Twins of faith- episod 2

Assalamualaikum
Ok, jom sambung coret-coret tentang jaulah Ohsem Twins of Faith hari tu. Kali ini, terasa nak menulis dalam bahasa Melayu lah. Boleh kan? Tapi sebelum itu, nak susun semua jari yang ada untuk minta maaf sebab saya akan menggunakan bahasa yang agak kurang formal. Tapi saya akan cuba menjaga tatabahasa dan ejaan bagai menatang minyak yang penuh, yalah, bahasa kan jiwa bangsa ? huhe.p
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba.
23 Disember 2011.
Petang itu, debaran pun semakin rasa. Bukan apa, kereta api akan bertolak jam 6.15 pm. Tapi ada antara kami yang habis kelas pukul 5. Kami ada 18 orang, kesemuanya berkumpul di Fair Park. Nak angkut semua orang ke train station dengan kereta - kereta comel seperti kancil dan kelisa memang agak sempuuttt.. Tak masuk lagi masa kecemasan untuk merempuh traffic jam di kala manusia berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Terpaksalah merempit ala-ala Adnan Semput . Alhamdulillah ada pasukan bantuan kemanusiaan daripada mak cik Not dan ayah Shamim. Mereka sempatlah meluangkan masa menghantar beberapa kerat lagi manusia yang tersadai di Fair Park.
Ketika saya dan Aslah selesai menghantar akhawat ke train station, kami pun berlumba-lumba kuda memecut pulang ke Fair Park. MPV mak cik Not sudah bersedia untuk menghantar satu lagi gerombolan akhawat termasuk kami berdua. Masa tu, jam sudah pun berdetik sekitar 6.03 petang.
Wohaaa..Jantung dah berlari laju ( baca: running fast) seperti Ferrari dan perasaan dah bercampur baur macam rojak buah. Cuaknya..cuaknya. Dalam hati, saya berbisik sendiri, "Tak apa, tawakkal kepada Allah. InshaaAllah, kalau kita mulakan pekerjaan dengan niat yang ikhlas kerana-Nya, Allah pasti memudahkannya, " saya menelan air liur positif.
Syukur Alhamdullah. Walaupun tinggal seminit dua sebelum kereta api bergerak, kami sempat meluru masuk ke dalam perut kereta api dengan semangat yang waja. Sebelum kereta api meninggalkan Ipoh, kami dengan penuh rasa terharu melambai-lambai ke arah anak gadis dan mak gadis berdua ini (Mak cik Not dan anak daranya) sambil tersenyum ayu. Jazakillahukhair sisters! Memang terbaik!
Dengan ini, bermulalah perjalanan kami yang sangat sejuk (baca: cool).
Bismillah!!!
.........................................................................................................................
Ok, akhawat ni sangat
bising
aktif!
Setelah doa memulakan perjalanan telah dibaca, maka bermulalah sesi "My Twin, My Sister". Setiap pasangan akhawat telah diberi kembar masing-masing dan mereka perlu berdamping seperti belangkas sepanjang jaulah ini. Pasangan mereka adalah akhawat yang mereka tidak "familiar" atau berlainan tahun pengajian. Jadi mereka perlulah bertaaruf dengan lebih rapat untuk mengenali hati budi masing-masing.
Selain bertaaruf, mereka perlu merancang satu bentuk persembahan kreatif untuk memperkenalkan pasangan masing-masing pada sesi sarapan pada keesokan hari. Mereka bebas untuk berlakon, menyanyi, bergurindam, berpantun dan sebagainya. Syaratnya, persembahan mereka perlu dilakukan dalam masa 2 minit sahaja.
Apa? Dua minit je? Yelah, 2 minit je, takkan nak buat 2 jam kot?

Maka, bisinglah segenap gerabak kereta api ETS pada hari tersebut. Masing-masing bercot cet sesama sendiri. Tak kurang juga yang sibuk enterprem untuk mengambil gambar sehingga para juru gambar berasa sengal-sengal badan melayan kerenah
aina
mereka. Sesekali kedengaran gelak tawa pecah di sana dan di sini. Tak tahulah apa lawak-lawak yang sedang dipersembahkan, tapi saya yakin abang konduktor train mesti berasa tensi dan ingin kami cepat-cepat sampai ke destinasi demi mengembalikan ketenangan warga gerabak yang lain. Maafkan kami abang konduktor. Sob sob.
Saya pula berasa sangat teruja mengenali sister baru dalam kelompok usrah kami, Nooramalina Mohd Yassin (Ina). Mula-mula , saya dapat tahu kawan-kawan sepermainannya menggelarkannya "bik" atau singkatan daripada nama saintifik Bibik. Alkisahnya, pada zaman dahulu, pada era kegemilangan KMKN, Ina dan room mate nya amatlah rajin menyapu sampah dan mengemas bilik. Maka, mereka ini beri gelaran Bibik bersempena kerajinan mereka mengemas dan membersih, sesuai dengan kriteria yang ada pada bibik. Tapi disebabkan saya lebih gemar memanggil nama akhawat dengan nama yang tertera di surat beranak, maka saya lebih senang memanggil kembar saya ini, Ina. Kan lebih manis, sedap dan berkirm?
Pendek kata, perjalanan kami berjalan lancar dan menyeronokkan. Tak kurang juga yang kepenatan terutama sekali kepada sisters phase 4 yang sesak nafas bergelut dengan posting dan exam observed long case. Tapi, sebagai mukmin , kita percaya kepada keberkatan masa. Ingatlah, surah Muhammad ayat 7:
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Ada bran? :)
.......................................................................................................................................
RI tu apa ek?
Kepada yang telah menyertai bulatan gembira, adakah anda pernah mendengar perkataan RI ? Apakah itu RI? Jika anda belum pernah mendengar perkataan RI, saya berasa sangat down. (Peluh yang besar di atas kepala).
OK, RI itu adalah singkatan daripada Rumah Islam. Errr..walaupun kalau ditukarkan ke bahasa Arab, ia seakan-akan seperti Baitul Muslim, tapi sebenarnya Rumah Islam yang saya maksudkan ini tidak sama dengan Baitul Muslim ye. Baitul Muslim lebih merujuk kepada rumah yang dibina apabila pasangan akhi dan ukhti yang berkahwin atas dasar cinta pada Islam, tetapi RI di sini merujuk kepada sekumpulan ikhwah/akhawat yang nekad tinggal dalam satu rumah untuk memudahkan gerak kerja Islam dan kesemua mereka pastinya adalah ahli bulatan gembira yang komited!
Contohnya, dahulu saya pernah tinggal di RI Salsabila di Sheffield, UK. Ahli rumah saya terdiri daripada 5 orang. Kesemuanya berlainan jurusan tetapi persamaan kami adalah, kami menyertai usrah dan sangat cinta pada usrah kami. Lalu kecintaan kami ditukarkan kepada gerak kerja dakwah untuk Islam. Contohnya, kami membantu naqibah menganjurkan usrah untuk adik-adik, daurah, jaulah dan sebagainya.
Asalnya, kami tinggal berasingan. Kalau nak pergi usrah tu, terpaksalah meredah angin sejuk dan salji tebal ketika musim sejuk. Jadi, untuk memudahkan gerak kerja kami seperti musyawarah dan juga mentarbiyah diri kami supaya lebih berdisiplin melakukan ibadah seperti solat jemaah, tazkirah, hafazan, puasa sunat, bacaan buku dan lain-lain, kami nekad untuk tinggal bersama. Kami ada pegang portfolio masing-masing, ada lajnah tarbiyah, kebersihan dan keceriaan, dakwah dan sebagainya. Akhawat dari seantero UK dan Ireland selalu singgah di rumah kami dan kami sering berkongsi cerita ceriti program tarbiyah di lokaliti masing-masing. Rindu sangat hidup di bawah naungan tarbiyah. Oh, lagi koooool bila naqibah yang saaaanagat kami chenta tu, Kak Nik Munirah, tinggal dengan kami! Terbaik!~
Aiseh, memori lah pulak. Ada lagu hindustan siap. Stop! Ok, sambung balik cerita pasal jaulah.
Subhanallah, untuk jaulah ini, kami dipertemukan dengan akhawat RI Jannah di Dengkil. Jazakillahukhair kepada ukhti Atirah yang bersusah payah menguruskan penginapan kami dan merekomenkan Kak Fiza untuk memberi pengisian jiwa kepada kami semasa di RI Jannah.
Sepanjang 3 hari 2 malam kami menumpang teduh di sini. Sebenarnya, tujuan utama kami ajk Jaulah memilih RI Jannah, bukan semata-mata untuk sekadar menumpang tempat tidur. Tetapi, kami punya objektif yang lebih jauh, sejauh teleskop memandang.
Objektifnya adalah untuk memperkenalkan kepada akhawat tentang peri pentingnya hidup dan beraktiviti secara bersistem dan berjemaah. Namun, semuanya mesti berlandaskan tarbiyah jiwa. Tarbiyah yang menghimpunkan manusia untuk beriman kepada Allah. Atas asas iman yang utuh itulah ukhwah fillah disemai. Berbekalkan iman dan cinta kerana Allah, gerak kerja dan dakwah dirangka dengan penuh komited. Visinya satu. Untuk membawa insan kepada Tuhan.
Tetapi, awas! Jalan tarbiyah ini sumpah panjang! Bukan panjang je, siap bengkang bengkok, ada lubang, tanah merah, bumper banyak tak hengat dan becak bagai. Maknanya, terlalu banyak mehnah dan ujian untuk istiqomah di jalan ini. Yang penting, keikhlasan dan kesucian hati mesti dijaga. Kalau hati dibiarkan kotor dan busuk seperti longkang, maka langkah kita akan longlai di tengah jalan.
Untuk memimpin manusia, kita perlu memimpin diri dahulu. Untuk mentarbiyah manusia, kita perlu mentarbiyah diri dahulu. Untuk memberi, kita perlu mempunyai sesuatu terlebih dahulu. Tapikan, ingat senang ke nak buat semua ni sorang-sorang? Hah, jawab..jawab! (bertanya sambil mengangkat kening)
Mestilah susah! Mestilah kita perlukan orang lain untuk membantu kita kan? Orang yang dimaksudkan itu adalah akhawat yang menyayangi kita kerana Allah dan sanggup menerima kekurangan kita dan memimpin kita ke lorong syurga. Maknanya kita perlu rapatkan saf dan hidup berjemaah supaya kita dikelilingi tembok ajaib yang sentiasa menasihatkan dan menegur kesalahan kita kerana Allah. Bila kita ada tembok ajaib ini, maka masyarakat Iblis dan Syaitan akan merasa tertekan kerana usaha mereka untuk mencucuk kita menjadi lebih payah.
Err..tapikan sebelum kita berpong pang pong pang nak sertai jemaah tertentu, marilah kita mencintai usrah dan tarbiyah dahulu. Kenali Islam dan sayangi Islam. Ketahuilah Sejarah Kita. Selepas itu, barulah kita mempersiapkan diri untuk bekerja untuk Islam dalam jemaah. Macam saya, saya bukan ada latar belakang keluarga tarbiyah atau usrah. Saya kena sebenar-sebenar usrah dan tarbiyah daripada bawah. Mula-mula saya pun tak tahu jemaah tu apa, malah perkataan tarbiyah dan dakwah membuatkan saya allergic. Tapi rilek lah, tak kenal maka tak cinta. Jom join dan cintai bulatan gembira dahulu. Baru kita tahu apa itu tarbiyah, dakwah dan jemaah, ok?
Jom fahami hadis ini.
“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”
(Hadis riwayat Ahmad)
Jadi, apa lagi? Jom join aktiviti jamaei!
.............................................................
Err..boleh tak kita sambung di entry seterusnya? Sebab saya sedikit rimas dengan entry yang panjang berjela dalam satu page. hihi..
Sila pergi ke entry seterusnya. Sekian.