My Twin, My Sister


My Twin, My Sister 


PICC, 24 Disember 2011- Bismillahirrahmanirrahim, di sini saya, Noor Hazirah binti Noor Azhari ingin melaporkan tentang suatu kisah comel mengenai seorang  GADIS MISTERI yang telah saya temui di sini.

Bibit-bibit pertemuan kami di dalam keretapi ETS Ipoh-KL Sentral semalam, menimbulkan keinginan hati untuk lebih mengenali dirinya. Teringat satu kata-kata yang menyebut, “Kita tidak akan kenal akan perihal seseorang melainkan kita telah melakukan 3 perkara bersamanya iaitu”: 
                1) Makan bersama
                2)  Tidur bersama
                3) Travel bersama

Dan sebetulnya, diri ini terasa sangat super-duper excited untuk mengenali dirinya- (opps, mana keformalan wartawan ini..? hmm..xpelah ;P)  

Semalam, kami telah berborak-borak sakan di antara satu sama lain.. Masing-masing memperkenalkan diri masing-masing dengan GUMBIRAnya sampai tidak tahu mahu berkata apa lagi.. Yang penting, GADIS MISTERI ini berasal dari Melaka, manakala saya pula dari Pahang. Dan perbezaan ini mendatangkan idea di kepala saya untuk menyanyikan lagu…JOGET PAHANG..huhu.. Anda tahu lagu itu? Meh saya nyanyi sikit.. 

" Dari Melaka ke negeri Pahang,
Singgah di Johor beli barangan,
Kami mengucap Selamat lah Datang,
Apa yang kurang, dikeji jangan.
Hei! Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang,
Kalau baik hati nanti orang pun sayang..
Ewah! "
  
Subhanallah, tidak saya sangka yang dia juga seorang yang sporting! Dia tidak kisah untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut bersama saya, sehingga bergema satu train ETS tersebut..hehe. (‘psst.. senyap sikit,’ tegur jiran kami, Nisa dan Munirah)

Dan apa yang saya dapat simpulkan dari titik pertemuan kami pada hari semalam adalah mengenai peribadinya yang sangat menghormati kawan dan tidak pernah merendah-rendahkan orang. Subhanallah, sungguh saya tertarik dengan peribadinya yang ini. Sesi perkenalan tersebut sangat memberi erti yang mendalam buat diri saya untuk lebih mengenali dirinya lagi.. :D (Mata bersinar-sinar)

Hari ini kami duduk sebelah-menyebelah dalam dewan yang serba indah ini. Perasaan semangat tahap super saiya yang berkobar-kobar dapat saya lihat dari kaca mata originalnya.. Teringat kata-katanya dalam train sebelum ni, “Akak teringin nak berubah, akak suka tengok kawan-kawan akak yang pakai tudung labuh macam Kak Sol, Kak Dayah.. tapi kena slow-slow la..” Saya bersetuju dengan kata-katanya, Betul! Perubahan yang terlalu drastik, ibarat membuka halaman buku yang seterusnya, kadang-kadang tidak bertahan lama. Perubahan yang ‘slow-slow’ tapi istiqomah itu lebih baik!  (Tapi, semua itu bergantung kepada kekuatan seseorang itu juga).  Saya yakin dia akan menjadi wanita yang solehah! InsyaAllah..

Buktinya, saya dapat lihat sendiri. Ketika mana waktu solat telah masuk, dia tidak kisah pun untuk merungkaikan lilitan tudungnya untuk mengambil wudhuk.. (Eh, lupa nak bagitahu! Dia sangat cantik dan bergaya tau! Hehe) Kalau nak dibandingkan dengan saya sendiri, mungkin saya rasa malas nak buka. Sebab itulah saya pakai tudung yang biasa saya pakai ni.

Dan kat sini, saya dengan rasa malu-malu kucing nak cerita satu kejadian ni.. Pada waktu solat hari ini juga, saya telah terlambat!! Asbabnya ialah saya pergi ke tandas dahulu sebelum mengambil wudhuk, dan dalam tandas tersebut, mata saya terbeliak kerana panjangnya barisan dalam tandas tersebut.. (macam hiperbola pun ada) heh.. jadi bila ambil wudhuk  lambat, solat pun lambat. Dalam hati ketika itu berkata,” mesti dia dah pergi dewan ni, dah lambat sangat ni, takkan dia nak tunggu pulak.”

Dan anda nak tahu apa terjadi selepas itu??

Kita sambung esok!!

Eh, xdelah! Jom sambung. 

Setelah saya keluar dari muka pintu surau di situ, alangkah terkezut dan terkesimanya saya apabila mendapati yang dia setia menanti saya di luar surau. Subhanallah, betul2 buat mata berair.. ;)
Dan apa yang membuatkan saya jatuh hati adalah saya lihat Al-Quran di tangannya ketika dia duduk menanti saya siap solat. Allahuakbar! Pasti orangnya sangat menjaga masa, sehinggakan masanya terisi dengan bacaan Al-Quran. Teruskan ye kak!

Huuu…sebenarnya banyak lagi kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama kalian. Tapi sekiranya anda sudah tidak larat nak baca kat sini, apa kata saya mengesyorkan kepada anda untuk berkenalan dengannya sendiri. 

Mahu?

Dia adalah…
..Hani Raihan binti Abdul Malik..

Si dia yang comel lotey ni dipanggil Kak Hani oleh saya.. hehe. Ayat macam apa je.. :)

Baiklah, setakat di sini sahaja laporan berita sensasi pada kali ini. Moga kita bertemu lagi pada edisi yang akan datang.

Salam Ukhwah!

Mohon Maaf atas segala penulisan yang tersalah mahupun terguris hati especially pada My Twin, Kak Hani. Saya doakan Kak Hani memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. InsyaAllah.. I love you sis! Uhibbuki fillahi ta’ala..

Ma’as salamah, wailalliqo’!! 


  1. gravatar

    # by musafirasing - 29 January 2012 at 01:02

    oh oh oh....ini sangat *hati pecah*-(sila baca: heart breaking)..sob sobs.
    terharu terharu..oh yeah! betul tu, perubahan itu satu fenomena yang perlu dihayati dan diri dipersiapkan umpama mahu ke medan peperangan gamaknya. jadi jangan terburu2..namun jangan pula bertangguh-tangguh..,sebab masa itu bukan sifatnya menunggu. dia akan berlari meninggalkan kita jika kita tidak memanfaatkannya. takpe, we are all here to support our dearest sisters..

    -sangat chenta kamu-