Twins of faith-episod akhir
Posted by musafir asing in twins of faith on Wednesday, 25 January 2012
sambungan ketiga. Fuh..!
Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita ceriti di PICC.
Kami berada di PICC selama 2 hari, dari matahari mula naik segalah hinggalah bulan tinggi menjengah. Tapi, subhanallah.. Rasa sangat seronok berada di sana sampai tak sedar masa berlalu dengan cukup pantas . Tapi, kalau dibandingkan berada di dewan kuliah atau bed side teaching dari jam 9 pagi ke 12 tengah hari pun, saya dah rasa pening-pening lalat. Osem kan? Subhanallah.
Saya rasa bersyukur tahap Super Saiya kerana Allah telah memilih saya dan akhawat untuk hadir ke acara bakar semangat ini. Ya Allahuakbar, kini saya sedar RM100 + duit tambang dan segala kepenatan menguruskan jaulah ini tidak mampu membayar ilmu dan semangat yang saya dapat di sini. Walaupun dah 2 minggu berlalu, saya masih merasakan getaran semangat daripada Sheikh-sheikh yang sangat komited menyedarkan kami yang lalai dan tak sedar diri. Setiap kata-kata speaker sangat menusuk dan menggoncangkan hati yang kering. Malah, hiburan yang disajikan juga padat dengan peringatan yang berkuasa tinggi. Lebih hebat , ada penghibur yang berjaya menyentuh hati hingga mengalir air mata ini. Saya tak pernah pergi acara hebat seperti ini. Sumpah osem! Alangkah bagusnya kalau kesemua akhawat yang saya kenal dapat turut serta dan menyedut aura ini! Wallahi!
Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang rasa macam tu, seluruh ahli jaulah dan kesemua peserta Twins of Faith juga turut berkongsi rasa "ohsemazing" itu. Cuma saya dapat rasakan ada aura yang lebih hebat membakar jiwa ahli jaulah kami. Cuba teka kenapa?
Kerana perjalanan kami bukan mudah. Kami telah mula merancang perjalanan sebulan lebih awal. Bermula dengan pembelian tiket yang tidak murah. Ada antara kami yang mempunyai masalah kewangan pada awalnya. Atas dasar sayangkan akhawat, wang simpanan peribadi didahulukan. Selain itu, ada akhawat yang bersusah payah berkorban masa dan tenaga mengaturkan pengangkutan dan tempat tinggal. Malah, lebih mengharukan, ada yang berkorban untuk menyediakan pengisian rohani agar perjalanan kami tidak kontang dengan keseronokan semata.
Awal -awal lagi, kompas niat sudah disematkan. Jaulah bukan sekadar rombongan sambil belajar. Jaulah tidak menjanjikan keselesaan dan keseronokan "hore-hore". Dalam jaulah, kita akan diuji dengan kesusahan dan ketidakselesaan.
Bayangkan, kami yang ber lapan belas ini, perlu bersabar menanti giliran bilik air setiap pagi dan malam. Itu tak termasuk beberapa orang akhawat lain yang juga turut menumpang di RI Jannah. Kami juga tidur ala kadar di atas tilam nipis. Tapi, subhanallah, tidur kami lena bersama akhawat tercinta.
Bayangkan lagi, ketika kami semua mengalami krisis kebuluran akibat pihak penganjur kurang cekap menyediakan makanan pada hari pertama, beberapa orang akhawat sanggup merempuh lautan manusia untuk membelikan kek dan roti untuk ahli jaulah berkongsi dan mengalas perut. Malamnya pula, ukhti Nailul, Elis, Neera ketinggalan sesi talk oleh beberapa orang Sheikh hanya kerana keluar membelikan makanan untuk kami yang kelaparan seharian. Kami makan ala kadar. Tapi, subhanallah, kami kenyang dengan makanan kasih sayang akhawat.
Bayangkan, sebelum kami menerjah masuk ke Workshop Room untuk sesi Prof Har dan Wardina, kami telah membuat meeting tergempar dan berbincang cara-cara untuk mendapatkan tempat duduk hadapan. Beberapa orang akhawat gagah seperti Neera dan Cam adalah muka setia yang tercongok di pintu Workshop Room demi misi merebut tempat duduk depan untuk ahli jaulah. Saya ingat lagi, tatkala kakak urus setia mula membuka pintu, kami berlari tak hengat menuju ke barisan depan dan mula mengecop tempat duduk. Memang sangat bersemangat setiakwan dan (sikit2) kesukanan. *Tepuk tangan* Allahuakbar!
Bayangkan lagi, akibat mahu berjimat cermat untuk perbelanjaan makanan, kami nekad untuk bawa bekal dari rumah pada hari kedua Twins of Faith. Tapi siapa tahu, sardin mukjizat yang kami bawa itu tercemar. Patutlah kami sangat berselera menikmati sardin mukjizat di anjung PICC, rupanya ada bahan perasa tambahan (ceh). Akibatnya, malam itu, ramai bangun shift malam dan menunggu giliran masuk tandas. Saya masih ingat, ketika saya terjaga pada jam 2 pagi, saya mendapat ucapan alu-aluan "welcome to the club" oleh otai-otai bermuka seposen yang sudah pun beratur berderet di depan tandas. Cet. Sardin..sardin..
Tapi kan...walaupun kesusahan silih berganti, tiada pun antara kami yang merungut, apatah lagi memuncungkan mulut sedepa. Semua bersabar dan berbahagia. Kool tak? ( Sila anggukkan kepala anda 3 kali). Subhanallah.
Nak ikutkan, banyak lagi kisah-kisah benar tapi pelik kami yang berlaku sepanjang jaulah ini. Mungkin memerlukan 7 hari 7 malam untuk menulis kesemuanya. Tak apalah, lain kali, jom ikut kami berjaulah bersama. Barulah dapat rasa keoseman ukhwah!
p/s: Err..sebenarnya, ada lagi satu cerita ala-ala cerekarama berlaku terhadap saya (sob sob). Sepatutnya, cerita tersebut berbentuk tragedi kerana berlaku kemalangan jiwa di dalam dewan utama PICC. Tapi, apabila insiden tersebut dilakonkan semula di RI Jannah, terus bertukar menjadi cerita Maharaja Lawak Mega. Cis.. Tapi lain kali sahajalah saya cerita. Biarlah rahsia... huhehe.
Pengisian luar-Twins of Faith yang sumpah kool.
Selain pengisian dan talk oleh Sheikh-sheikh di Twins of Faith, kami juga dihidangkan dengan pengisian tarbiyah oleh akhawat. Antaranya, pengisian oleh Kak Fiza yang membuatkan air mata kami jatuh membasahi lantai marmar di RI Jannah.
Kak Fiza adalah ex-student Warwick, UK. Kira kakak otai dalam tarbiyah kami. Mula-mula Kak Fiza suruh kami buat congak matematik tahap 1. Mujurlah otak saya ini masih boleh mengira operasi tambah dan tolak. Hehe. Tapi lepas tu, Kak Fiza suruh kami bayangkan graf y=x+2 lah, graf y=x kuasa 2..adesss...help help! otakku berasap..
Lepas tu, kak Fiza suruh kami baca Al Fatihah tanpa menggerakkan mulut. Kena baca dalam hati.
Haaa...apa beza antara buat kira-kira ilmu hisab dengan membaca Al Quran dalam hati?
Lepas tu, kak Fiza suruh kami baca Al Fatihah tanpa menggerakkan mulut. Kena baca dalam hati.
Haaa...apa beza antara buat kira-kira ilmu hisab dengan membaca Al Quran dalam hati?
Bezanya otak kita perlu bekerja keras untuk "mengerjakan" ilmu matematik tersebut, tapi otak dan hati kita sangat kool semasa membaca ayat Al Quran. Tenang je. Huhu..Baru terfikir. Daripada situlah, Kak Fiza ajar kami mentadabbur surah Toha dan disertai Kisah Si Perwira Umar yang berhati keras itu memeluk Islam hanya kerana sepotong ayat. MashaAllah, terharu sangat hingga sebahagian kami tersedu sedan menghayati kisah ini.
Sejujurnya, saya dah lama tak dengar pengisian daripada seorang kakak murobbi yang menyebabkan air mata meleleh non stop apabila mentadabbur ayat Al Quran. Lama sangat dah...sejak saya pulang dari England. Jadi,saya rasa amat bersyukur dan gembira sebab kali ini saya dapat berkongsi saat manis itu dengan akhawat baru dan adik-adik di sini. Inilah perasaan kami setiap kali kami hadir ke bulatan gembira kami. Keegoan hati kami runtuh dengan tadabbur ayat. Astaghfirullahalzim.
Kemudian, semasa di PICC, masa terluang yang ada, kami cuba sedaya upaya berkumpul bersama dan bermuayashah . Selepas asar, kami buat acara pelik di tempat umum, iaitu membaca mathurat berjemaah di anjung PICC. Memang banyak mata yang memandang, tapi seronok apa, jadi Ghuraba..
Selain itu, pada keesokan harinya, sebelum memulakan ekspedisi ke PICC untuk hari kedua, kami mempersembahkan sketsa tarbiyah "Jangan Pilih Jalan Hitam". Nak tahu macam mana ceritanya, tunggulah aktiviti usrah jamaei Hadiqatuljannah nanti. Inshaallah, kami akan kongsikan bersama.
Kami juga membuat senaman "Demi Matahari" sambil mentadabbur surah As Shams dan belajar menyanyi nasyid "Jazakillahukhair" untuk akhawat . Alhamdulillah. Thanks ALLAH.
Tak ada ukhwah, maka tak cinta.
Sebenarnya, kehidupan saya banyak berhubungan dengan rakan-rakan satu batch, satu usrah (bulatan kecil) dan housemates. Walaupun Hadiqatul Jannah agak kerap mengadakan usrah gabungan setiap bulan, atas kekangan masa , saya amat jarang dapat berukhwah dengan akhawat lain. Malah, tak dinafikan ada di kalangan adik-adik first year takut-takut saya. Ada juga yang malu-malu siput sedut dengan saya (Nisa, sila take note). Kenapa entah? Adakah saya mempunyai taring atau pun tanduk yang tajam? Atau pun saya ada iras-iras Aishawarya Rai hingga timbul rasa segan. Huhu. (Sambil melihat diri depan cermin)
Alhamdulillah, melalui jaulah ini, saya mengenali akhawat dengan lebih rapat. Tengok cara cakap, cara ketawa, cara makan, cara tidur, cara jatuh (oopss) membuatkan hati kami lebih kuat bertaut.
Ada juga antara akhawat yang saya sangka serius seperti Amitabh Bachan, rupanya dia sekadar macho di luar (Che Alia, sila mengaku).
Ada juga antara akhawat yang saya sangka serius seperti Amitabh Bachan, rupanya dia sekadar macho di luar (Che Alia, sila mengaku).
Benarlah petua untuk menguatkan ukhwah, iaitu:
1. makan sama-sama
2. tidur bersama
3. Jaulah bersama.
1. makan sama-sama
2. tidur bersama
3. Jaulah bersama.
Senyum sorang-sorang.
Saya tak tahu macam mana nak simpulkan kenangan jaulah kami kali ini. Terlalu manis untuk diungkap dengan kata-kata. Sehinggakan saya seperti angau akibat terkenang kejadian-kejadian manis, masam dan masin sepanjang jaulah. Kadangkala sampai tergelak sendirian. Haishh...sudah! Macam bercinta pulak kan? Tapi memang betul pun, memang kami bercinta. Bercinta kerana Allah. Hingga ke syurga inshaAllah. Amin.
Apapun, saya amat bersyukur kepada Allah kerana memilih saya yang banyak kekurangan ini untuk mewarnai satu lagi episod hidup yang sangat indah. Tak layak rasanya bila memikirkan diri ini untuk menerima nikmat tarbiyah dan ukhwah sebesar ini.
InshaAllah, di kesempatan ini saya nak ucapkan jazakillahukhair kepada semua akhawat yang terlibat secara langsung ataupun secara samar-samar. Juga ampun dipinta atas kelemahan diri ini sepanjang mengendalikan jaulah KITA ini.
Takbir! Allahuakbar!
This entry was posted on Wednesday, 25 January 2012 at 19:27 and is filed under twins of faith. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
# by nisanadhira - 25 January 2012 at 20:17
cpat2 cter kak wani psl are u pregnant? :P
# by musafir asing - 25 January 2012 at 20:20
tak mau..tak mau tak mau! sambil menghentak2 kaki! (jatuhlah saham i)