehe. (‘psst.. senyap sikit,’ tegur jiran kami, Nisa dan Munirah)
Dan apa yang saya dapat simpulkan dari titik
pertemuan kami pada hari semalam adalah mengenai peribadinya yang sangat menghormati kawan dan tidak pernah merendah-rendahkan orang. Subhanallah, sungguh saya tertarik dengan peribadinya yang ini.
Sesi perkenalan tersebut sangat memberi erti yang mendalam buat diri saya untuk
lebih mengenali dirinya lagi.. :D (Mata bersinar-sinar)
Hari ini kami
duduk sebelah-menyebelah dalam dewan yang serba indah ini. Perasaan semangat tahap super
saiya yang berkobar-kobar dapat saya lihat dari
kaca mata originalnya.. Teringat
kata-katanya dalam train sebelum ni, “Akak teringin nak berubah, akak suka
tengok kawan-kawan akak yang pakai tudung labuh macam Kak Sol, Kak Dayah.. tapi
kena slow-slow la..” Saya bersetuju dengan kata-katanya, Betul! Perubahan yang
terlalu drastik, ibarat membuka halaman buku yang seterusnya, kadang-kadang tidak
bertahan lama. Perubahan yang ‘slow-slow’ tapi istiqomah itu lebih baik! (Tapi, semua itu bergantung kepada kekuatan
seseorang itu juga). Saya yakin dia akan
menjadi wanita yang solehah! InsyaAllah..
Buktinya, saya
dapat lihat sendiri. Ketika mana waktu solat telah masuk, dia tidak kisah pun
untuk merungkaikan lilitan tudungnya untuk mengambil wudhuk.. (Eh, lupa nak
bagitahu! Dia sangat cantik dan bergaya tau! Hehe)
Kalau nak dibandingkan dengan saya sendiri, mungkin saya rasa malas nak buka.
Sebab itulah saya pakai tudung yang biasa saya pakai ni.
Dan kat sini,
saya dengan rasa malu-malu kucing nak cerita satu kejadian ni.. Pada waktu
solat hari ini juga, saya telah terlambat!! Asbabnya ialah saya pergi ke tandas
dahulu sebelum mengambil wudhuk, dan dalam tandas tersebut, mata saya terbeliak kerana panjangnya barisan dalam tandas
tersebut.. (macam hiperbola pun ada) heh.. jadi bila ambil wudhuk lambat, solat pun lambat. Dalam hati ketika
itu berkata,” mesti dia dah pergi dewan ni, dah lambat sangat ni, takkan dia
nak tunggu pulak.”
Dan anda nak
tahu apa terjadi selepas itu??
Kita sambung
esok!!
Eh, xdelah! Jom
sambung.
Setelah saya
keluar dari muka pintu surau di situ, alangkah terkezut dan terkesimanya
saya apabila mendapati yang dia setia menanti saya di luar surau. Subhanallah, betul2 buat mata berair.. ;)
Dan apa yang
membuatkan saya jatuh hati adalah saya lihat Al-Quran di tangannya ketika dia
duduk menanti saya siap solat. Allahuakbar! Pasti orangnya sangat menjaga masa, sehinggakan masanya
terisi dengan bacaan Al-Quran. Teruskan ye kak!
Huuu…sebenarnya
banyak lagi kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama kalian. Tapi
sekiranya anda sudah tidak larat nak baca kat sini, apa kata saya mengesyorkan
kepada anda untuk berkenalan dengannya sendiri.
Mahu?
Dia adalah…
..Hani Raihan binti Abdul Malik..
Si dia yang
comel lotey ni dipanggil Kak Hani oleh saya.. hehe. Ayat macam apa je.. :)
Baiklah, setakat
di sini sahaja laporan berita sensasi pada kali ini. Moga kita bertemu lagi
pada edisi yang akan datang.
Salam Ukhwah!
Mohon Maaf atas
segala penulisan yang tersalah mahupun terguris hati especially pada My Twin,
Kak Hani. Saya doakan Kak Hani memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat serta
sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. InsyaAllah.. I love you sis! Uhibbuki
fillahi ta’ala..
Ma’as salamah,
wailalliqo’!!
This entry was posted on Sunday, 29 January 2012 at 00:30 and is filed under my twin sister. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
# by Anonymous - 29 January 2012 at 01:02
oh oh oh....ini sangat *hati pecah*-(sila baca: heart breaking)..sob sobs.
terharu terharu..oh yeah! betul tu, perubahan itu satu fenomena yang perlu dihayati dan diri dipersiapkan umpama mahu ke medan peperangan gamaknya. jadi jangan terburu2..namun jangan pula bertangguh-tangguh..,sebab masa itu bukan sifatnya menunggu. dia akan berlari meninggalkan kita jika kita tidak memanfaatkannya. takpe, we are all here to support our dearest sisters..
-sangat chenta kamu-